View: 2851|Reply: 26
|
[Tempatan]
Serba tak kena. Dibenar operasi pun, peniaga shopping complex mengeluh pengunjun
[Copy link]
|
|
Pusat beli-belah di ibu kota lengang
myMetromutakhir
Nurul Hidayah Bahaudin
Kuala Lumpur: Keadaan di Bukit Bintang, di sini, yang sebelumnya sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung terutama pada hujung minggu kini dilihat lengang ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuat kuasakan sejak 13 Januari lalu.
Pekerja kiosk makanan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Noor Lydia Rowning, 36, berkata, situasi sekarang amat berbeza pada hari biasa dengan hanya puluhan pengunjung dilihat berada di premis berkenaan.
"Keadaan ini menyebabkan banyak premis makanan ditutup kerana tiada pengunjung. Malah, ada beberapa hari pada minggu lalu, langsung tiada pengunjung yang singgah membeli makanan di kiosk ini," katanya ketika ditemui di pusat beli-belah itu, hari ini.
Mengulas mengenai pematuhan orang ramai, Noor Lydia berkata, semua pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Ini kerana ada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk yang akan memastikan semua pengunjung mematuhi SOP sebelum dibenarkan memasuki premis ini.
"Malah, mereka juga (pengawal keselamatan) akan melakukan rondaan di seluruh pusat beli-belah bagi memastikan pengunjung sentiasa mematuhi SOP," katanya.
Pengunjung, Shahrizal Shadan, 41, berkata, kunjungannya ke premis berkenaan adalah untuk membeli tablet untuk anaknya.
"Saya bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar kawasan ini. Jadi, saya 'curi' waktu sekejap untuk membeli tablet anak yang akan memulakan sesi pembelajaran secara dalam talian esok.
"Walaupun ada sedikit rasa risau untuk ke tempat umum sebegini, namun saya terpaksa kerana keperluan ini (membeli tablet) adalah penting untuk anak. Malah, pekerjaan saya menghantar makanan juga ada risikonya," katanya.
Katanya, kebanyakan pengunjung di pusat beli-belah berkenaan mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dengan betul serta menjaga penjarakan fizikal.
Tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah di Bukit Bintang mendapati premis-premis berkenaan agak sunyi serta lengang.
Hanya ada beberapa orang dilihat memasuki pusat beli-belah dengan kebanyakan mereka mahu membeli makanan.
Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal.
Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada segelintir individu yang dilihat mengabaikan SOP berkenaan dengan meletakkan pelitup muka di bahagian dagu serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 4:28 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang serba tak kena.. Lepas tu melalak minta macam2 kat gomen.. Tunggu la nanti full lockdown, mereput la masing2 dalam rumah.. Semua benda tak puas hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hah, jgn xdengar diaorg mengeluh nie. Hr tuh bg rentas negeri sb nk sgt jaga pelancongan kan...bukan takat duit korang dpt..dengan penyakit sekali ko dapat. Padan muka ! Marilah kita menuju 5k per day |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kuramg orang pung
Nama.pon.pkp
Kalau tak pkp mesti ramai orang maaa..
Orang keluar bila perlu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
shopiing komplex ni pun satu hal parking kena bayar mcm biasa
jika nak tarik customer berilah free- bila orang tak dtg ,melalak- mcm kuali todi
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasa lah tima MCO ni kena banyak bertabah dan bersabar, semua pihak terkesan teruk |
|
|
|
|
|
|
|
PKP 2021.
Untuk renungan bersama. Ahad 24 Januari.
DIBUAT SALAH, TAK BUAT SALAH - SEMUA SERBA-SALAH
Laksana PKP - Tak Puas Hati
Perketatkan SOP - Pun tak Puas Hati
Dilarang rentas negeri dan daerah - Ramai Yang Marah
Bila dibagi rentas negeri dan daerah - Pun Marah juga
Longgarkan SOP - Marah sebab tak puas hati
Laksana PKP semula - Marah- siap maki lagi.. kata Kerajaan Zalim
Perketatkan SOP semula - Marah juga - kata nak tindas rakyat
Tutup sekolah - Marah - kata nanti anak2 tercicir Pelajaran
Buka Sesi persekolahan - Marah lagi - nanti anak2 terdedah jangkitan
Tutup kilang dan tapak pembinaan - Marah juga - sebab menyekat Rezeki pekerja katanya
Buka kilang dan tapak pembinaan - Maki hamun lagi - sebab kononnya punca kluster
14 hari Kuarantin - Marah juga sbb lama sgt, susah nak makan
9 hari Kuarantin - marah terus....kata tak cukup ..nanti boleh sebar kes
Kuarantin di Hotel - Memang marahlah sebab bayaran mahal
Kuarantin di Dewan tertutup -
Pun marah siap maki hamun, sebab tak selesa dan rasa dianaktiri oleh kerajaan sendiri
Bagi keluarkan KWSP akaun 2- Marah sebab tu duit simpanan sendiri dan soalkan kenapa kerajaan tak bg bantuan?
