CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5466|Reply: 75

[Tempatan] Pakar pendidikan dan sosiologi: Parents diminta berhenti hentam, kecam cikgu pas

  [Copy link]
Post time 24-1-2021 02:14 PM | Show all posts |Read mode
PdPR: Ibu bapa jangan hentam guru
    Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
    24 Januari 2021, 9:00 am

PETALING JAYA – Semua pihak tidak boleh menunding jari me­nyalahkan guru dan pihak Kementerian Pendidikan sekiranya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilihat kurang berkesan dan terdapat banyak ‘lompong’ dalam sistem pendidikan ketika ini.

Meskipun baru tiga hari dilaksanakan pada sesi persekolahan 2021, pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan ke atas guru apabila ibu bapa mendakwa mereka tidak mengajar tetapi sekadar meminta murid menonton YouTube. Ada juga yang mendakwa PdPR gagal.

Pakar pendidikan dan sosiologi, Anuar Ahmad berkata, semua guru dilatih mengajar secara bersemuka dan tiada seorang pun mempunyai sijil atau ijazah me­ngajar secara PdPR.

“Jadi tidak adil mendakwa guru tidak cekap mengajar dalam PdPR, pandemik Covid-19 pe­ngalaman pertama semua orang,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kesejahte­raan dan Pendidikan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, guru bukan sahaja terpaksa me­nguruskan pelajar dalam talian tetapi mereka turut diperhatikan dan dinilai oleh ibu bapa.

“Setiap saat guru diperhatikan sepanjang PdPR. Tidak mudah menjalankan pengajaran dalam talian dengan 40 orang pelajar. Kalau tak percaya, anda cuba sendiri,” jelasnya.

Justeru katanya, ibu bapa perlu memberi sedikit masa dan ruang untuk para guru sesuaikan diri dengan PdPR.

Ujar Anuar, guru di Malaysia terbukti mempunyai komitmen yang tinggi dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran PdPR.

“Kesabaran dan sokongan para ibu bapa akan banyak membantu menguatkan semangat para guru. Semakin kuat sema­ngat para guru, semakin cepat mereka menyesuaikan diri dan semakin cepat anak-anak kita dapat belajar dengan berkesan melalui PdPR,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan senada dengan Anuar kerana cabaran ketika ini adalah semua guru tidak mempunyai pengalaman PdPR sebelum ini.

Katanya, adalah tidak wajar sekiranya semua kesalahan dan kelemahan dalam PdPR diletakkan di atas bahu guru dan Kementerian Pendidikan.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan beberapa kaedah yang mungkin boleh membantu kerajaan mencari inisiatif lain dalam mempelbagaikan sesi pengajaran ketika wabak pandemik Covid-19.

“Saya cadangkan supaya setiap Pejabat Pendidikan Daerah mewujudkan sebuah pusat sehenti khusus untuk mengendalikan PdPR ini.

“Kementerian perlu me­nubuhkan satu pasukan khas mengendalikan pusat ini supaya berfungsi dan dapat membantu menyelesaikan sebarang isu berkaitan PdPR. Jangan wujud pusat tetapi tiada orang jaga dan pantau,” jelasnya.

Selain itu katanya, bagi sekolah-sekolah di pedalaman dan tiada akses internet, guru-guru boleh mengambil inisiatif dengan mencetak sendiri modul dan soalan untuk para pelajar mereka.

“Dengan cara ini, keluarga yang tidak mempunyai peranti atau terhad tidak perlu bimbang kerana anak mereka masih boleh dibekalkan kerja sekolah secara ‘hard copy’,” ujarnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg suka komplen tu
Mmg suka komplen
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca2 luahan kt fb insta etc tu dari golongan cikgu2 je kata parent komplen sana sini tp tk penah pulak terbaca parent2 yg komplen merungut kt social media pasal pdpr ni.m
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne negara lain buat?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sekolah asrama boleh berlajar bersemuka haper...lockdown sekolah tu...xde sapa  blh kuar msk.Mende x nk buat.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:22 PM | Show all posts
Skuau replied at 24-1-2021 03:17 PM
sekolah asrama boleh berlajar bersemuka haper...lockdown sekolah tu...xde sapa  blh kuar msk.Mende x ...

