View: 7704|Reply: 69
|
[Dunia]
Berita mlm misteri:Lelaki ini 80 kali lapor Pulis Dakwa Dengar Bunyi Budak Berla
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang berusia 57 tahun mendakwa telah menghubungi pihak polis sebanyak lapan kali sehari hanya kerana ingin melaporkan tentang bunyi bising yang dikatakan datang daripada tingkat atas rumahnya di Singapura. Dakwa lelaki ini lagi, bunyi bising yang keterlaluan itu telah mengganggu masa rehatnya di rumah.
Memetik laporan Mothership.sg, lelaki yang dikenali dengan nama Mr. Lu mendakwa bunyi bising itu mula terjadi sejak akhir tahun 2019. Meskipun Mr. Lu mendakwa sudah memberitahu jiran yang tinggal di tingkat atas rumahnya mengenai bunyi bising itu tetapi keadaan tersebut dikatakan masih sama.
Tidak ada gunanya memberitahu mereka tentang hal itu, suara tidak berhenti. Oleh kerana itu, kami tidak mempunyai pilihan selain melaporkan kepada polis.
Bercerita dengan lebih lanjut, Mr. Lu mendakwa antara bunyi yang sering didengarinya adalah bunyi seakan budak berlari, kerusi diseret pada lantai serta pintu yang ditolak dengan kuat. Malah, dia dikatakan sudah menghubungi polis hampir 80 kali sepanjang tahun melaporkan mengenai isu ini
Dalam satu temubual, jiran tersebut mendakwa langsung tidak melakukan apa-apa seperti yang dikatakan Mr. Lu malah mereka juga tidak mendengar bunyi bising tersebut.
Tambahnya lagi, agak mustahil bunyi bising itu datang daripada rumah mereka sedangkan kesemua kerusi dan meja yang berada di dalam rumah tersebut telah pun dilekatkan dengan lapisan getah sejak empat tahun lalu.
Difahamkan, ada pihak mendakwa bunyi bising tersebut berkemungkinan berpunca daripada masalah bunyi yang bergerak melalui objek melibatkan rekaan serta binaan bangunan itu sendiri. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar isu tersebut dan bunyi bising itu masih kekal misteri hingga ke hari ini.
Sumber: Mothership.sg
https://mothership.sg/2021/01/noise-disturbance-call-police/?fbclid=IwAR265QQXyef5zDoMRly77-pfHoqJNh_KmwmFkK59x5UpaY-GHcfvesBC2I0 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Br ni wsp jiran ats psl bunyi syiling dgn berlari yg kerap dgr
Sejak 5 thn lps x pnh tny ni
Sekali bila tny die jwb, ye ank sy tgh main dgn syiling
Finally settle misteri
Even though pnh je dgr jam 2, 3 pg
Yet, I take it as the sound coming from his children playing with the coins
Cuma bila tny psl ubah2 perabot
Die kata xde ubah2 pun
Lg kn mlm2 hr
In fact die pun ade dgr jgk
Same kes lh dgn mr lu ni jgk lh
Tp kita xde lh smpi call polis
Buat dek je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko suruh je dia labur dlm rm200 psg kamera CCTV .beli 4 cm Xiaomi night vision tu..powered USB.psg kt semua bilik. Rekod 24jam..
Pasti takde bunyi lpasni psl entiti tu segan nk posing dpn kamera..
Serupa cm kt bank..nape toyol smpai skrg takut nk curi kt bank?dia sebenar nya segan sbb bank byk CCTV..tu yg dia tk curi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Entiti2 ni buat keje mlm je ke? Awat depa tak buat waktu siang sekali ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 24-1-2021 08:11 AM
Entiti2 ni buat keje mlm je ke? Awat depa tak buat waktu siang sekali ye?
Siang-siang panas, tunggulah matahari sejuk dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
rumah yg tak bertingkat pun kdg2 ade bunyi atas siling dan i tahu ade musang yg slalu mundar mandir kat atas tu sbb dah nampak sendiri die slamba ke merayap kat atas tu. tp i ade pengalaman duk rumah bertingkat ni mmg everynight ade je duk seret mcm2. sedangkan umah atas dah lama xde penghuni. mula2 suspen tp dah lama2 rasa biasa plus annoyed yelah.. kdg2 trlalu bising sampai ade roomate yg jerit' hoi diamla sikit! aku nk buat keje ni'. n bunyi mmg akan stop kejap. lawak plak igt balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa saya duduk kat condo dulu selalu dgr bunyi kerusi meja kena seret sampai pukul 2 atau 3 pagi tak kira masa. Pastu bunyi mcm orang main guli atas lantai tingkat atas. Bunyi tapak kaki bunyi orang melompat berulang2. Bila saya nampak family tu kat dlm lif dan kat bawah rupanya anak2 dia perangai pelesit sungguh sampai mak dia pun takleh nak control dah. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 24-1-2021 08:14 AM
Siang-siang panas, tunggulah matahari sejuk dahulu
Oh ye ke?
