View: 2877|Reply: 12
|
"Sibuk Kerja Tahun Lepas, Mustahil Tak Jana Pendapatan Langsung" - Sya
[Copy link]
|
|
Syafiq Kyle tidak bimbang sebaik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Ini kerana dia sudah 'sediakan payung sebelum hujan' dengan bekerja keras megumpul simpanan sebaik lampu hijau diberikan bagi meneruskan penggambaran tahun lalu.
Kredit foto: IG
"Alhamdulillah, setakat ini, tiada apa yang terjejas. Saya yakin rakan dalam bidang seni ini juga sama. Ini kerana masing-masing sudah sibuk bekerja sepanjang tahun lalu. Mustahil jika tidak menjana sebarang pendapatan langsung.
"Seperti saya, hasil pendapatan tahun lalu digunakan dengan sebaiknya. Sebahagiannya diketepikan untuk tujuan simpanan. Berdasarkan pengalaman tahun lalu, saya dapat mengagak sesuatu akan berlaku, tahun ini. Jadi, saya memang buat persediaan dengan menabung.
"Oleh itu, apabila PKP 2.0 dilaksanakan, saya tidaklah terkesan. Lagipun, hanya penggambaran sahaja yang tidak dibenarkan, sebaliknya kerja lain seperti promosi dalam media sosial dan tanggungjawab sebagai duta produk masih berjalan seperti biasa," katanya kepada BH Online.
Kredit foto: IG
Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia tiada bantahan dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP 2.0.
Malah, dia meminta rakyat bersabar dan berkorban hingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan berikutan angka jangkitan berada pada tahap cukup membimbangkan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Nanti kalau ada yg bising minta peruntukan khas retis, tolong bantah ya. Retis pin rakyat biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
dem chuols, deep! terus teringat muka geng geng yg mintak fund khas masa pkp aritu. hahaha!
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni duta apa ye?
"Oleh itu, apabila PKP 2.0 dilaksanakan, saya tidaklah terkesan. Lagipun, hanya penggambaran sahaja yang tidak dibenarkan, sebaliknya kerja lain seperti promosi dalam media sosial dan tanggungjawab sebagai duta produk masih berjalan seperti biasa," katanya kepada BH Online. |
|
|
|
|
|
|
|
Kang esok lusa ada la tu retis yang menjawab. Dikatanya "ko takper la banyak job, iols ni walaupun retis A list tapi takder job, so iols terkesan". |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar pertama tu, kenapa bahagian hidung mulut macam alip sokri???
Tak jadi nak bersemoga
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi mmg obvious capik ni jenis kuat keja..job apa pun sebat je..sementara muda ni kan...tak payah pedulikan kata org..nak naskhah bagus la..watak mencabar la...last2 jual sambal rega yahudi nak menampung kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg x kan terkesan. Satu mega drama Silap2 dpt ratus ribu.. Tu belum lagi bayaran jadi duta sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
untungla..dia kan pandai belakon..popular lafi..banyak lah job.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni banyak job lepastu kureng menunjukkk...kureng show off sebabtu simpanan banyak... kalau retis sendusss sesendussnyaaa job sikit pun dah perabih beli vellfire... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nmpk capik belakang skit ni sejenis retis yg ada wawasan dlm hidup. Sejenis keje keras utk maju dlm bidang yg diceburi. Tahu apa yg heols nk capai. Keje kuat sementara muda. Kumpul duit byk2. Semoga capik terus maju... |
|
|
|
|
|
|
| |
|