CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3039|Reply: 34

[Tempatan] Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar. Jeng jeng jeng!

[Copy link]
Post time 23-1-2021 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke Mahkamah Sivil
| | 23 Januari 2021

Najib Razak

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ditukarkan dari Mahkamah Jenayah ke Mahkamah Sivil.

Menurut pekeliling dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya pada Jumaat, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) pada Sabtu mengesahkan mengenai pertukaran Mohd Nazlan ke Mahkamah Sivil berkuat kuasa 1 Mac ini.

“Pertukaran ini adalah amalan biasa untuk hakim-hakim. Pertukaran Yang Arif Mohd Nazlan ke Mahkamah Sivil adalah bagi menggantikan Yang Arif Wong Chee Lin yang akan bersara,” menurut PKPMP dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, Mohd Nazlan sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Komersial, sebelum ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah dan mempunyai kepakaran serta pengalaman luas berhubung kes-kes sivil dan jenayah.

“Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes dan mahkamah itu boleh ditutup,” katanya.

Menurut kenyataan itu sebarang kes jenayah yang telah didengar oleh Mohd Nazlan akan terus didengar olehnya sehingga selesai, walaupun sekiranya prosiding kes itu melepasi tarikh kuat kuasa pertukarannya pada 1 Mac nanti.

Pada Julai 2018, Mohd Nazlan ditukarkan dari Mahkamah Komersial Baharu 1 (NCC) ke Mahkamah Jenayah 3 untuk mendengar kes berkaitan dana RM42 juta SRC International yang melibatkan Najib.

Beliau mengambil alih pendengaran kes berkenaan daripada hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Sebelum ini Majlis Peguam dilaporkan menggesa Mohd Sofian menarik diri daripada mendengar kes itu memandangkan abangnya, Mohd Soffi, memegang jawatan dalam UMNO dan juga dalam kerajaan Pahang.

Najib merupakan Ahli Parlimen Pekan dan juga bekas Presiden UMNO.

PKPMP dalam kenyataan pada 6 Julai 2018 berkata, pemilihan Mohd Sofian untuk mendengar kes perbicaraan Najib dibuat secara rawak menerusi portal e-filing.

Sementara itu, bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa dihubungi berkata, pertukaran hakim adalah perkara biasa dalam badan kehakiman.

Pada 28 Julai lepas Mohd Nazlan mensabitkan Najib, Perdana Menteri ke-enam negara terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kedudukan dalam kes melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd itu.

Selain kes SRC International, Mohd Nazlan turut mendengar beberapa kes berprofil tinggi yang lain.

Beliau dijangka menyampaikan penghakiman pada 3 Februari ini bagi kes perbicaraan yang melibatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sembilan pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Pada 7 Disember lepas Mohd Nazlan dalam penghakimannya melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ;utm_campaign=Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke Mahkama
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula da tangan2 ghaib menjelma.. katenye x berpolitik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaya....cam ni.lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tangan2 ghaib pihak Midin la ni... nk pastikan Najib ke dlm...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2021 06:10 PM | Show all posts
Kes SRC Najib: Pertukaran hakim amalan biasa, kata PKPMP
NURUL HUDA HUSAIN | | 23 Januari 2021


Mohd Nazlan

SHAH ALAM - Pertukaran Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Sivil merupakan amalan biasa bagi mana-mana hakim.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dalam satu kenyataan pada Sabtu turut mengesahkan pertukaran itu.

Menurutnya, pertukaran Mohd Nazlan ke Mahkamah Sivil adalah bagi menggantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Wong Chee Lin yang akan bersara.

"PKPMP mengesahkan mengenai pertukaran Hakim Mohd Nazlan Mohd Mohd Ghazali dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCVC 2) berkuat kuasa 1 Mac 2021.

"Mohd Nazlan sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Komersial sebelum berpindah ke Mahkamah Tinggi Jenayah dan beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam hal-hal berkaitan kes sivil dan komersial.

"Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes sahaja dan mahkamah tersebut boleh ditutup," katanya.

Katanya, sebarang kes jenayah yang telah didengar oleh Mohd Nazlan akan diterus didengar oleh beliau sehingga selesai, walaupun selepas tarikh kuat kuasa pertukaran pada 1 Mac nanti.

Terdahulu, arahan pertukaran Mohd Nazlan yang menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes SRC International dikeluarkan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed berkuat kuasa 1 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada semua anggota Majlis Peguam dalam pekeliling dikeluarkan pada Jumaat.

Selain kes SRC International, Mohd Nazlan juga masih perlu mendengar dan memutuskan beberapa kes berprofil tinggi membabitkan Najib sebelum pemindahannya pada 1 Mac ini.

