CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 14

[Dunia] 4 lelaki makan 30kg oren dalam 30 minit, mahu berjimat tidak mahu bayar caj tamb

[Copy link]
Post time 23-1-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Makan 30kg oren dalam 30 minit

https://www.hmetro.com.my/global ... oren-dalam-30-minit

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 6:31 AM

Agensi


SEORANG daripada emapt lelaki yang makan oren di lapangan terbang.  FOTO Agensi

Beijing: Hanya kerana mahu berjimat tidak mahu membayar caj tambahan bagasi, empat lelaki di China sanggup makan oren 30 kilogram (kg) dalam tempoh setengah jam.

Kejadian itu berlaku di sebuah lapangan terbang di Kunming, wilayah Yunnan, barat daya China.

Yuran bagasi dikenakan untuk 30 kilogram oren itu bernilai 300 yuan (RM187).

Oleh kerana kurang berkemampuan, empat lelaki itu memutuskan memakan oren itu sebelum menaiki penerbangan.

Seorang daripada lelaki itu dikenali sebagai Wang berkata, dia dan rakannya membeli sekotak oren seberat 30 kilogram itu dengan harga 50 yuan saja ketika dalam perjalanan mereka ke Kunming.

Katanya, pihak lapangan terbang mengenakan caj 10 yuan (RM6.24) untuk setiap kilogram bagi kos penghantaran oren itu.

"Oleh kerana cajnya terlalu mahal, saya dan rakan membuat keputusan. Kami duduk dan makan semua oren itu sampai habis dalam tempoh 20 hingga 30 minit.

"Namun, kami alami ulser dalam mulut selepas makan oren terlalu banyak," katanya seperti dilapor portal Global Times.

Bagaimanapun, tindakan nekad empat lelaki itu menjadi bahan lucu warganet yang tidak bersetuju dengan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Akibat kedekut tak mahu kongsi dengan orang2 di situ dah dapat ulser juga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
X jadi cirit birit pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampuih..sumbat selagi muat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:05 AM | Show all posts
Orang Malaysia pun ada je yang jadi macam tu bila nak cuba bawak balik buah yang dibeli diluar negara.  Nak bayar lebih duit dah kurang mungkin jadi pakat2 makan bagi habis sama macam dalam kes ni.  Dah macam situasa biasa bila di area pelepasan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:13 AM | Show all posts
melecet laa lidah tentuannn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku tak lama lepas tu mesti memerut punya.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:47 AM | Show all posts
orgsepang replied at 23-1-2021 10:02 AM
Akibat kedekut tak mahu kongsi dengan orang2 di situ dah dapat ulser juga.

chinese.wat du u expek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols ajak orang2 lalu lalang makan sekali la
Mau sakit perut nak menghabiskan semua sekali
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg la sebijik sorang kat org lain..yg ko melantak sampai abis 30 kg kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:03 PM | Show all posts
bodoh bagi je kat org2 sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:05 PM | Show all posts
ya ampun... kalau iols dah tinggal dah benda tu tak kosser nak bawak balik...
minum minuman tin yang kena rampas pun iols tinggal jah tak kisah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelahapnya mmg lain macam....ngeri aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 30-1-2021 10:28 PM

Sblm covid melanda iols g mekah  beli mcm2 buah sbb sblm ni terigt2 buah manis kat sana.iols laki bini mkn buah je dlm bas..tinggal kn buah delima 2/3 biji aprikot kering ,kurma & kekacang je blk mesia.semua buah segar2 tu bg kt jemaah lain sdhnye x hbs jgk iols bg kat cleaner  airport kat jeddah sblm balik.apa ke jadahnye buah sampai 30kg..perabih dan2 tu ..mmg ulser la jwbnye!! Mengong & kedeks
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku, harga beli murah, caj lg mahal pon, aku makan sikit, bg2 kat org kat situ buat makan. X koser nak bayar caj mahal utk benda tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.095519 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list