CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1828|Reply: 1

[KELANTAN] Cari Lokasi PKRC Baharu Di Kelantan

[Copy link]
Post time 23-1-2021 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 24-1-2021 04:37 PM


Dr Zaini (kiri) ketika melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bagi menampung pesakit kes positif Covid-19 selepas Program Tautan Kasih PKRC Kelantan Musaadah Covid-19 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Harian Metro

Hazira Ahmad Zaidi
am@hmeto.com.my

Kota Bharu: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) jika terdapat keperluan berikutan peningkatan kes harian di negeri ini.

Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 257 pesakit Covid-19 kini ditempatkan di empat PKRC di Kelantan bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya, sehingga kini jumlah pesakit kes positif Covid-19 yang mendapatkan rawatan adalah sebanyak 54.7 peratus daripada kapasiti yang ada di PKRC.

"Terdapat empat PKRC iaitu tiga di Kota Bharu membabitkan Dewan Jubli Perak, Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) serta satu di Gua Musang bagi menempatkan pesakit Covid-19.

"Dalam masa sama, kita juga sudah mengenal pasti dewan yang ada dan beberapa tempat yang dirasakan sesuai jika perlu kepada penambahan PKRC.

"Bagaimanapun, seramai 145 pesakit berisiko rendah iaitu kategori 1 dan 2 menjalani kuarantin di rumah di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selepas membuat penilaian terlebih dahulu melalui Covid-19 Assesment Centre (CAC).

"Bagi mereka yang menjalani kuarantin secara HSO, mereka perlu persekitaran yang sesuai seperti tiada kanak-kanak dan warga emas di dalam rumah. Pada masa sama, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tautan Kasih PKRC Kelantan Musaah Covid-19 di PKRC PUTIK, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka Ahmad Fathan Mahmood dan Pengarah Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan, Mahadi Awang.

Dr Zaini berkata, pihaknya sentiasa memastikan PKRC menjadi lokasi kuarantin seperti 'rumah' bagi memastikan pesakit mempunyai motivasi tinggi untuk sembuh.

Katanya, pihaknya juga memantau psikologi kakitangan yang bertugas dengan menyediakan bantuan kaunseling jika perlu bagi memastikan mereka tidak berasa tertekan menghadapi situasi, ketika ini.

"Justeru, saya merayu kepada masyarakat agar patuh kepada SOP sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori ot. Pusat kusta sg buloh tu jadi pkrc juga ke? Asyik2 tunjuk maeps je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.061243 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list