CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] 14.2.2021 Update #141 Wanita tular selongkar tong sampah positif dadah.Ambil dad

  [Copy link]
Post time 14-2-2021 08:42 PM | Show all posts
Edited by pintukaca at 14-2-2021 08:44 PM

Wanita tular selongkar tong sampah bersama anak positif dadah



TUMPAT: Seorang wanita yang kisahnya tular ketika menyelongkar sampah bersama anak-anaknya untuk mencari barangan kitar semula, ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, pagi tadi.
Ibu empat anak berusia 36 tahun itu ditahan menerusi serbuan jam 8.30 pagi bersama adik lelakinya berusia 34 tahun.Ketika ditahan, wanita terbabit dalam keadaan khayal dadah dipercayai mengambil pil kuda.

Ketika ditemui di pejabat AADK Daerah Tumpat, wanita berkenaan dalam keadaan gelisah dan mendakwa 'bengkak susu' kerana tidak menyusu anak bongsunya yang berusia setahun empat bulan beberapa jam selepas ditahan.

Ketika ditanya alasan mengambil dadah, wanita itu mendakwa mengalami tekanan perasaan dan berdepan banyak masalah menyebabkan mengambil jalan singkat susulan ditinggalkan suami sejak lebih dua tahun lalu.

"Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda tapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu tapi kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup.

"Banyak masalah saya hadapi termasuk memikirkan suami yang entah ke mana menghilang, kemiskinan hidup dan masyarakat sekitar yang sentiasa memandang serong terhadap saya sekeluarga," katanya sambil memberitahu membeli pil kuda hasil daripada jualan besi buruk yang diselongkar di tong sampah.
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan di bandar Tumpat, Pengkalan Kubor serta Wakaf Bharu oleh sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Kisah wanita berkenaan sebelum ini tular apabila dilihat menyelongkar timbunan sampah bersama anak-anaknya untuk mencari barang kitar semula di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, bulan lalu.

Susulan itu, ramai pihak yang tampil menghulurkan bantuan termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Wanita itu juga menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Daerah Tumpat, Siti Morni Mustafa, berkata serbuan itu dilakukan sempena Op Cegah di bawah Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan dan dalam operasi itu hari ini, seramai empat penagih ditahan.

Semua tiga lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan di bandar Tumpat, Pengkalan Kubor serta Wakaf Bharu.

Ujian saringan yang dijalankan mendapati semua yang ditahan positif dadah jenis methampethamine dan masih di bawah pengaruh dadah ketika ditahan pagi tadi.

Siti Morni berkata, tiga lelaki itu termasuk seorang tangkapan berulang akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 manakala wanita itu pula di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.



Tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 40-an ditahan di bandar Tumpat, Pengkalan Kubor serta Wakaf Bharu oleh sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



https://www.bharian.com.my/berit ... -anak-positif-dadah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2021 08:57 PM | Show all posts
duit JKM buat beli dadah jugek ke..
lps ni anak2 mcm mana? masuk rumah kebajikan? bg sedara bela kang mati kena belasah pulak budak2 tu..
kenapa bila org pun tak sayang diri sendiri.. tak sayang pd anak2... kita pulak nak kesian pd dia?

tekanan perasaan boleh pulih ke dengan mendadih?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhh last last pompuan gak kena.. permudahkan kes cerai n louder action terhadap bapa yg abaikan tanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
No wonder la beliau tak malu selongkar tong sampah, rupanya penagih dadah...yela penagih kan jenis terdesak, sanggup buat apa saja utk beli dadah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.196923 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list