CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1726|Reply: 6

[Tempatan] ..giliran penjawat awam pula disekolahkan oleh YAB MB kedah darulaman

[Copy link]
Post time 24-1-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak Menteri Besar Kedan Sanusi Md Nor tetap mempertahankan keputusannya untuk menarik semula cuti peristiwa sempena Thaipusam di negeri itu.

Tidak itu saja, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu malah membidas pihak yang tidak bersetuju dengan ketetapan Kedah, termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).



Mengulas kenyataan dibuat badan itu melalui setiausaha agungnya Abdul Rahman Mohd Nordin, Sanusi berkata Cuepacs wajar mencadangkan kepada kerajaan persekutuan agar Thaipusam dijadikan cuti umum, bukannya hanya menunding jari ke Kedah.

“Cuepacs sepatutnya mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk menjadikan Thaipusam adalah hari cuti umum yang rasmi bagi sektor awam seluruh Malaysia.

Kenapa Ceupacs tujukan kepada Kedah sahaja sedangkan banyak negeri lain tidak memberikan cuti umum atau cuti peristiwa sempena perayaan itu?” katanya dalam satu kenyataan dibuat melalui media sosial hari ini.

Sebelum ini Sanusi mengumumkan Kedah tidak memberikan cuti peristiwa sempena Thaipusam pada tahun ini kerana negeri itu sedang melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).



Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Afnan Hamimi Taib Azamudden pula berkata langkah itu dibuat memandangkan rakyat Kedah memang seolah-olah sudah bercuti sejak pelaksanaan PKP dilaksanakan kerana ramai yang bekerja dari rumah.

Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin dalam parti kerajaan mengkritik keputusan berkenaan. Mereka termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat BN Najib Razak.



Semalam Malaysiakini melaporkan Cuepacs berkata tiada istilah cuti untuk kakitangan yang bekerja dari rumah. Justeru itu, Abdul Rahman berkata cuti peristiwa Thaipusam wajar diberikan kepada rakyat Kedah.

“Tiada istilah cuti tidak diberikan atas alasan kerja dari rumah. Itu dah bukan untuk sambutan. Itu kena kerja.

“WFH (kerja dari rumah) itu kerja, walaupun guna dalam talian, kerja tetap kerja,” katanya.

Mengulas kenyataan Cuepacs itu Sanusi lantas melontarkan pertanyaan terhadap tujuan ia dibangkitkan.

“Apakah kakitangan awam hanya ada di Kedah atau Ceupacs mahu menjadi alat kepada pihak tertentu?” soalnya.

Sementara itu Timbalan Presiden MIC M Saravanan menganggap Sanusi sebagai seorang “penglipur lara dari Jeneri” yang hanya tahu “omong kosong”.

Untuk rekod Jeneri adalah kawasan DUN di Kedah yang diwakili Sanusi ketika ini.

“Dua hari lepas, si penglipur lara yang cetek akal ini bercerita tentang pembatalan cuti Thaipusam, kini tiba-tiba jalan cerita dia bertukar – cuti tak batal kerana cuti tidak diberikan atau dipertimbangkan,” katanya.

Menurut Saravanan semua negeri lain yang mewartakan Thaipusam sebagai cuti peristiwa tidak membatalkannya kerana mereka peka dan arif terhadap adat serta amalan masyarakat majmuk.

“Tidak berbaloilah kita berbahas dengan si penglipur lara yang kurang cerdik dan tidak boleh dididik ini. Beliau dah diberi jawatan, sudah diangkat ke jawatan tertinggi menjaga negeri tapi perangai penglipur lara ini semakin menjadi-jadi.

“[…] Ingat, jawatan yang kamu pegang itu bukanlah untuk selama-lamanya,” kata ahli parlimen Tapah itu lagi. –MK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapah tu menang sapa undi....kopeks sibuk je nak mencapup....jaga ahli sudahla kopeks oiii..sibuk dgn kerja orang....pantau ahli kopeks yg mengular time bdr ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:23 PM | Show all posts
it's all how you package it

kenapa guna 'tarik balik'

lepas tu alasan tak boleh celebrate sebab PKP lagi tak boleh belah...

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:35 PM | Show all posts
I Love MB Kedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 24-1-2021 11:35 PM
I Love MB Kedah

Setuju, sebab tu Kedoh sangat diberkati sampai jadi maha super kaya 43teriliyon



https://pbs.twimg.com/media/EoPXwB4UYAEZ3BA.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 10:55 AM | Show all posts
pyropura replied at 25-1-2021 09:35 AM
Setuju, sebab tu Kedoh sangat diberkati sampai jadi maha super kaya 43teriliyon

Bersama Diknah Kedah bakal terjumpa another RM 90 trillion  .

Ko xde .

Ko jgn cakap banyak.

I lOVE MB Kedah!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 11:18 AM | Show all posts
korang boleh caya ke ngan janji2 diorg ni, time Thaipusam taknak berarak-arak pegi kuil taknak keluar rumah time PKP asalkan boleh cuti? aku tak. better bertegas sekarang dari menyesal kemudian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063771 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list