CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 4

[Tempatan] 24 Jan. Tujuh dari lapan daerah di Terengganu kini zon merah

[Copy link]
Post time 25-1-2021 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Hampir seluruh Terengganu kini zon merah


INFOGRAFIK tujuh daripada lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan zon merah.

    Oleh ROSALINDA MD. SAID
    24 Januari 2021, 8:43 pm

KUALA TERENGGANU: Tujuh daerah di Terengganu diisytiharkan sebagai zon merah hari ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 termasuk di beberapa daerah yang sebelum ini dianggap selamat.

Berdasarkan infografik terkini Jabatan Kesihatan negeri, tiada lagi zon hijau di Terengganu dengan Kemaman menjadi satu-satunya daerah yang masih kuning menerusi 19 kes yang direkodkan.

Tujuh daerah yang merah ialah Kuala Terengganu dengan keseluruhan 298 kes, Besut (103 kes), Dungun (100 kes), Kuala Nerus (97 kes), Setiu (63 kes), Hulu Terengganu (50 kes), Marang (42 kes).

Perkembangan tersebut menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di negeri ini meningkat kepada 714 kes.

Dalam perkembangan sama, jumlah kes harian Covid-19 di negeri ini terus mencatatkan tiga angka iaitu yang tertinggi pernah direkodkan dengan sebanyak 179 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 136 kes merupakan penularan tempatan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan jangkitan di samping mengambil langkah waspada untuk menghentikan penularan tempatan termasuk kekal berada di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – UTUSAN 0NLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 12:17 AM | Show all posts
  so what?????????
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai skrg mmg rasa nak luku2 je penduduk tganu yg sibuk pegi sabah masa prn sabah dan makcik pakcik yg kaki merayau dan buat kenduri kendara....haish
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat nanang sekmung
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 09:08 AM | Show all posts
syukur kedah masih ada zon jingga dan kuning walaupun tataw lama mana akan bertahan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.084503 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list