CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

   Close [Copy link]
Post time 26-1-2021 06:40 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:34 PM
Pergh! Baca nasi goreng berapi tu terus rasa pedas! Hahahaha!!!
Hari ni anak akak presskan tiga  ...

Tu le...buah dah habis...kena borong buah lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:41 PM | Show all posts
keypochino replied at 26-1-2021 05:38 PM
Esok masuk opis.. pastu ada meeting. Ingat nak via teams je.. tgk la cmne

Same le kami esok WIO...meeting online...huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-1-2021 06:10 PM
Bod sinun-



Memang banyak sekolah yg x ada pencapaian internate yg bagus buat mcm ni sejak tahun lepas. Baik sekolah rendah atau sekolah menengah. Memang ni je jalan penyelesaiannya tp cikgu2 x boleh nak ajar la. Cuma kasi modules aje. Kesian mereka2 ni. Harap Mak Pak dan abang2 kakak2 diaorg tolong ajar kat rumah. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:43 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:37 PM
Noted, sb. Dlm fb cousin akak suka kongsi. Terlupa pulak sebab jarang masuk sana. Rasa mcm nak ter ...

Server facebook laju, x sangkut kale nonton kdrama segala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-1-2021 06:12 PM

Johor kekal dgn angka 5 di depan.. Huhuhu..
Kebanyakannya buat saringan bersasar. Tu yg angka besar2. Kita pulak tengok nombor ni, hati jadi kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:44 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:37 PM
Kan.. Masuk tekak, sedap aje..

Tambah paneh2 ni...minum glup2 bila berbuka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 06:46 PM | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 05:37 PM
Tomyam paste tu tak sekick yg biasa sy guna.

Tisu wajib.. 2 jenis disinfected.. 1 utk bawa pi  ...

Sama masak tomyam hari ni

Job dressing ye...take care
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 26-1-2021 06:29 PM
update: mil dah pindah pi asrama jururawat ke apa entah yg kat padang polo.
tp fil stay kat hosp  ...

Allahuakhbar!
Ni yg kita minta dijauhkan ni.. Doa dan rajin2 sedekahkan Al-Fatihah buat fil & lain2. MIL pindah dari hospital ke asrama kolej jururawat tu mesti MIL sihat. Alhamdulillah. Cuma gil aje la yg dirisaukan.
Btw, fil jatuh dari katil ke apa, mrsj?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 06:47 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:42 PM
Memang banyak sekolah yg x ada pencapaian internate yg bagus buat mcm ni sejak tahun lepas. Baik s ...

Staf dok citer cikgu2 asyik suruh buat video2 je le pulak...jenuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-1-2021 06:29 PM
Saya pun ada face shield tu, terperuk dalam kereta

Face shiled akak pun masih terperuk dlm kereta. Tu physician akak beri the previous Saturday. 2 pasang je. Belum ada keperluan nak pakai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:55 PM
Thanks Mrsj.
Ramai minat kdrama ek..
Hari ni anak akak buat bimbimbap. Akak minta telur goyang  ...

bimbimbap ni mcm nasi berlauk depa ehh??
tgk telur tu, teringat poached eggs..
dah lama x mkn poached eggs, dah la x reti buat.. hrpkan mkn kat luar je la time bfast hour
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:49 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:43 PM
Johor kekal dgn angka 5 di depan.. Huhuhu..
Kebanyakannya buat saringan bersasar. Tu yg angka bes ...

#kitajagakita
Moga betul DG kata bln 5 jadi 2 digit balik...harap lebih awal
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 26-1-2021 05:57 PM
Dramacool ni ada apps atau stream kat window aje? Banyak iklan pulak buka kat dalam Brave ni..

tak pulak ku tahu ada apps ke taj kak leen. meols tgk pki safari ja.. selalunya akan tunggu semua iklan tu keluar, click2 semua x and then baru play video..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:53 PM | Show all posts
Sebanyak 59 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Tembok Renggam (12 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Tembok Kemus (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga (3) kes dari Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes dari Perak, Johor, Selangor dan  Pulau Pinang. Sebanyak 10 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 26 Januari 2021;
  • Jumlah kluster : 753 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 397 kluster (termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teguli dan Kluster Desa Pinang);
  • Jumlah kluster aktif : 356 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 95 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pasai (111 kes), Kluster Seri Bayu (61 kes), dan Kluster Jalan Platinum (33 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3)  kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, satu (1) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster yang melibatkan pusat tahanan.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan CochraneWP Kuala LumpurTempat kerja
2Jalan PlatinumJohorTempat kerja
3Intan DelimaNegeri SembilanTempat kerja
4Jalan Padi MahsuriJohorKomuniti
5Kampung Bukit PuteraTerengganuKomuniti
6Keladi SagaKedahKeagamaan
7Tembok Bukit BesiTerengganuPusat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:55 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 26-1-2021 08:22 PM

BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,29556,664
SABAH30347,442
WP KUALA LUMPUR610 (2)22,275
JOHOR51617,276
NEGERI SEMBILAN12911,221
PULAU PINANG1047,379
PERAK585,584
KEDAH885,341
SARAWAK2053,704
MELAKA923,170
KELANTAN  763,003
PAHANG152,678
WP LABUAN12,033
TERENGGANU761,689
WPPUTRAJAYA15819
PERLIS2156
JUMLAH KESELURUHAN3,585 (2)190,434
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2
Perincian 3,585 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Januari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 1,295 kes
    • 92 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 856 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 347 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 610 kes
    • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cochrane;
    • 262 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 252 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 516 kes
    • 231 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Platinum dan Kluster Jalan Padi Mahsuri;
    • 125 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 303 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 209 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 78 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 205 kes
    • 134 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 129 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan Delima;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 104 kes
    • 26 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 92 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 88 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Keladi Saga;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 76 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 76 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Kampung Bukit Putera;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 58 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 15 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

@ipes2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:57 PM | Show all posts
&#128265ergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut parlimen di WP Kuala Lumpur & Putrajaya (13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021) dan kes baharu harian 26 Januari 2021.

