CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 14

[Tempatan] Lelaki terjun sungai elak dicekup polis, dikhuatiri lemas

[Copy link]
Post time 23-1-2021 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki terjun sungai elak dicekup polis

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -elak-dicekup-polis

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 8:26 AM

Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my


BOMBA melakukan operasi pencarian mangsa.  FOTO Ihsan Bomba

Kluang: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Sembrong Kecil ketika cuba melarikan daripada serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, 4.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, lelaki yang berusia 32 tahun itu didapati hilang selepas terjun ke dalam sungai berkenaan bersama empat lagi lelaki lain.

Katanya, sebelum itu, satu serbuan dilakukan di bawah jambatan di sungai berkenaan dan pihaknya mendapati terdapat tujuh orang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan dipercayai penagih dan pengedar dadah.

"Bagaimana pun hanya dua orang lelaki berusia 39 dan 41 tahun berjaya ditahan, manakala lima orang lagi berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Sembrong Kecil sedalam kira-kira tiga meter itu.

"Hasil daripada pemerhatian anggota, mendapati salah seorang daripada lima orang lelaki yang terjun itu tidak timbul semula dan dipercayai lemas sebelum pasukan penyelamat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kluang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang dipanggil untuk melakukan kerja mencari dan menyelamat," katanya melalui kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Low, hasil saringan air kencing terhadap dua orang lelaki yang berjaya ditahan itu, pihaknya mendapati kedua-duanya positif dadah jenis MOP dan masing-masing mempunyai empat hingga sembilan rekod kesalahan lampau.

"Turut berjaya dirampas adalah tiga peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki heroin dengan anggaran berat kasar 2.53 gram dan Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1962,"katanya

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Akob Sedek berkata, operasi pencarian mangsa bersambung 8.30 pagi ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash? Tuhan maha adil sis!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jason Bourne... Sebenarnya beliau berjaya menyelam dan timbul di seberang sungai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal pasal
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:46 AM | Show all posts
Terjun tak timbul2 mesti tak pandai berenang
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar je la dia... xyah penat2 cari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan org pulak nak cari..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgh high lewtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 10:58 AM | Show all posts
lantak la dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:35 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Punca terjun nak selamatkan diri..rupanya tak selamat..ish2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:51 PM | Show all posts
Innalillah..mati lemas adalah salah satu cabang mati syahid..Wallahua'lam..


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:57 PM | Show all posts
pernah tengok apokalipta?

mungkin dia tengah lari di kejar beberapa tribes...
dan sekarang tengah prepare sarang tebuan aaagitttewww
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 23-1-2021 12:51 PM
Innalillah..mati lemas adalah salah satu cabang mati syahid..Wallahua'lam..

Hahaha penagih masuk syurga dekkkk.... i likeeeee..... dek!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau x pandai berenang gi terjun dah kenapa. Tak memasal nyusahkan orang nak kena cari pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.084898 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list