Ia antaranya kes lucut hak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$340 juta ke atas PetroSaudi International Limited dan empat lain.

Beliau juga dijangka menyampaikan penghakiman pada 3 Februari ini bagi kes perbicaraan yang melibatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sembilan pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-biasa-kata-PKPMP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah selesai kenakan Najib

ada ke logik hakim junior setahun jagung dibagi tugas untuk kes profil tinggi

pulak tu bidang SIVIL, tukar ke kes jenayah

kot ye pun korang tak suka Najib sebab terpengaruh fitnah,

tak kan la benda bodoh dan mengarut gini tak boleh nak fikir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 23-1-2021 06:10 PM
Kes SRC Najib: Pertukaran hakim amalan biasa, kata PKPMP
NURUL HUDA HUSAIN | | 23 Januari 2021


Amalan biasa habah kau

kes tengah berjalan tiba2 tukar hakim

keBABIan bawah pakatan haprak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 09:20 PM | Show all posts
UMNO kene cepat sediakan kaki mogok seberapa ramai yg boleh utk selamatkan bossku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 23-1-2021 06:35 PM
Amalan biasa habah kau

kes tengah berjalan tiba2 tukar hakim

Jangan la marah..dalam pakatan yg ente kata pakatan haprak tu ada ahlul politik n menteri mentei daripada partai pas, umno , bersatu..haha..takkan lah haprak sangat dorang buat kerja?..sebelum kerajaan perikatan nasional nak buat sesuatu, semestinya sudah mendapat wahyu daripada tuan guru hadi awang dulu..baru mustajabbbbb..sabaw aaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram jàdah tujuh keturunan kalu  ini motif utama nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes dan mahkamah itu boleh ditutup,” katanya.

Menurut kenyataan itu sebarang kes jenayah yang telah didengar oleh Mohd Nazlan akan terus didengar olehnya sehingga selesai, walaupun sekiranya prosiding kes itu melepasi tarikh kuat kuasa pertukarannya pada 1 Mac nanti.

So kes najib masih under dia la kn?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
orion_pax replied at 23-1-2021 09:37 PM
Jangan la marah..dalam pakatan yg ente kata pakatan haprak tu ada ahlul politik n menteri mentei d ...

PN masih dimonopoli ex PH

orang2 atok saka masih ramai dalam banyak cabang

midin sendiri kuat mengenakan Najib sampai tumbang masa pru14

undang2 dipermainkan bawah PH lahanat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 12:01 AM | Show all posts
haruslah replied at 23-1-2021 11:39 PM
Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes dan mahkam ...

tahniah kerana rajin membaca

membaca jambatan ilmu


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 23-1-2021 11:39 PM
Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes dan mahkam ...

Kes SRC dah ke peringkat Mahkamah Rayuan

bukan nazlan lagi dah

kes2 lain PH tak konfiden, sebab tu beria dengan kes SRC
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by haruslah at 24-1-2021 12:41 AM
dizekni replied at 24-1-2021 12:04 AM
Kes SRC dah ke peringkat Mahkamah Rayuan

bukan nazlan lagi dah


Edit...baru perasan masih ade kes 1mdb dgn hakim nazlan ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 24-1-2021 12:39 AM
Edit...baru perasan masih ade kes 1mdb dgn hakim nazlan ni

Kes 1MDB pun pelik

saksi utama hilang entah ke mana

zeti, jho low dan ramai lagi

gila babi betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Punat_button replied at 24-1-2021 12:01 AM
tahniah kerana rajin membaca

membaca jambatan ilmu

membaca mmg la jambatan ilmu. tp membaca tu kena baca semua benda sampai habis. kes 1mdb najib sekarang hakim lain. nazlan ni ada jugak kes 1mdb yg belum selesai tp kes perlucutan harga petrosaudi ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 24-1-2021 12:39 AM
Edit...baru perasan masih ade kes 1mdb dgn hakim nazlan ni

kes 1mdb najib yg tengah berjln sekarang bkn under nazlan tp hakim lain. nazlan ni ada tinggal satu kes yg ada bau2 bacang dgn 1mdb je ie. kes perlucutan harta petrosaudi
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul bersalah...cepatla ke dlm...tapi Malaysia ni hanya Anwar je satu2nya pemimpin yg disumbat dlm jail.... pemimpin lain semua terlepas... pelik bin ajaib...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cilaka laknat lah najib dan konco2 nya yg buat onar cuba nak mengelak kesalahan! Apa sembang dlm fb kata tak takut dibicarakan, tpi belakang cerita sembunyi2 suruh cmpur tangan!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.132112 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list