CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 1

[Tempatan] Vaksinasi penting untuk pulihkan ekonomi - Mosti

[Copy link]
Post time 23-1-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Vaksinasi penting untuk pulihkan ekonomi - Mosti

https://www.malaysiakini.com/news/560100

Bernama
Diterbitkan 23 Jan 2021, 8:38 am



Program vaksinasi bagi mencegah pandemik Covid-19 yang dirancang kerajaan untuk orang ramai adalah penting bagi mewujudkan imuniti kelompok sekali gus membolehkan ekonomi negara kembali pulih.

Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan dan Perkhidmatan STI, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Mohd Nor Azman Hassan berkata apabila imuniti kelompok tercapai maka penularan Covid-19 akan dapat dikawal kerana majoriti penduduk sudah memiliki ketahanan terhadap virus itu.

“Apabila kita mempunyai ketahanan dalam kumpulan yang besar terhadap sesuatu virus, kita boleh hampir bergerak dan berhubung dalam keadaan normal.

“Jadi, peluang untuk kita membuka ekonomi itu lebih besar kerana setiap rakyat atau individu telah divaksinasikan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Bual Bicara terbitan Bernama TV semalam yang bertajuk ‘Covid-19: Kepentingan Vaksin & Imunisasi.’

Imuniti kelompok merujuk kepada keadaan penularan jangkitan yang rendah kerana sebahagian besar masyarakat mempunyai imuniti terhadap jangkitan itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berkata hampir RM27 juta atau lebih 80 peratus penduduk Malaysia dijangka menerima vaksin Covid-19 menjelang suku pertama tahun depan.

Beliau berkata bekalan vaksin pertama dijangka diterima pada penghujung Februari ini dengan kumpulan pertama penerima vaksin pada awal Mac dan program vaksinasi ini berjalan secara berperingkat selama 12 bulan.

Sementara itu, Felow Akademi Sains Malaysia Dr Madeline Berma berkata beliau optimis bahawa program vaksinasi Covid-19 akan mempercepatkan usaha merancakkan kembali ekonomi negara khususnya ekonomi domestik yang terkesan teruk akibat pandemik tersebut

“Kalau dulu pada awal kemunculan wabak, kita hanya bergantung kepada pencegahan dengan cara penjarakan fizikal dan perintah kawalan pergerakan sahaja.

“Tetapi dengan adanya vaksin, ia seolah-olah satu cahaya yang selama ini ditunggu-tunggu kerana ia dapat menyelesaikan penularan COVID-19,” katanya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang gomen gak yang boleh explains kat media gini bagi rakyat faham... Nak harap kan Menteri2.... Dia suruh minum air suam je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059847 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list