Tak bagi keluarkan KWSP akaun 1 - Marah lagi, sbb tu duit sendiri kenapa kerajaan nak sekat pula
Bagi BPN 2021 - Marah terus sbb hanya bersasar utk golongan b40/m40 sahaja
Tak bagi BPN 2021 - Mengamuk pula, sebab kata rakyat terjejas
Cucuk Vaksin - Marah-marah terus, kata tu agenda Yahudi
Vaksin lambat sampai - Maki kerajaan kerana lembab edar
Hadkan kehadiran jemaah ke masjid, pun marah
Kalau dibuka tanpa had, marah juga jadi punca jangkitan macam yg berlaku di Sri Petaling
Jadi...siapa yang betul ni?
Semua salah, tak ada satu pun betul
Last2, bila semua dah dijangkiti COVID-19, barulah nak senyap barangkali. Tapi, mungkin sudah terlambat...dah tak sempat nak komplen lagi dah
Begitulah sifat manusia, tidak pernah puas hati.
Syukur itu Indah.... |
|
|
|
|
|
|
|
IOI city mall putrajaya pkp proof... |
|
|
|
|
|
|
|
i paling menyampah yg meroyan kedai makan bukak sampai kol 8 je.
sibuk la ckp tk sempat beli dinner, kerajaan lak nak kena ikut jadual dorang.
kerajaan nk kurangkan kes covid, jadi malam2 tu jgn merayau lagi.
ni karang klu klu betul2 lockdown apa pun tk dapat.padan la muka masing2 yg tk reti nk adjust hidup dgn keadaan semasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Namapun tgh pkp, berapa kerat ajelah yg rajin nak jejak ke mall masa mcm skrg ni
Aku pun dekat setahun dah x jejak kaki ke shopping mall sblm ni kalau pergi dah biasa bawak anak2 sekali, window shopping, makan2, tengok wayang etc. Semua tu mustahil utk aku buat masa tgh covid ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau gi tesco ke kedai danishrosyam mart, kedai bunga ramai je org...
Mall ni jual brg2 mahal, sapa la yg byk duit time pkp ni..yg kena buang keje, yg keje takde gaji, yg bewak sejak azali...
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 24-1-2021 10:36 PM
shopiing komplex ni pun satu hal parking kena bayar mcm biasa
jika nak tarik customer berilah fre ...
Sebab tu aeon penuh.. Parking free untuk aeon member.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalah dia mengeluh?? ada dia p bantai KERAjaan ka pasal PKP ka apa kaa ... dia cakap dari context perniagaan dia.. memang laa mengeluh.. coba tanya cikgu cikgi.. musti depa suka jaa.. yelaa gaji masyuk... pastu hantar link Youtube ka apa kaa... PKP 2 tahun pun depa gumbira.. |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 24-1-2021 10:47 PM
i paling menyampah yg meroyan kedai makan bukak sampai kol 8 je.
sibuk la ckp tk sempat beli dinn ...
Kann?? Da dapat sampai pukul 10, minta dine in pula.. Ada je benda yang nak dikomplen.. Naik menyampah pula..
Bersyukur la dapat berniaga berbanding kedai2 lain yang langsung tak bole buka tu.. Tak reti bersyukur langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu mall complaint tak cukup staff sebab orang ramai order, sudden spike. Sekarang macam ni pulak. Meh aku nak pulas telinga. |
|
|
|
|
|
|
|
Org order online je skrg.
Sape berani nk window shopping time kl/sel tgh mrncatatkan kes harian tertinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 24-1-2021 11:42 PM
Tapi kalau gi tesco ke kedai danishrosyam mart, kedai bunga ramai je org...
Mall ni jual brg2 mahal ...
Iols punya tempah delivery tesco last week..1/2 baru leh dpt..punya ramai umat buat order online...ada beb option lain utk groceries ni but list barang tu tak menepati keperluan iols... |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 24-1-2021 10:38 PM
PKP 2021.
Untuk renungan bersama. Ahad 24 Januari.
Uols copy paste ke? Mmg la marah dah yg marah tu golongan lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg serba tak kena..buat salah tak buat salah.
Pkp kan mmg limit 2org je yang boleh keluar.Radius 10km.
Mmg tak ramai la org..sbb yg penuh tu sah2 radius yg lebih 10km. |
|
|
|
|
|
|
| |
|