CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 0

[Tempatan] Orang ramai boleh lapor aktiviti langgar SOP sepanjang pelaksanaan PKP

[Copy link]
Post time 22-1-2021 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai boleh lapor aktiviti langgar SOP

https://www.utusan.com.my/berita ... tiviti-langgar-sop/

Oleh NOR AINNA HAMZAH
22 Januari 2021, 5:37 pm


SYAHRUL Nizam Saleh menyerahkan poster pembudayaan norma baharu kepada pengguna jalan raya sambil ditemani Chang Hook (kiri) ketika mengadakan lawatan ke SJR Taman Sornam, Jempol hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

JEMPOL: Orang ramai di daerah ini dialu-alukan melaporkan sebarang aktiviti yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, sebarang ketidakpatuhan SOP boleh dilaporkan di talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol 011-58901412.

Menurutnya, bagi meningkatkan lagi kadar pematuhan SOP, penguatkuasaan lebih tegas menerusi penubuhan pasukan petugas dilaksanakan membabitkan ke semua kawasan termasuklah di kawasan perkampungan.

“Pemantauan ini melibatkan tujuh agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS).

“Kami juga minta masyarakat atau komuniti untuk turut sama memerhatikan dan melaporkan kepada agensi penguat kuasa sekiranya terdapat sebarang perlanggaran SOP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke sekatan jalan raya (SJR) Taman Sornam, dekat sini hari ini.

Yang Turut hadir, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook dan Pegawai Memerintah 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Syed Sirajuddin Gemas, Leftenan Kolonel Mohd. Marican Yunus.

Syahrul Nizam berkata, sejajar dengan saranan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan orang ramai, pihaknya menambah satu lagi SJR di kawasan Jempol iaitu SJR Taman Sornam yang hanya dilaksanakan pada waktu puncak dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Menurutnya, ia menjadikan tiga SJR di daerah berkenaan iaitu dua daripadanya adalah di Ladang Geddes dan Sungai Lui.

“Kini terdapat 39 kes aktif Covid-19 dicatatkan di daerah ini dan 96 individu terdiri daripada kontak rapat sedang menjalani proses kuarantin di rumah,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, MPJL akan meningkatkan tahap pematuhan SOP di premis-premis perniagaan milik MPJL seperti pasar borong, pasar awam dan medan selera. -UTUSAN ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.064131 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list