CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12681|Reply: 143

[Tempatan] 14.2.2021 Update #141 Wanita tular selongkar tong sampah positif dadah.Ambil dad

  [Copy link]
Post time 24-1-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-2-2021 11:30 PM

Luahan Norizza

Kelibatnya mendukung bayi sambil menyelongkar tong sampah bagi mencari besi buruk sudah tidak asing pada pandangan penduduk di Kampung Baru Nelayan, di sini.

Sambil menggalas beg atau plastik untuk diisi besi buruk, tangannya mendukung bayi lelaki yang berusia tiga bulan dan sebelah tangan lagi memimpin anak ketiganya yang berumur empat tahun berjalan sejauh satu kilometer setiap hari.

Itulah rutin Noriza Husain, 35, sejak hampir setahun lalu bagi menyara hidupnya serta empat anak termasuk dua yang bersekolah rendah selepas suami menghilangkan diri.

Noriza berkata, bukan sahaja mencari besi buruk, dia juga mengambil upah mencabut rumput di rumah penduduk kampung dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 bergantung kepada keluasan halaman.

” Ketika awal mengandung lagi saya sudah membuat kerja ini dan selepas melahirkan anak, saya tidak berpantang seperti orang lain dan hanya ‘berehat’ dua minggu sahaja sebelum kembali meneruskan rutin kerana kami perlukan duit belanja.

” Setiap hari keluar mencari besi buruk atau mencabut rumput, memang saya akan bawa sekali dua anak ini manakala dua lagi bersekolah kerana tiada orang yang menjaga,” katanya ketika ditemui di rumah kakaknya, di sini.

Noriza dan empat anaknya kini hidup menumpang di rumah kakaknya, Sarinah Husain, 43, bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain menjadikan keadaan agak sesak namun dia tiada pilihan lain.

Terdahulu, mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, yang diwakili Che Norhayati Mohamed yang hadir menyampaikan sumbangan makanan harian dari penyumbang sambil bertanya sebarang keperluan yang diperlukan mereka empat beranak.

Noriza berkata, bukan sahaja dalam tong sampah, besi buruk yang diperoleh dijual dengan harga RM15 satu kilogram namun purata setiap hari dia hanya memperoleh tidak sampai pun setengah kilogram.

Menurutnya, semua pekerjaan yang mendatangkan wang tidak akan ditolaknya asalkan halal malah pernah mengambil upah menjual tiram walaupun dibayar RM2 sahaja.

” Saya tidak boleh menolak kerana semua itu adalah rezeki untuk anak dan walaupun sedikit, sekurang-kurangnya dua anak saya yang bersekolah di Tahun Dua dan Tiga dapat diberikan wang saku meskipun hanya RM1 atau RM2 setiap hari.

” Bayi ini pun belum pernah terputus bekalan lampin pakai buang kerana saya membeli yang paling murah dan tiada jenama (rejected),” katanya sambil memberitahu ada individu yang berhasrat ingin mengambil bayinya untuk dipelihara namun dia enggan berpisah dari semua anak.





SIAPA yang tidak sedih dan hiba jika melihat seseorang berada di tempat pembuangan sampah untuk mencari barang terpakai yang boleh dijual demi sesuap nasi. Adegan seperti ini masih biasa kita lihat di Malaysia.

Namun amat jarang untuk melihat seorang ibu apatah lagi membawa anak menguis sampah-sarap di tempat pembuangan untuk mencari makanan atau barangan yang boleh dijual demi mengisi perut yang lapar.

Pemandangan seperti ini biasanya kita lihat berlaku di negara jiran tetapi tidak di Malaysia. Pun begitu bukan bererti keadaan ini tidak wujud.

Seorang pengguna Tik Tok, Nadya Zaira berkongsi klip video memaparkan seorang ibu membawa bukan seorang tetapi tiga orang anaknya yang masih kecil mungkin berusia antara empat hingga tujuh tahun ke tempat pembuangan sampah.Kejadian yang dirakam oleh Nadya Zaira ini dipercayai berlaku di Tumpat, Kelantan

Melalui rakaman dari dalam kenderaan, wanita yang memakai baju berwarna merah dan berseluar tracksuit itu kelihatan menguis-guis sampah yang bertimbun seolah-olah mencari sesuatu.

