View: 3251|Reply: 38
|
[Tempatan]
Buatlah ‘All-Out’ Sekarang, Bukan PKP 3.0, Kata Najib
[Copy link]
|
|
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata jika peraturan longgar ketika PKP ini diteruskan hingga 4 Feb dengan sektor menyumbang peningkatan jangkitan seperti perkilangan dan pembinaan dibenarkan beroperasi, jangkitan akan tetap tinggi.
FMT
PETALING JAYA: Kerajaan perlu melaksanakan kawalan ketat termasuk kepada sektor perkilangan dan pembinaan sekarang, bukannya selepas tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 tamat pada 4 Feb ini dalam usaha membendung penularan Covid-19.
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, kerajaan tidak perlu mengambil masa lebih lama termasuk sehingga terpaksa melaksanakan PKP 3.0 untuk melakukan sekatan lebih ketat kepada dua sektor itu kerana ia akan memberi kesan kepada sektor lain termasuk menambah penderitaan rakyat lebih lama.
“Jika nak buat secara ketat dengan melarangkan sektor kilang dan pembinaan, buatlah ‘all-out’ sekarang. Jangan tunggu dan paksa rakyat menderita lagi lama di bawah PKP,” katanya di Facebook.
Najib mengulas laporan memetik Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) diberitahu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bahawa kerajaan akan melaksanakan PKP 3.0 yang amat ketat termasuk larangan ke atas sektor kilang dan pembinaan selepas PKP 2.0 berakhir jika jangkitan Covid-19 masih tinggi.
Najib berkata, jika peraturan longgar ketika PKP ini diteruskan hingga 4 Feb dengan sektor menyumbang peningkatan jangkitan seperti perkilangan dan pembinaan dibenarkan beroperasi, jangkitan akan tetap tinggi.
“Jika PKP 3.0 berlaku, sektor-sektor lain tidak berkaitan (selain perkilangan dan pembinaan) yang terpaksa sia-sia berkorban 23 hari untuk PKP 2.0 nak ‘claim’ kerugian dari siapa?
“Kenapa tak laksanakan secara ketat tanpa kelonggaran awal-awal lagi pada PKP 2.0 seperti disaran saya dan ramai lagi?Kenapa hanya cadang nak buat selepas PKP 2.0 selama 23 hari telah terbazir? soalnya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan jumlah kluster melibatkan tempat kerja mutakhir ini.
“Kluster berkaitan perkilangan mencatatkan bilangan kluster tertinggi iaitu sebanyak 80 kluster diikuti kluster berkaitan pembinaan sebanyak 53 kluster dan kluster berkaitan perkhidmatan sebanyak 31 kluster,” menurutnya dalam kenyataan perkembangan situasi Covid-19 semalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ko cakap senang la ajib, kes ko pun tak selesai2 lagi pe citer |
|
|
|
|
|
|
|
...yer ..saya setuju dengan najib ... nak tunggu apa lagi ... buat sesuatau yg lebih berkesan NOW !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya buat lebih awal ujung tahun lepas bulan nov-dec tu.. kena buat betul2 sbb yg dah dibuat sepanjang Oktober -disember mmg x berkesan malahan kes bertambah byk lg ada la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lbh patut, patutnya x yah buat prn sabah. Tu la, nasi da jd bubur. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 24-1-2021 05:35 PM
Yg lbh patut, patutnya x yah buat prn sabah. Tu la, nasi da jd bubur.
Aku percaya jika betul2 lockdown dan kes kurang.... politicians tetap terkinja2 nk buat PRU lepas tu.... Masa tu kes akan naik balik...ulang sama sampai abg jamil mampos.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kerja dia pandai cakap je kan? dulu masa jadi perdana menteri luahan rakyat tak dengar. 1mdb tak de apa. mmg banyak betul masa dia. harap dia ada internet connection dalam sungai buloh |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dia ni nak masuk penjara? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa lah sis, kerajaan last minit. What do you expect? Kes baru 3-4k, baru nak gelabah. Buat2 lah tapi. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 24-1-2021 05:43 PM
Aku percaya jika betul2 lockdown dan kes kurang.... politicians tetap terkinja2 nk buat PRU lepas ...
I pun fikir yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
dia cakap benda betul. sektor lain dah terseksa lama sebab wat pkp bongok ni. dah ar baru extend. sektor paling banyak covid pengilangan n pembinaan bebas beroperasi.
lepas tu nak wat pkp 3.0 pula lagi yang mana semua industri masih xleh beroperasi. kilang dan pembinaan pun xleh beroperasi. xsekolah ke xder otak punya cadangan ni??
apa guna lockdown segala industri 2 minggu lepas dan sambung lagi sekarang. sedangkan paling banyak covid di tapak pembinaan dan kilang dan terus membiak?
|
|
|
|
|
|
|
|
so? yang penting kes kurang. semua orang boleh bekerja. bisnes xlingkup. politician dan berpolitik dia punya pasal.
|
|
|
|
|
|
|
|
kena buat 'lockdown mati' kat....kwasan merah@kluster paling bahaya@punca virus bermula@paling 'ganas'..... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu bang jib. Ape jadah nyer pkp kalau longgar? In the end kene ketat gak kalau masih tinggi. Baik la skali harung atau pun pkp kn sektor2 yg memang penyumbang terbesar. Ni pasar malam, kedai gunting rmbut, kedai cuci kreta yg dipaksa tutup. Mane la orang awam x bengang..jaga sangat tokey2 besar, bank2 yg untung billion lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Betui cakap u najib... dulu kes 2 digit kalut lock down semua. Ni kes ribu-ribu tapi pkp serupa tak dak apa. Tak paham aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pkp1.0 kita tak pandai manage lagi covid. Kkm pun byk try error utk rawat pesakit c19 sebb tu risau
Skrg kes byk. Dah tahu camana nak manage tapi man power dan logistik pulak jadi halangan..
Utk elak lagi teruk lock down laa cepat sebulan. Harap nak slowdown kan kadar kenaikan sementara tunggu vaksin aku rasa tak berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn cadangan Najib total lockdown skrg
Nampaknya kes jangkitan baru 3K-4K setiap
hari kejap turun lepaih tu naik balik.
Kalo camni sia2 ajerla pkp 2-3 minggu.
Nak parah, biarla sekali ajer parah betul2 all out.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 24-1-2021 05:43 PM
Aku percaya jika betul2 lockdown dan kes kurang.... politicians tetap terkinja2 nk buat PRU lepas ...
Nasi dah jadi bubur lambuk |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg jib cakap benar belaka..dok sambung sambung kejadahnya kalo kluster dr tempat kerja yg banyak....sambung sambung kalo gaji masuk.mcm menteri x pa ..ni marhein kais pagi makan petang dekkkk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|