View: 4111|Reply: 29
|
'Saya Terasa Popular Semula!' - Norlia Ghani
[Copy link]
|
|
Norlia Ghani
Harian Metro
Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Terima kasihlah pada orang yang dah buat nama saya 'trending' di Twitter. Saya tak marah, walau pun itu perbuatan tidak beradab sebenarnya," kata pelakon senior dan berkaliber, Norlia Ghani, 72.
Norlia yang sudah berlakon sejak 1968 dan cukup popular dengan watak Joyah dalam drama Opah berkata dia faham tindakan segelintir generasi muda masa kini yang begitu terpengaruh dengan media sosial.
"Budak zaman sekarang, dengan era saya masa muda belia dahulu jauh beza. Kalau saya dahulu, dengan orang tua ini memang diajar untuk beradab sopan dan hormat. Tapi, sekarang dah lain.
"Tak apalah, saya pun biarkan sahaja. Cuma, dua ke tiga hari ini nama saya terasalah popular semula. Banyak pihak penyiar seperti radio dan TV yang cari saya untuk temubual.
"Kiranya, daripada nama Norlia Ghani itu mungkin orang dah tak ingat lagi, tiba-tiba sahaja kerana perbandingan 'kecantikan' Kavitha Sindhu pada usia 49 tahun itu dikaitkan dengan saya, terus jadi popular tiba-tiba," katanya kepada Harian Metro.
Norlia berkata walaupun cuba dimalukan oleh individu berkenaan di Twitter, namun dia tidak terfikir mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit dan memanjangkan cerita.
"Saya tak fikir nak saman orang itu pun. Malah, saya sampai sekarang memang aktif berlakon sahaja. Kalau media sosial itu adalah kemas kini Instagram dan Facebook. Saya tak ada Twitter dan dapat tahu yang nama 'trending' ini pun daripada cucu.
"Pada mulanya, terkejutlah juga saya sebab terfikir buruk sangat ke muka Norlia Ghani sampai dibuat perbandingan sebegitu? Tapi, lantaklah tak payah peduli sangat pun," ujarnya.
Norlia berkata apa yang lebih difikirkannya sekarang, sehingga bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 ini akan berlanjutan dan aktiviti penggambaran tidak dibenarkan.
Jelasnya, dia lebih memikirkan faktor untuk kelangsungan pendapatan kerana memang bergantung sepenuhnya dengan kerjaya lakonan. Ditambah, berlakon adalah minat dan dia tidak pernah terfikir mahu bersara.
Menurut Norlia, rezekinya dalam lakonan hingga kini masih ada untuk dia mengisi watak sesuai usianya. Pada hujung Disember, tahun lalu Norlia sempat menghabiskan penggambaran drama Bujang Haji untuk TV AlHijrah sebanyak 13 episod. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cam habat yang kata mak nolia. cantik tu subjektif. mak nolia cantikk je.... kalo belakon mak2 i loike |
|
|
|
|
|
|
|
salah sorg pelakon veteran yg berkualiti takde tandingan okay!
bertiang lg lawa dgn pelako kayu skang. berdiri atas bakat sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya ketuaan acik Joyah mmg ori..x de cocok tang sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mama Joyah dimurahkan rezeki n sihat selalu hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya..biadap tau..kecian acik goyah... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga diberikan kesihatan yg baik sll..bdk2 zmn skrg ni kebanyakan mmg takde adab sungguhlah..ikut suka mlt jer nak cerca2 org.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesihatan dan panjang umur.aku suka kalau dia berlakon sangat real |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati pada Mama Norlia, moga murah rezeki mama. Mama Norlia masa muda cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm pilem adik manja aku xleh nk tahan gelak tengok mama norlia jd misi kt klinik swasta duk ngeyit mata kt dharma, dharma prasan y mama norlia nk ngorat dia padahal mata mama norlia mmg rajin ngeyit mata.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai minat sangat aunty norlia ni berlakun...kalo bawa watak sedih emak2 mmg terbaekk..bagi ai, aunty norlia masih cantik di usia 72 tahun,..mmg x patut jika ada yg membandingkan dgn kecantikan umur 49 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
steady aunty norlia ! usah risau anda masih ada ramai peminat lagi! antara yg lejen dari generasi ke generasi ! abaikan ntah sapa2 tu. didoakan sapa yg mghina tu akan lbh huduh dan makin bodoh, tkkira tika dia muda atau dh tua nnti. aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
lejen kutub utara kutub selatan |
|
|
|
|
|
|
|
Go mama norlia go! Iols suka tgk dia dalam adik manja. Nampak attractive walaupun mata berkelip2.
|
|
|
|
|
|
|
|
maricruzestrada replied at 21-1-2021 09:32 AM
cam habat yang kata mak nolia. cantik tu subjektif. mak nolia cantikk je.... kalo belakon mak2 i lo ...
Yang kata tu pun memang muka macam tapai basi, BBNU twitter khennn. |
|
|
|
|
|
|
|
kat dlm forum ni pun suka menghina rosnah mat aris |
|
|
|
|
|
|
|
cuba perhatikan watak2 yg dibawa... mak yg sedih...lawak...suka berleter..
semua watak2 tu dibawa dgn cemerlang...
dia ni dh pernah dpt apa2 award ke..? elok la g org tgh sihat ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku Norlia Ghani ni tak pernah tak popular. Disiplin keje superb, performance selalu maximum. Kalau nak dibandingkan pencapaian dia ngan Kavitha, jauh macam langit ngan bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
At least acik Norlia ni jauhhhhh berbakat dari Kavita harap lawa tapi berlakon kayu jatiiiiii padahal dah berapa movie berlakon baba ex shuben shumi baba tu |
|
|
|
|
|
|
|
mama norlia ni.. antara peberet Rashid sibir..
kalau ade die blakon..kompem laa aku nangis..haha..
plg melekat skali cite yg die blakon..
cite selimut putih..yg pasal anak dgn menantu derhaka tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|