Berhampiran dengann wanita itu kelihatan tiga orang anaknya sedang menunggu dengan patuh di tepi sebuah motosikal.

“Kesiannya ya Allah. Di saat aku rasa diri aku susah ada lagi orang yang lebih susah daripada aku. Tengok anak-anak dia. Sedihnya,” kedengaran Nadya Zaira berkata dengan dirinya sendiri dalam video tersebut.
Seorang lelaki yang menaiki kenderaan bersama Nadya Zaira kemudiannya keluar dan memberi wang kepada anak wanita tersebut. Kanak-kanak itu kemudiannya memberikan wang itu kepada wanita berkenaan.

Wanita itu yang melihat wang yang berada di tangan anaknya kemudiannya kelihatan tunduk ke tanah. Dia kelihatan sedih dan mungkin bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Nanti beli nasi ya,” pesan lelaki itu dan dijawab terima kasih oleh wanita berkenaan
Melalui komen di ruang Tik Toknya, Nadya Zaira memaklumkan rakaman itu dibuat di sebuah lokasi di Tumpat, Kelantan.

Rata rata Netizen terkesan dengan kejadian ini dan memberi komen positif terhadap usaha mereka berdua. Alhamdulillah.

Nadya Zaira turut menasihatkan pengikut Tik Toknya agar tidak menunding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya membantu apa yang terdaya.

“Jangan tunding jari kepada mana-mana pihak. Kita ada, kita bantu. Ada cerita di sebalik Honda, jangan tangkap muat macam tu je dik. Setiap orang ada ujian berbeza,” kata Nadya Zaira.-SM

Sumber: TikTok Nadya Zaira

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye. Tumpat memang area pedalaman dan agak teruk kemiskinan. I doakan semoga dia dapat zakat daripada pusat zakat dan sedekah orang ramai, dan dapat job juga.

Ok now i nak blame their royalties, kepada kerabat semua this is the time zaman pandemic kena la jejak tanah ambik tahu rakyat masing2 yang sampai selongkar tong sampah to survive. Takkan  hanya keluar paper dan magazine bila kawin minah saleh or keluar di IG feed check in di Desaru cost, di Taraas resort sahaja? Do your royal duties.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:28 AM | Show all posts
Siannya..
Semoga murah rezeki anak anak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 25-1-2021 12:14 AM
Kesiannye. Tumpat memang area pedalaman dan agak teruk kemiskinan. I doakan semoga dia dapat zakat d ...

Betul tu. Sepatut ya kalau ada royalties takder lah yang susah sampai korek sampah...

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia menangis tunduk bila orang tu bagi duit. Kesiannya .. haaaa tok tok wokil, turun la cari rakyak demo .. kena keluar cari rakyat yang susah. Memang itu je keje kome, jangan duk kata sibuk berjemaah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku td g pasaraya. Bli brg basah.. ad couple laki bini aku rse...bli ikan yg dh pecah perut tu. RM5 adalah dlm 10 ekor. Bdk pasaraya tambah lg 2 ekor. Aku rse sebak weh! Cara bini dia laju2 je jalan amik ikan tu. Tu pun aku dh rse terkesan sgt. Klo tgk keadaan cm video ni..mau aku nangis situ gak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg terkinja2 nk total lockdown dan pkp ni mana pernah fikir golongan mcm ni....siap tulis bantuan banyak untuk rakyat susah...moga tuhan terbalikkan mereka jadi golongan mcm ni biar rasa mcm mana rasa orang2 susah yg konon2 nya mudah terima bantuan dan kononnya asalkan dpt mkn nasi setiap hari dah cukup dan patut bersyukur....tulis mcm x de guna otak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga depa dipermudahkan urusan utk mencari rezeki. Harap2 ada yg membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ke kat negara mundur ke belakang, rupanya di negara sendiri pon ada adegan sebegini? Adakah ini namanya Isle for all bawaan lobai? Duit buat dibeli Mercedes sorang sebiji, rakyat sendiri kebuluran cri makan, air bersih pon xda. Negeri gagal total!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada golongan diraja, sibuk cari betina murahan.
Ada ahli politik, sibuk beli mercedes.
Tak payah bagi gelaran serambi mekah kalau pemimpinnya macam setan je.
Kesiannya budak2 tu. Bukan pilihan dilahirkan dalam keluarga semua tak mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:20 AM | Show all posts
sbb aku mmg tinggal dikampung, hidup sederhana perkara biasa..
panggil ler ibu tunggal mcm ni dtg kerja sapu sampah daun -daun kering kat halaman.. bg dia upah.. bwk je anak2 tu dtg sekali.. boleh bg biskut ke apa ke..

