CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 876|Reply: 0

[Tempatan] 6 Papan tanda amaran sudah diletakkan sebelum kemalangan.Mangsa akui lalai

[Copy link]
Post time 25-1-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Polis sudah meletakkan papan tanda berhubung penutupan jalan di Jambatan Kuala Lesong di sini sebelum berlaku kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal pada Sabtu minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata demikian bagi memberi penjelasan berhubung kemalangan berkenaan yang menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, seorang pembantu Pegawai Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani parah akibat terlanggar tembok pengadang jalan yang diletakkan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Lesong di sini untuk menghalang rentas daerah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Adzli berkata, lelaki berusia 43 tahun itu terlibat kemalangan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah Felda Teloi Kanan menghala ke arah Sungai Petani.

Menurutnya, mangsa cedera di lutut selepas terlanggar tembok pembahagi jalan di tengah laluan sebaik tiba di lokasi berdekatan Jambatan Kuala Lesong di sini.

"Akibat jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek dan terus merempuh pembahagi jalan itu sehingga mengalami kecederaan parah impak pelanggaran kuat.

Polis mendapati terdapat papan tanda 'Awas' dan papan tanda pemakluman ‘Jalan Ditutup’ di jalan dari arah Baling iaitu lebih kurang satu kilometer sebelum jalan yang ditutup itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya mendapati terdapat lima lagi papan tanda amaran yang diletakkan sepanjang jalan sebelum sampai ke bahagian kepala jambatan yang ditutup tersebut.

"Siasatan mendapati mangsa telah melepasi jalan yang ditutup di kepala jambatan yang hanya dibuka untuk penunggang motosikal. Dia juga mengakui nampak halangan kedua di hujung jambatan yang hanya dibuka untuk laluan motosikal.

"Malah, mangsa mengaku telah lalai yang menyebabkan terlanggar pengadang simen tersebut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/120558/EDISI/Papan-tanda-amaran-sudah-diletakkan-sebelum-kemalangan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065421 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list