CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2848|Reply: 26

[Tempatan] Serba tak kena. Dibenar operasi pun, peniaga shopping complex mengeluh pengunjun

[Copy link]
Post time 24-1-2021 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Pusat beli-belah di ibu kota lengang
    myMetromutakhir
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Keadaan di Bukit Bintang, di sini, yang sebelumnya sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung terutama pada hujung minggu kini dilihat lengang ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuat kuasakan sejak 13 Januari lalu.

Pekerja kiosk makanan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Noor Lydia Rowning, 36, berkata, situasi sekarang amat berbeza pada hari biasa dengan hanya puluhan pengunjung dilihat berada di premis berkenaan.

"Keadaan ini menyebabkan banyak premis makanan ditutup kerana tiada pengunjung. Malah, ada beberapa hari pada minggu lalu, langsung tiada pengunjung yang singgah membeli makanan di kiosk ini," katanya ketika ditemui di pusat beli-belah itu, hari ini.

Mengulas mengenai pematuhan orang ramai, Noor Lydia berkata, semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Ini kerana ada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk yang akan memastikan semua pengunjung mematuhi SOP sebelum dibenarkan memasuki premis ini.

"Malah, mereka juga (pengawal keselamatan) akan melakukan rondaan di seluruh pusat beli-belah bagi memastikan pengunjung sentiasa mematuhi SOP," katanya.

Pengunjung, Shahrizal Shadan, 41, berkata, kunjungannya ke premis berkenaan adalah untuk membeli tablet untuk anaknya.

"Saya bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar kawasan ini. Jadi, saya 'curi' waktu sekejap untuk membeli tablet anak yang akan memulakan sesi pembelajaran secara dalam talian esok.

"Walaupun ada sedikit rasa risau untuk ke tempat umum sebegini, namun saya terpaksa kerana keperluan ini (membeli tablet) adalah penting untuk anak. Malah, pekerjaan saya menghantar makanan juga ada risikonya," katanya.

Katanya, kebanyakan pengunjung di pusat beli-belah berkenaan mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dengan betul serta menjaga penjarakan fizikal.

Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah di Bukit Bintang mendapati premis-premis berkenaan agak sunyi serta lengang.

Hanya ada beberapa orang dilihat memasuki pusat beli-belah dengan kebanyakan mereka mahu membeli makanan.

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada segelintir individu yang dilihat mengabaikan SOP berkenaan dengan meletakkan pelitup muka di bahagian dagu serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 4:28 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang serba tak kena.. Lepas tu melalak minta macam2 kat gomen.. Tunggu la nanti full lockdown, mereput la masing2 dalam rumah.. Semua benda tak puas hati..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah, jgn xdengar diaorg mengeluh nie. Hr tuh bg rentas negeri sb nk sgt jaga pelancongan kan...bukan takat duit korang dpt..dengan penyakit sekali ko dapat. Padan muka ! Marilah kita menuju 5k per day
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiiyaa..hilup pon shusah, mati pon shusah..
Mati pon pigang bendela...kata Apek..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kuramg orang pung
Nama.pon.pkp
Kalau tak pkp mesti ramai orang maaa..
Orang keluar bila perlu je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:36 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 24-1-2021 09:26 PM
Memang serba tak kena.. Lepas tu melalak minta macam2 kat gomen.. Tunggu la nanti full lockdown, mer ...

shopiing komplex ni pun satu hal parking kena bayar mcm biasa
jika nak tarik customer berilah free- bila orang tak dtg ,melalak- mcm kuali todi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2021 10:38 PM | Show all posts
Biasa lah tima MCO ni kena banyak bertabah dan bersabar, semua pihak terkesan teruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 10:38 PM | Show all posts
PKP 2021.
Untuk renungan bersama. Ahad 24 Januari.

DIBUAT SALAH, TAK BUAT SALAH -  SEMUA SERBA-SALAH

Laksana PKP - Tak Puas Hati

Perketatkan SOP - Pun tak Puas Hati

Dilarang rentas negeri dan daerah - Ramai Yang Marah

Bila dibagi rentas negeri dan daerah - Pun Marah juga

Longgarkan SOP - Marah sebab tak puas hati

Laksana PKP semula - Marah- siap maki lagi.. kata Kerajaan Zalim

Perketatkan SOP semula - Marah juga - kata nak tindas rakyat

Tutup sekolah - Marah - kata nanti anak2 tercicir Pelajaran

Buka Sesi persekolahan - Marah lagi - nanti anak2 terdedah jangkitan

Tutup kilang dan tapak pembinaan - Marah juga - sebab menyekat Rezeki pekerja katanya

Buka kilang dan tapak pembinaan - Maki hamun lagi - sebab kononnya punca kluster

14 hari Kuarantin - Marah juga sbb lama sgt, susah nak makan

9 hari Kuarantin - marah terus....kata tak cukup ..nanti boleh sebar kes

Kuarantin di Hotel - Memang marahlah sebab bayaran mahal

Kuarantin di Dewan tertutup -
Pun marah siap maki hamun, sebab tak selesa dan rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri

Bagi keluarkan KWSP akaun 2- Marah sebab tu duit simpanan sendiri dan soalkan kenapa kerajaan tak bg bantuan?

Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 - Marah lagi, sbb tu duit sendiri kenapa kerajaan nak sekat pula

Bagi BPN 2021 - Marah terus sbb hanya bersasar utk golongan b40/m40 sahaja

Tak bagi BPN 2021 - Mengamuk pula,  sebab kata rakyat terjejas

Cucuk Vaksin - Marah-marah terus, kata tu agenda Yahudi

Vaksin lambat sampai - Maki kerajaan kerana lembab edar

Hadkan kehadiran jemaah ke masjid, pun marah
Kalau dibuka tanpa had, marah juga jadi punca jangkitan macam yg berlaku di Sri Petaling

Jadi...siapa yang betul ni?
Semua salah, tak ada satu pun betul

Last2, bila semua dah dijangkiti COVID-19, barulah nak senyap barangkali. Tapi, mungkin sudah terlambat...dah tak sempat nak komplen lagi dah

Begitulah sifat manusia, tidak pernah puas hati.

Syukur itu Indah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 10:42 PM | Show all posts
IOI city mall putrajaya pkp proof...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 10:47 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 24-1-2021 09:26 PM
Memang serba tak kena.. Lepas tu melalak minta macam2 kat gomen.. Tunggu la nanti full lockdown, mer ...

i paling menyampah yg meroyan kedai makan bukak sampai kol 8 je.
sibuk la ckp tk sempat beli dinner, kerajaan lak nak kena ikut jadual dorang.
kerajaan nk kurangkan kes covid, jadi malam2 tu jgn merayau lagi.
ni karang klu klu betul2 lockdown apa pun tk dapat.padan la muka masing2 yg tk reti nk adjust hidup dgn keadaan semasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Namapun tgh pkp, berapa kerat ajelah yg rajin nak jejak ke mall masa mcm skrg ni
Aku pun dekat setahun dah x jejak kaki ke shopping mall sblm ni kalau pergi dah biasa bawak anak2 sekali, window shopping, makan2, tengok wayang etc. Semua tu mustahil utk aku buat masa tgh covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau gi tesco ke kedai danishrosyam mart, kedai bunga ramai je org...
Mall ni jual brg2 mahal, sapa la yg byk duit time pkp ni..yg kena buang keje, yg keje takde gaji, yg bewak sejak azali...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 24-1-2021 10:36 PM
shopiing komplex ni pun satu hal parking kena bayar mcm biasa
jika nak tarik customer berilah fre ...

Sebab tu aeon penuh.. Parking free untuk aeon member..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:46 PM | Show all posts
Apa masalah dia mengeluh?? ada dia p bantai KERAjaan ka pasal PKP ka apa kaa ... dia cakap dari context perniagaan dia.. memang laa mengeluh.. coba tanya cikgu cikgi.. musti depa suka jaa.. yelaa gaji masyuk... pastu hantar link Youtube ka apa kaa... PKP 2 tahun pun depa gumbira..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 24-1-2021 10:47 PM
i paling menyampah yg meroyan kedai makan bukak sampai kol 8 je.
sibuk la ckp tk sempat beli dinn ...

Kann?? Da dapat sampai pukul 10, minta dine in pula.. Ada je benda yang nak dikomplen.. Naik menyampah pula..

Bersyukur la dapat berniaga berbanding kedai2 lain yang langsung tak bole buka tu.. Tak reti bersyukur langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu mall complaint tak cukup staff sebab orang ramai order, sudden spike. Sekarang macam ni pulak. Meh aku nak pulas telinga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org order online je skrg.
Sape berani nk window shopping time kl/sel tgh mrncatatkan kes harian tertinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 24-1-2021 11:42 PM
Tapi kalau gi tesco ke kedai danishrosyam mart, kedai bunga ramai je org...
Mall ni jual brg2 mahal ...

Iols punya tempah delivery tesco last week..1/2 baru leh dpt..punya ramai umat buat order online...ada beb option lain utk groceries ni but list barang tu tak menepati keperluan iols...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 24-1-2021 10:38 PM
PKP 2021.
Untuk renungan bersama. Ahad 24 Januari.


Uols copy paste ke? Mmg la marah dah yg marah tu golongan lain2
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:30 AM | Show all posts
Mmg serba tak kena..buat salah tak buat salah.
Pkp kan mmg limit 2org je yang boleh keluar.Radius 10km.
Mmg tak ramai la org..sbb yg penuh tu sah2 radius yg lebih 10km.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.160450 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list