CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 940|Reply: 0

[SABAH] Guru Positif, 48 Pelajar SMK Tulid, Keningau Dikuarantin

[Copy link]
Post time 25-1-2021 06:55 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan


KENINGAU: Susulan seorang guru didapati positif Covid-19, 48 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid diarahkan untuk menjalani kuarantin.

Kesemua pelajar ini dihantar ke pusat kuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau bagi menjalani kuarantin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng seperti dipetik New Straits Times memaklumkan bahawa kesemua pelajar yang merupakan kontak rapat kepada guru itu kini dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) IPG Keningau.

Menurutnya, seramai 48 pelajar dibawa ke PKRC bagi menjalani saringan dan 29 daripada mereka didapati mempunyai gejala dan merupakan kontak rapat kepada guru tersebut.

“Kesemua mereka (29 pelajar) mempunyai gejala. Apabila enam daripada mereka menjalani ujian RTK-antigen, seorang pelajar didapati positif Covid-19,” katanya bagi mengesahkan mesej tular di sosial media mengenai pelajar SMK Tulid yang dikuarantin.

Difahamkan pelajar lain yang tidak dihantar ke PKRC dikehendaki untuk berada di asrama bagi menjalani kuarantin kendiri bermula semalam.

Guru sekolah itu didapati positif Covid-19 pada Jumaat, iaitu sehari selepas dia menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini berada di Hospital Keningau untuk rawatan.

Justeru itu, Flovia menasihatkan semua sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan diri dan elakkan berkumpul.

Sehingga kini, kes positif membabitkan pelajar asrama di sekolah-sekolah menengah di Sabah adalah seramai 59 kes termasuk 11 kes baharu semalam.

Semalam, 16 kes dikesan dalam kalangan pelajar dan guru Pusat Tahfiz dan Madrasah Sulaimanniyah, Kalabakan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054634 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list