Tak sangka depa pun pilih waktu bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku duduk apartment juga. bertahun2 dengar bunyi org seret kerusi & main guli. kejadian mesti lepas pukul 2am. bukan aku sorang yg dengar, isteri pun dengar bunyi yg sama. heran...sbb tingkat atas tu x ada budak2. kekal misteri hinggalah aku pindah duduk rumah taman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 24-1-2021 08:23 AM
Oh ye ke?
Tak sangka depa pun pilih waktu bekerja.
Itu sifat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
baru baru pindah umah dulu
bila lewat petang je ade je bunyi guli jatuh turun tangga , anak2 tanya aku kata je jiran sebelah
ada sekali tuh betul bunyi sebijik guli lantun sebelah aku, aku siap sound pi la jauh jangan kacau aku
ekceli sekarang aku tak tau la org ke apa
bila pukul 11 malam ke atas je bunyi budak berlari lari dalam sejam dua kot
hmmm kena tambah ibadat baca quran la macam niii |
|
|
|
|
|
|
|
Sifat kita manusia ..mainly pada perkara fizikal..2 kaki..2 tangan etc..
Sifat dia .. mainly pd benda tak nampak cth. perasaan.. kegelapan.. ketakutan.. marah.. kecewa etc
Of course laa.. sifat dia tak boleh disamakan dgn sifat kita.. dijadikan dia pon tak sama dgn kita.. utk memahami dia mestilah dlm cara yg tak sama utk memahami ciri manusia.. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah berhantu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ko pernah duduk apartment. Memang akan selalu dengar bunyi seret, guli, syiling, lari, dan sebagainya.
Apartment ni dia dari tingkat atas sampai ke kebawah ada satu paip air utama. Dalam tu air mengalir ke atas dan ke bawah.
Air dalam paip ni boleh rekod setiap bunyi2an dan dia akan play balik. "Suara" ni senang di dengar pada waktu malam kerana lebih sunyi.
Manakala untuk kawasan air berterusan keluar dsb, satu fenomena mirage boleh terbentuk. Kadangkala ia merekodkan gambar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dok tingkat 3, bawah jiran yg famili di melaka, dia sorang je di johor. Tingkat atas lak jiran org Ipoh, anak bini semua tinggal kat Ipoh. Sesekali jiran2 ni balik la bayar bil air tertunggak.
Tingkat atas bunyi org main guli..mcm budak2 dulu2 main tuju guli dalam bulatan. Yg level bawah, dgn tak habis2 nak deco rumah...tolak meja jerusi..pusing sana sini dengar je bunyi kaki meja kerusi berseret.
Bila tanya jiran apahal malam2 nak deko...dia cakap dia ambik cuti seminggu. Pulak dah sape plk yg rajin tolak kerusi meja tu. Last2 lantak korangla..jangan main kt rumah aku sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
jiwasemangat replied at 24-1-2021 08:47 AM
Sifat kita manusia ..mainly pada perkara fizikal..2 kaki..2 tangan etc..
Sifat dia .. mainly pd ben ...
Apa maksud sifat dia mainly pd perasaan, ketakutan, kecewa, marah? Mcmana kaitannya dgn kita pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan rumah iols memalam memang meriah. Bunyi ketukan hammer, lesung batu. Dalam group whatsapp ada yg sound. Terus sunyi sepi. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 24-1-2021 08:36 AM
dulu aku duduk apartment juga. bertahun2 dengar bunyi org seret kerusi & main guli. kejadian mesti ...
Orang kata main guli tu biasanya jin. Tak sure pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di rumah saya, bunyi2 perabot diseret dan dirempuh tengah2 malam adalah tak lain tak bukan angkara si meow gemuk berlari lari dengan riangnya sambil merempuh apa2 objek yg berada di laluannya... Mungkin boleh tanya jiran jika dia ada memelihara kucing atau anjing |
|
|
|
|
|
|
| |
|