ramai je kawan2 aku buat mcm ni.. kdg2 panggil org dtg gosok baju, lap2 tingkap... boleh amik upah 2..3  rumah sehari.

org dtg potong rumput halaman tepi pun aku  byr 100. rumput tk byk.. dlm 2 plastik hitam je.
biasa nya kwsn besar gitu depa amik upah 35 je. tp niat kita memanjangkan rezeki.

kita mmg kena ubah cara hidup kita sejak pandemic ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 08:56 AM | Show all posts
Sayu hati melihatnya.
Semoga di permudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:00 AM | Show all posts
mana kerajaan lebai?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:05 AM | Show all posts
kenapa minah tu mesti sebut honda?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam tengok video ni mengalir air mata.

Iols selalu letak minyak masak terpakai yg dh simpan dlm botol kt umah sampah. Tak letak dlm tong tp letak kat tepi berharap ada yg mencari  boleh amik dan jual.
1kg dlm RM1.
Biasanya byk iols letak sbb bila dh byk botol terkumpul kt umah mmg cepat2 nak alihkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 25-1-2021 08:20 AM
sbb aku mmg tinggal dikampung, hidup sederhana perkara biasa..
panggil ler ibu tunggal mcm ni dtg k ...

Yup aritu syed azmi ada minta suh wat gini benarkan depa dtg wat keje sambil jaga anak.
Sbb depa mana mampu nak upah pengasuh. Janji buatla keje bebetul dan pastikan anak tak wat pangai lak. Tp kalau yg dah besar reti bahasa sikit la kan.
Selalu org indon wat servis kemas umah ni RM50 depa amik. Kalau yg cabut2 rumput kt halaman umh tu 5 tahun lepas depa amik RM10 ja xtau la skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 25-1-2021 07:59 AM
Ada golongan diraja, sibuk cari betina murahan.
Ada ahli politik, sibuk beli mercedes.
Tak payah b ...

Knp mcm i agreed 100 percent dgn u...and i rasa yg penting adalah revolusi sikap yg patut dimulakan di peringkat pimpinan tertinggi..jgnlah ikut nafsu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 25-1-2021 01:22 AM
slavehunter replied at 24-1-2021 04:14 PM
Kesiannye. Tumpat memang area pedalaman dan agak teruk kemiskinan. I doakan semoga dia dapat zakat d ...


Tumpat bukan pedalaman sis, hutan pun takda. Jeli,GM tu lagi pedalaman.
Ramai yg miskin betul, since pekerjaan utama nelayan & ramai org tua. Drug addicts pun ramai, jantan tak guna mcm ni. Bini nak keluar cari kerja tak dpt sbb anak, tambah lagi family miskin
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-1-2021 06:04 AM
Yg terkinja2 nk total lockdown dan pkp ni mana pernah fikir golongan mcm ni....siap tulis bantuan ba ...

Kan noor..bagi diorg asal diorg je bergaji dah cukup utk gerakkn ekonomi negara..tak fikir impact kat org lain..diorg ingat bantuan saja dah cukup utk makan setahun kot..semoga apa yg org susah rasa skrg ni berbalik kt diorg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.084155 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list