CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2029|Reply: 11

Pelitup Muka Fabrik Masih Berkesan Halang Mutasi Baharu COVID-19

[Copy link]
Post time 23-1-2021 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Garis panduan WHO masih membenarkan pelitup muka perubatan atau fabrik untuk orang ramai. Sekatan ketat bagi mengawal wabak COVID-19 menyebabkan penduduk Palestin solat di luar Masjid Al-Aqsa. - Foto AFP


Berita Harian

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak merancang untuk mengubah garis panduannya yang menyarankan penggunaan pelitup muka fabrik, walaupun varian baharu coronavirus tersebar.

Ia berikutan mutasi strain berkenaan tersebar melalui cara yang sama dengan strain asal virus berkenaan.

Ketua teknikal COVID-19 di WHO, Maria Van Kerkhove, berkata beberapa varian baharu itu mungkin meningkatkan kebolehjangkitan, namun itu hasil kajian di Britain dan Afrika Selatan yang mengesan mutasi di negara itu.

"Masih belum ada sebarang petanda mengatakan cara virus ini berjangkit sudah berubah. Ia masih tersebar melalui cara yang sama," katanya dalam sidang media di Geneva, pada Jumaat.

Jerman dan Austria mewajibkan penggunaan pelitup muka perubatan di dalam pengangkutan awam dan premis kedai, dan hanya membenarkan pelitup muka pembedahan atau FFP2 berbanding fabrik, susulan kebimbangan ancaman mutasi baharu virus COVID-19.

WHO menyarankan pelitup muka fabrik bukan perubatan boleh digunakan oleh orang ramai di bawah usia 60 tahun dan tidak memiliki masalah kesihatan lain.

Selain itu, badan itu turut menyarankan pelitup muka perubatan digunakan petugas kesihatan, individu tidak sihat, yang menunggu keputusan COVID-19 atau disahkan positif, dan mereka yang menjaga individu disyaki atau pesakit COVID-19.

Ia turut disarankan kepada individu berusia 60 tahun ke atas, atau individu yang memiliki masalah kesihatan lain, berikutan golongan itu berisiko tinggi berdepan penyakit serius.

Van Kerkhove berkata, WHO tidak meramcamg untuk mengubah pendirian ketika ini, namun setiap negara bebas untuk membuat keputusan yang dirasakan perlu.

"Kami akan terus meneliti bukti yang sudah ditemui, namun berdasarkan data dari negara yang memiliki varian virus ini, cara ia berjangkit tidak berubah.

"Jika ada perubahan, kami akan mengubah dan menperbaharui saranan WHO," katanya, memaklumkan pelitup muka fabrik perlu memiliki tiga lapisan untuk memastikan perlindungan mencukupi.

Menurut garis panduan WHO untuk pelitup muka fabrik, lapisan paling dalam perlu menyerap air seperti kapas; lapisan tengah perlu dihasilkan daripada bahan polipropilena tanpa jahitan yang bertindak sebagai penapis; dan lapisan luar perlu kalis air seperti poliester.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Viral pelitup ni...huhu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 23-1-2021 04:19 PM
Viral pelitup ni...huhu...

Adakah polis yg saman tu consider sebagai tempat awam maka dikeluarkan saman kepada owner cafe ni? Nak saman atas sebab tempat sesak, x logik gak sebab tgk video cctv yg owner ni post, memang xde org pun situ kecuali dia dgn anak2, pekerja & polis2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tetap galakkan pakai medical mask x kira umur. Yg kain punya tu boleh beli yg boleh slot filter dia. Dan lepas tu filter kena tukar dan mask wajib basuh.. Tp mask fabric akak tetap x pakai. Kita ikut recommendation DG aje.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 06:44 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 23-1-2021 07:39 PM
Adakah polis yg saman tu consider sebagai tempat awam maka dikeluarkan saman kepada owner cafe ni? ...

Apa2 pun keluar kereta, pastikan pakai mask...
Tu SOP terpenting selain sanitize selalu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:56 AM | Show all posts
ya, mask sentiasa important untuk halang particles dari masuk ke lungs kita.. at least mengurang kan.
apa2 pun, pakai sahaja.. pertahankan lungs u dgn apa2 sahaja, even if hanya pekup hidung dgn sapu tangan sekali pun (tapi kalau boleh, beli lah yg elok)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 25-1-2021 04:56 AM
ya, mask sentiasa important untuk halang particles dari masuk ke lungs kita.. at least mengurang kan ...

Good info ...thanks for the CNY tacangs
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 09:50 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2021 07:03 AM
Good info ...thanks for the CNY tacangs

sesama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 11:12 PM | Show all posts

DG kata fabrik boleh je yg x berisiko/gejala pakai...
Yg berisiko pakai  yg 3 fly ke hapa tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:51 AM | Show all posts
seribulan replied at 21-2-2021 11:12 PM
DG kata fabrik boleh je yg x berisiko/gejala pakai...
Yg berisiko pakai  yg 3 fly ke hapa tu {:1_ ...

sy pakai yg basic dari cina je hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-2-2021 05:51 AM
sy pakai yg basic dari cina je hu hu

semua mask pun 3ply yg dari cina tu.. samalah kita
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:19 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-2-2021 04:51 AM
sy pakai yg basic dari cina je hu hu

saya pakai fabrik..RM5 sehelai...sekrg mesti mahal gilerr...pink belacan & dark blue...beli 2 helai utk Haji/umrah...kat surau area kakak kursus Umrah...rugi tak borong bebanyak...

Rupanya pakai utk pandemik plak...huhu...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 1.026785 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list