CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 11

[Tempatan] Pemuda Bersatu (Armada) kecam Fahmi Reza isu logo parti digabung daun ganja

[Copy link]
Post time 23-1-2021 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Armada kecam Fahmi Reza isu logo parti digabung daun ganja

https://www.malaysiakini.com/news/560103

Diterbitkan 23 Jan 2021, 9:00 am
Dikemaskini 9:27 am





Pemuda Bersatu (Armada) mengecam tindakan aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza yang memuat naik imej memapaskan logo parti Bersatu yang digabungkan dengan imej daun ganja.

Perkembangan itu hadir selepas salah seorang ahli Bersatu semalam dilapor ditangkap polis kerana disyaki memiliki sejumlah besar dadah.

"Pemuda Bersatu mengecam tindakan Fahmi Reza yang mencemarkan logo parti.

"Armada mengecam tindakan Fahmi Reza yang memburukkan logo parti.


"Armada turut ingin nyatakan bahawa kami tidak menyokong mana-mana perbuatan jenayah atau salah guna dadah.

"Justeru, kami memohon orang ramai agar tidak mengaitkan sayap atau menggunakan tanda pagar #ARMADADAH sebagai alat kempen memburukkan parti," kata sayap parti itu di Facebook.




Dalam catatan berasingan, Armada menegaskan individu yang ditahan merupakan ahli biasa dan bukannya pemimimpin parti.

Justeru, mereka mengecam laporan media yang mendakwa individu berkenaan pemimpin Bersatu dan akan seterusnya akan mengambil tindakan undang-undang.

Semalam, sumber polis, yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu didedahkan namanya kerana perkara itu masih dalam siasatan, mengatakan polis merampas 1.5 kg daun ganja kering, sembilan tanaman ganja, dan sejumlah besar cecair dipercayai mengandungi narkotik.

Sumber mengatakan bahawa polis bertindak berdasarkan maklumat dan menahan suspek, berusia 35 tahun, di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada hari Rabu petang kerana memiliki bahan terlarang.

Berikutan penangkapan itu, polis menyerbu rumah suspek di Ampang, Selangor, pada hari itu.

"Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

"Kami juga menemui leraian daun kering disyaki ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas," kata sumber lagi.

Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM60,000.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama individu yang dimaksudkan selagi dia tidak didakwa. Dia masih suspek dan tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan.

Suspek juga tidak memegang apa-apa jawatan yang diraih secara undian dalam Bersatu. Dia merupakan ahli lantikan dalam sebuah biro dalam Armada.

Ketika PRU 2018, dia menjadi calon Bersatu di kerusi Parlimen di Perak.

Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Razarudin Husain, ketika dihubungi, mengesahkan kes itu dan mengatakan ia sedang disiasat oleh polis Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin tidak memberi respons terhadap permintaan komen.

Ini bukan kali pertama individu yang dikaitkan dengan Bersatu disiasat untuk masalah berkaitan dadah.

Pada Januari tahun lalu, Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah adalah antara mereka yang ditahan dalam serbuan kes dadah di Kuala Lumpur.

Pada mulanya, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengatakan 16 (daripada 17) orang ditangkap di sebuah unit kondominium setelah mereka didapati positif dadah terlarang. Ketamin dan ganja juga dijumpai di unit itu, katanya.

Selepas dua bulan dan pertukaran kerajaan, pihak berkuasa mengatakan laporan patologi Adhif mendapati ujian air kencingnya bersih dan Jabatan Peguam Negara telah memerintahkan semua siasatan diklasifikasikan sebagai "tidak ada tindakan selanjutnya" (NFA).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tak pelik pun fahmi reza lukis bunga & daun... sblm ni pun ada kes parti dadah geng armada yg terlibat bekas ex ketua armada kt puchong dlm 2019
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kreatifnyaa..Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha..tisunya hati....selayaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:47 AM | Show all posts
hahahahhahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada bunga mesti ada daun... bijak budak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2021 11:22 AM | Show all posts
Kreatif jugak hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:43 AM | Show all posts
Partai Bunga Raya lagi banyak sampah + bingai dari umno... adat dalam donia politaik ... kebanyakan golongan lompat ke partai baru adalah kerna depa tadak tempat + ruang di partai asal... maka berpusu2 laa masok atau lompat partai baru dengan harapan senang dapat jawatan ..

Kerna tu .. asal gaduh buka partai baru instead masok mana2 partai sedia ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dilantik jadi menteri dari parti hamjad ni pun spesis weng dan tangkap muat
Apalah nak diharap pada ahli bawahan
Parti loji kumbahan tempat buangan politician & politician wannabe yg bermasalah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:10 PM | Show all posts
Cantik jugak..tp kalau daun ketum x cantik
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bekas calon Bersatu  pru 14 di Perak...tak.kan ahli biasa kut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Daun ganja boleh ubat covid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074063 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list