CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 13

[Tempatan] Mangsa 'body shaming' boleh dakwa pelaku di mahkamah

[Copy link]
Post time 23-1-2021 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-1-2021 01:38 AM

Mangsa 'body shaming' boleh dakwa pelaku di mahkamah

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pelaku-di-mahkamah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 9:27 AM

BERNAMA


GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Body shaming atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di media sosial bukanlah sesuatu yang baharu, namun nampaknya tiada apa yang boleh menghalang pembuli siber ini daripada meneruskan bentuk penderaan ini ke atas seseorang.

Baru-baru ini, seorang gadis berusia 21 tahun dibuli oleh pengguna aplikasi TikTok yang tidak bertanggungjawab semasa dia sedang melakukan video tutorial solekan secara langsung, mengatakan dia kelihatan hodoh dan harus memakai topi keledar.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan komen yang menjelikkan itu dan tidak melaporkan penderaan itu kepada pihak berkuasa.

Seorang lagi mangsa, yang dikenali sebagai Sophia, 40, berkata, dia menjadi mangsa body shaming apabila seseorang yang mendakwa sebagai jurulatih kecergasan memuat naik gambarnya di halaman Facebooknya dan mengutuknya mengatakan badannya geleber.

Ia berlaku tahun lalu dan Sophia baru-baru ini membuat laporan polis dan laporan berkenaan turut dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Bagaimanapun, Sophia kesal kerana tiada apa-apa tindakan sehingga sekarang.

Kedua-dua insiden itu jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh mangsa sendiri dan tindakan pihak berkuasa yang perlahan dalam mengambil tindakan ke atas pembuli siber apabila penderaan sedemikian boleh menyebabkan tekanan emosi dan boleh menyebabkan mangsa membunuh diri.

Untuk memastikan keadilan ditegakkan dan menghalang pelaku daripada terus melakukan penderaan, peguam Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, yang paling utama adalah penting bagi mangsa untuk membuat aduan kepada polis dan juga SKMM di laman web www.mcmc.gov.my.

"Dalam kes seperti ini, tangkap skrin atau screenshot mesej digital yang menjelikkan itu boleh berfungsi sebagai bukti. Mangsa perlu mengumpul bukti yang relevan, seperti latar belakang pendera dan komen mereka untuk tindakan selanjutnya.

"Pengulas mempunyai hak untuk memberi komen kerana ia adalah kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Bagaimanapun, kebebasan itu juga mempunyai had. Anda tidak boleh mengatakan perkara yang boleh mencemarkan nama baik seseorang," katanya sambil menambah bahawa pelaku boleh didakwa di bawah akta fitnah juga.

Beliau menegaskan bagi kesalahan itu, seseorang boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang membuat kandungan yang mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, menggugut atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan.

"Jika didapati bersalah, seseorang yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya," katanya.

Seorang lagi peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman berkata pelaku juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 akta yang sama bagi kesalahan itu.

"Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika didapati bersalah di bawah seksyen itu.

"Sementara itu, Seksyen 499 Kanun Keseksaan menyatakan jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah," katanya.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Shahrul mengingatkan pembuli siber bahawa mereka tidak akan terlepas daripada hukuman.

"Jadi setiap kali sebelum mengklik butang 'hantar', seseorang perlu tahu bahawa komen dan kenyataan yang boleh mengganggu, mendera, mengancam atau menganiaya orang lain boleh mendedahkan dirinya kepada kesalahan jenayah," tegasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah betul apa yang dibody shamed, loyar boleh twist kata fitnah jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ok. Seksyen 509 tu boleh la pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ok. Seksyen 509 tu boleh la pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
apa akan jadi pada cari..


if semua dah kena screen shot n kumpul bukti dan report. ip address boleh tahu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak baru je tadi baca ummah porum tengah body shaming shukk sahar dekat benang beliau {:nose
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ada akta ni...makin ramai rakyat Malaysia yg gemuk2....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 07:42 PM | Show all posts
body shaming.. macam berat badan, kurus, keping, lidi, gemuk, tong dram, gedempol
hitam, legam, arang, putih, pucat
tinggi, lampai, panjang, galah, pendek, katik,
telinga capang, bibir tebal mata juling, hidung penyek
rambut keriting, kepala  botak
kan? apa lagi ye?

fizikal je kan? bulu idong terkeluar, orang tu tak trim kena jugak ke?

pendek kata, senangnya, jangan cakap benda tak elok tentang orang.
takda benda baik nak cakap, baik diam kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
" tertuduh mengatakan saya tak hensem"
peguam bela tertuduh "apa bukti mengatakan awak hensem?"
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kucing kalau gemok mmg comel.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:17 AM | Show all posts
the generation of snowflake.
easily offended
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:32 PM | Show all posts
aku jika ada yg membulat besar nak jadi kawan -aku elakkan
sbb nanti bila bergaduh or salah faham-keluarlah  perkataan
gemok gedempul, mcm babi hutan, badak sumbu,gajah liarlah dan mcm lagi.

jadi bila kita dah kata bergitu pasti - yg bulat membesar tu cari peluang saman kita.
betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis lah makin lama generasi gemuk akan menguasai . Teringat pelawak chris rock bgtau bully diperlukan utk prepare remaja to real world n dia ckp sbb tu budak skrg gemuk2 sbb xdpt paw dah mangsa buli
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow,so hati hati lah ketika berkata kata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070140 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list