Memandangkan sesi persekolahan kini diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat wabak Covid-19 yang masih berleluasa, maka segala aktiviti belajar diadakan secara dalam talian.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan buku teks digital untuk dimuat turun oleh ibu bapa bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun, yang menghairankan ialah ada juga pihak tidak bertanggungjawab menjual buku digital tersebut di platform dalam talian.
Ianya turut disuarakan oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik mengenai situasi yang tidak sepatutnya berlaku.
Foto :Twitter
Warganet turut berkongsi pendapat menyatakan bahawa tidak semua ibu bapa mempunyai capaian internet yang laju, maka edisi sebegini lebih membantu mereka.
Foto : Pendidikan 4all
Difahamkan bahawa penjual tersebut sebenarnya menjual edisi e-book juga, bukannya buku teks fizikal. Tetapi dengan menjual barangan yang sepatutnya diperolehi secara percuma, adalah tidak wajar.
Foto : Twitter
Namun, setelah desakan ramai pihak, akhirnya platform tersebut telah membuang akses penjualan buku KPM itu.
Foto : Twitter
Pembelajaran anak-anak Malaysia tidak seharusnya dijadikan medan kapitalis menangguk di air keruh. Dalam erti kata lain, ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.
Foto : Sabah Post
Dari satu segi pula, tiada penawaran jika tiada permintaan, betul kan? - CARI
|