CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 4

[Tempatan] Mayat di bawah kes pesakit dalam siasatan (PUI) dilarikan dari Hospital Lahad Da

  [Copy link]
Post time 21-1-2021 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan empat beradik larikan mayat bapa dari hospital
Diterbitkan 21 Jan 2021, 11:26 pm

Polis menahan empat beradik di Kampung Panji Laut di Lahad Datu, yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang berada di bawah kes pesakit dalam siasatan (PUI) di Hospital Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Rohan Shah Ahmad berkata empat beradik terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 dan 31 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas pihak hospital menerima seorang pesakit lelaki berumur 58 tahun yang tidak sedarkan diri dan mempunyai sejarah rawatan 'acute left ischemic potine infract’ di Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebelum ini.

"Pesakit kemudian diasingkan di khemah zon PUI dan diberi pertolongan cemas pernafasan selama 30 minit oleh pegawai perubatan, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya. Petugas perubatan telah menerangkan prosedur operasi standard pengurusan jenazah ketika krisis wabak Covid-19 kepada pihak waris, termasuk saringan Covid-19 bagi mengelak risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan di Lahad Datu hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek bagaimanapun enggan meninggalkan mayat bapa mereka di hospital, dan seterusnya bertindak menolak pengusung jenazah keluar daripada khemah zon PUI, untuk membawa balik jenazah ke kediaman mereka di Kampung Panji Laut.

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya mengesan kesemua suspek dengan bantuan Unit Forensik Hospital Lahad Datu dan mayat turut ditemui di ruang tamu rumah," katanya dan menambah semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan sebarang penyakit berbahaya.

Katanya polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah yang sah dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sama level dgn Indon pulok
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 21-1-2021 11:48 PM
Dah sama level dgn Indon pulok

pilak dpt ic.....kot.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
apa kalut sgt... kan lg mudah hospital uruskan... nway kalo jenazah tu ada covid..doktor pun tak hingin la nk amik organ2 mayat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:32 PM | Show all posts
Ini kawasan pti ramai dapat ic.. tak hairan langsung perangai leluhur diwarisi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.163085 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list