Remaja berusia 19 tahun merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan mencabul tiga lagi gadis bawah umur.
Lebih sadis, dia melakukan perbuatan berkenaan kerana mahu kelihatan hebat di hadapan mangsanya.
Damian Devore didakwa menjemput mangsa berusia 11 tahun itu yang dikenalinya menerusi aplikasi Snapchat dari rumah datuk dan neneknya di Wichita Falls, Texas pada Oktober 2019 sebelum membawanya ke kawasan semak dan merogolnya.
Kredit foto: Metro/Wichita County Sheriff’s Office
Metro melaporkan, dia muncul di mahkamah pada awal minggu ini setelah gagal membuat permohonan untuk mengurangkan bon ASD150,000 yang dikenakan terhadapnya.
Difahamkan, mangsa berkata dia masih terlalu muda sebelum Devore melakukan serangan itu dan menghantarnya pulang selepas memuaskan nafsunya.
Devore dilaporkan melakukan perkara sama sebulan kemudian selepas memikat gadis bawah umur menerusi aplikasi sama.
Dia meminta untuk datang ke sebuah rumah di mana gadis itu tinggal bersama dua lagi rakannya dan memberi mereka minum alkohol sebelum memujuk mereka melakukan seks.
Seorang daripada mangsa dikatakan pengsan selepas meminum alkohol berkenaan.
Berikutan kejadian, Devore dibelasah beberapa individu dipercayai ibu bapa mangsa rakusnya.
Ketika disoal siasat, lelaki itu mengakui perbuatannya kerana mahu dilihat sebagai seorang yang hebat.
Devore ditahan di dipenjara sejak didakwa pada Julai tahun lalu. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. - CARI |