CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 0

[JOHOR] Depot Pekan Nanas Tenang Dengan PKPD

[Copy link]
Post time 23-1-2021 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 24-1-2021 04:40 PM


Anggota polis dan RELA mengawal pintu masuk ke blok tahanan dan kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini


Berita Harian

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

PONTIAN: Suasana di blok tahanan dan kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini, kelihatan tenang.

Tinjauan di sekitar depot berkenaan mendapati pusat itu dikawal ketat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan pintu pagar utamanya ditutup sepenuhnya.

Sekatan jalan raya membabitkan sempadan daerah Pontian-Johor Bahru turut dilakukan di hadapan pintu utama depot terbabit.

Justeru, setiap kenderaan tidak berkenaan tidak dibenarkan mendekati atau pun berhenti berhampiran pusat terbabit.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata tindakan penguatkuasaan PKPD terhadap Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas itu dibuat susulan trend peningkatan jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 360 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 177 kes positif COVID-19 direkodkan di depot itu.

"Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, MKN bersetuju melaksanakan PKPD di lokasi terbabit, bermula 23 Januari hingga 5 Februari 2021," katanya.

Sementara itu, penduduk berhampiran depot terbabit, Nor Azlan Mutaqim, 39, berkata penguatkuasaan PKPD terhadap kawasan berkenaan cukup merisaukan masyarakat di situ.

"Akhir tahun lalu, ada kes jangkitan COVID-19 di kawasan pekan membabitkan individu yang pergi ke klinik di situ sehingga orang ramai tidak berani keluar ke kawasan berkenaan.

"Apabila PKPD dilaksanakan di depot itu sudah tentu penduduk bertambah risau dan tertanya sama ada wabak berkenaan sudah tersebar keluar dari kawasan itu berikutan petugas di situ juga membeli barang keperluan dan makanan di kawasan pekan ini," katanya.

Namun katanya, penduduk perlu sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP)terutama sentiasa memakai pelitup muka jika perlu keluar sebagai langkah berjaga-jaga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070648 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list