Cikgu and staff keluar masuk kita lockdown kan sekali dalam sekolah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2021 03:26 PM | Show all posts
Dari pengalaman aku, cikgu2 yang bt kelas online ku rasa dah buat sehabis baik. Cuma masalahnya budak-budak susah nak fokus especially anak yang kecik-kecik tu. Kalau ada budak yang overactive lagilah, dia sorang je nak bercakap

Then, ada yang siap berbalas-balas message dengan kawan-kawan dalam chat box. Nasib la aku bukan cikgu... sabar jelah ye cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TulenBang replied at 24-1-2021 02:49 PM
Aku baca2 luahan kt fb insta etc tu dari golongan cikgu2 je kata parent komplen sana sini tp tk pena ...

Banyak je
My friend up status kecewa cikgu x guna meet.dia ingat semua org ada kemudahan cam ia ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 24-1-2021 03:22 PM
Cikgu and staff keluar masuk kita lockdown kan sekali dalam sekolah tu..

yer ler..kan dlm sekolah asrama ada kuaters tuk cikgu dan kakitangan....mende x blh wat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat masa ni cikgu cikgi sekolah kelas anak aku mmg terbaik...sentiasa ada kelas..
Walaupun ada yg cikgu x hadir padahal murid dah tunggu ikut jadual..kes terpencil mubgkin terlupa...sekali jela.. hehe

Tapi lecturer yg ajar anak aku yg sulung...mmg 100% komit pada kerja depa..kelas online sentiasa berjalan...x pernah miss...

Terbaik!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:48 PM | Show all posts
noor2 replied at 24-1-2021 04:27 PM
Buat masa ni cikgu cikgi sekolah kelas anak aku mmg terbaik...sentiasa ada kelas..
Walaupun ada yg  ...

Kan.. aku ni wfh, setiap hari dengar camna cikgu anak-anak aku bersungguh-sungguh mengajar.

Tapi kesian juga yang mana parents tak wfh.. Tapi nasib baik sekarang dah ada channel tv pendidikan dan youtube pun banyak content pendidikan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Potpouri replied at 24-1-2021 04:48 PM
Kan.. aku ni wfh, setiap hari dengar camna cikgu anak-anak aku bersungguh-sungguh mengajar.

Ta ...

Hehe anak aku kalau kelas online depa akan tutup pintu bilik...tapi alhamdulillah cikgu2 sentiasa update pada group ibubapa.... cikgu2 mmg sentiasa update dan bg komitmen tinggi pada kelas online...nama murid yg hadir pun cikgu akan update sentiasa ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa dlm klas, budak tk fokus, aku selalu ckp, nanti saya panggil mak bpk awak dtg masuk klas ni, dok sblah.
rupa2 nya jadi skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:55 PM | Show all posts
noor2 replied at 24-1-2021 04:51 PM
Hehe anak aku kalau kelas online depa akan tutup pintu bilik...tapi alhamdulillah cikgu2 sentiasa  ...

Yang dah besar sikit memang dalam bilik. Yang kecik ni baru 7 tahun, terpaksa menghadap dia sambil buat keje..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:56 PM | Show all posts
Kepada yg sudah ada anak-anak ,merasalah melihat anak belajar secara online.

Dugaan ini kepada semua.

Selamat Berjaya Sayangku!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 24-1-2021 04:51 PM
Hehe anak aku kalau kelas online depa akan tutup pintu bilik...tapi alhamdulillah cikgu2 sentiasa  ...

Only parents like you will easily be duped by your kids.....

Online zoom lessons sesambil main game....tutup pintu....mak diluar ingat anak tak mahu diganggu.....nak focus....

Kahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerxmas replied at 24-1-2021 04:56 PM
Only parents like you will easily be duped by your kids.....

Online zoom lessons sesambil main  ...

Huhu.....entahla....minta yg baik2 aja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:58 PM | Show all posts
zehra2 replied at 24-1-2021 04:53 PM
dulu masa dlm klas, budak tk fokus, aku selalu ckp, nanti saya panggil mak bpk awak dtg masuk klas n ...

Haha..parents pun sibuk sekarang waktu anak sekolah. Anak-anak tengah kelas online, parents pula rancak berdiskusi dalam group wasap parents...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 24-1-2021 04:56 PM
Kepada yg sudah ada anak-anak ,merasalah melihat anak belajar secara online.

Dugaan ini kepada se ...

Tq....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 24-1-2021 04:53 PM
dulu masa dlm klas, budak tk fokus, aku selalu ckp, nanti saya panggil mak bpk awak dtg masuk klas n ...

Yg tahun satu dua dan tiga mesti ada mak pak kut...hehe....comel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.096440 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list