CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 0

[PAHANG]JAWI, JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang

[Copy link]
Post time 23-1-2021 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 24-1-2021 04:36 PM


Dr Zulkifli mengibarkan Jalur Gemilang ketika melepaskan konvoi misi bantuan banjir ke Pahang di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Putrajaya hari ini. Foto Ihsan JPM


Harian Metro

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Pahang.

Misi bantuan itu turut mendapat kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak serta pasukan sukarelawan RINTIS (Rescue In Team Insan Sejahtera) 3.0, JAWI Food Bank dan beberapa badan kerajaan (NGO) lain.

Misi penghantaran sumbangan itu membabitkan konvoi 12 buah kenderaan dengan penyertaan seramai 24 orang sukarelawan.

Majlis pelepasan program itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) misi bantuan itu membawa bantuan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, dan minyak masak.

Katanya, bantuan itu juga membabitkan keperluan harian seperti tilam, bantal dan sejadah bernilai RM78,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

"Konvoi pasukan sukarelawan itu dijangka membuat serahan sumbangan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Temerloh Pahang yang akan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

"Bantuan kemanusiaan ini adalah siri keempat dilaksanakan JAWI bersama pihak masjid di Wilayah Persekutuan dan rakan strategik selepas misi sama dilaksanakan di Pahang dan Kelantan pada minggu lalu melalui sumbangan barangan keperluan asas dan harian bernilai RM275,000," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049650 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list