Bersama kita terus mengamalkan SOP dan norma baharu yang ditetapkan supaya dapat mengekang jangkitan COVID-19 dengan segera.

Pakailah pelitup muka demi nyawa kita

Kita Jaga Kita!!!

Warga KL dan Putrajaya warga TERBAIK.

#COVID19
#kolomposihat
#sihatmilikku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2021 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 26-1-2021 06:37 PM
Tomyam paste tu tak sekick yg biasa sy guna.

Tisu wajib.. 2 jenis disinfected.. 1 utk bawa pi  ...

Oo.. Patut la banyak tisu. Sarah buat lap periuk sekali rupanya. Iya la kan.. Ruangan terhad. Lagi satu senang kemas bila dah dikeringkan terus.
Akak nak try la guna tesco delivery ni. Bukan utk akak tp utk Ibu dan Mydin utk Mak sebab Mydin dekat dgn Mak. Tp tu la.. Mak x nak pulak sebab dia jarang masak. Selalu lauk basah akak beli pun dah sebulan pun x habis masak lagi..
Fridge Sarah beli ke? Kitorng tgh considering fridge utk anak akak kalau kena balik uni. At least dua minggu sekali boleh dia beli brg mentah utk masak sebab ada tempat simpan.
Sedapnya kueytiaw tomyam.. Lama x makan tomyam ni!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:57 PM | Show all posts
Ringkasan 11 kes kematian pada 26 Januari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
690157946PerakLelaki (WN)84Hospital TaipingPenyakit kencing manis dan darah tinggi
691170457WP Kuala LumpurPerempuan (WN)77Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
692182538JohorLelaki (WN)84Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
693184812SelangorPerempuan (WN)49Hospital Tanjung Karang, Kuala SelangorEpilepsy
694185320WP Kuala LumpurPerempuan (WN)82Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
695185334WP Kuala LumpurLelaki (WN)55Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
696186470SarawakLelaki (WN)59Hospital SibuPenyakit darah tinggi, hyperthyroidism, dan jantung
697186490SarawakLelaki (WN)76Hospital Sibu
698189806Pulau PinangLelaki (WN)42Jenazah dibawa ke Hospital Pulau PinangPenyakit obesiti, Obstructive Sleep Apnoea (OSA), dan jantung
699190157SarawakLelaki (WN)92Hospital SibuPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan obstruktif paru-paru kronik (COAD)
700185400WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)54Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN COCHRANE
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar terhadap pengawal-pengawal keselamatan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Jalan Cochrane, Titiwangsa. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana 26kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PLATINUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Platinum, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 33kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PADI MAHSURI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-178903) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kes-kes dalam kluster ini tinggal bersama di Jalan Padi Mahsuri, Taman Senai Baru, Kulai. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 25kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INTAN DELIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154243) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan awam yang terletak di antara Taman Bukit Intan dan Taman Bahagia Delima. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 253 individu telah disaring, di mana 25kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KELADI SAGA
Kluster berkaitan keagamaan ini melibatkan daerah Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171961) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Keladi dan Taman Saga, Kulim. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 34kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TEMBOK BUKIT BESI
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120811) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan tahanan di Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi, Dungun. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 1,131 individu telah disaring, di mana 99kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG BUKIT PUTERA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Setiu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144506) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Putera, Bandar Permaisuri, Setiu. Sehingga 26 Januari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 06:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Sehingga 26 Januari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 15 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 2678 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 470 kes. Terdapat 46 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2194 kes manakala jumlah kematian adalah 14 kes.

*15 KES BARU*


📍1 Kluster Tembok Mempaga
📍5 Kluster Kg Lebu
📍3 Kluster Bukit Gelugor
📍4 Saringan Kontak
📍1 Saringan Bergejala
📍1 Saringan Pekerjaan

💡14 Warganegara
💡1 Bukan warganegara


🔍15 Jangkitan Tempatan        
------------------------------------------------
Zon Merah:
🔴 Daerah Bentong
🔴 Daerah Kuantan
🔴 Daerah Temerloh


Zon Oren :
🟠 Daerah Maran
🟠 Daerah Pekan


Zon Kuning:
🟡 Daerah Raub
🟡 Daerah Rompin
🟡 Daerah Bera
🟡 Daerah Lipis
🟡 Daerah Jerantut
🟡 Daerah Cameron Highlands



🤍Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang🖤
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-1-2021 06:40 PM
Tu le...buah dah habis...kena borong buah lak...

Kalau dekat, bila2 boleh borong kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 1.475791 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list