CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 0

[KELANTAN] Polis Kelantan Keluarkan Lebih 52,000 Surat Kebenaran Rentas Daerah,

[Copy link]
Post time 24-1-2021 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (empat dari kiri) melihat pelajar sekolah dengan mematuhi SOP sempena Program First Day at School di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


Berita Harian

Syaherah Mustafa
bhnews@bh.com.my

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengeluarkan lebih 52,000 surat kebenaran rentas daerah dan negeri kepada golongan yang dibenarkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu, bermula 16 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata surat berkenaan dikeluarkan terutama kepada pekerja yang tiada majikan dan bekerja sendiri susulan kerajaan membenarkan golongan terbabit menjalankan tugas seperti biasa.

Katanya, jumlah itu juga membabitkan pengeluaran surat kebenaran kepada individu yang menjalankan khidmat menghantar makanan yang dibenarkan bagi tujuan pergerakan ekonomi mereka.

"Bagaimanapun, pada minggu kedua PKP pihak kami mendapati jumlah permohonan surat ini berkurangan berbanding pada tiga hari pertama PKP dilaksanakan di Kelantan.

"Malah, sebelum ini kita boleh melihat ramai yang datang ke balai-balai untuk memohon surat berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program First Day at School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Shafien berkata, sekatan jalan raya (SJR) masih dikekalkan di 19 lokasi dan ia mencukupi setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis menambah anggota sebagai pasukan pemantau untuk penugasan kawalan di lorong tikus di sepanjang sempadan negara.

"Pasukan pemantau akan berada di setiap lokasi yang ditetapkan termasuk sekitar sempadan negeri bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal terutama ketika pendemik COVID-19 ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) masyarakat di bandar bagi mengelak penularan pandemik.

"Justeru, strategi kami selepas ini adalah untuk 'masuk' ke kawasan kampung pula kerana kami menerima maklumat masih ada yang membuka gerai untuk pelanggan makan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.101121 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list