CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9031|Reply: 128

[Tempatan] Ibu bapa ini Habis rm800 demi akses internet ,beli data dari pelbagai telco term

  [Copy link]
Post time 25-1-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TANJONG KARANG: Akses internet yang lemah mengakibatkan ibu bapa terpaksa menanggung kos yang tinggi kerana perlu membeli data daripada pelbagai jenis syarikat telekomunikasi (telco) semata-mata mahu memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.

Bagi Juliana Hashim, 37, seramai tiga anaknya berusia tujuh, 14, dan 17 perlu mengikuti kelas dalam talian yang akan diadakan dari pagi hingga petang.

Menurut ibu kepada empat anak itu, sebelum ini, dia hanya mempunyai nombor daripada dua telco sahaja, namun, sejak kelas dalam talian diadakan perlu menambah empat lagi nombor bagi memastikan akses internet mudah didapati.

“Bagaimanapun, membeli nombor daripada pelbagai jenis telco tidak menyelesaikan masalah kerana akses internet tetap sukar didapati. Malah, saya dan suami terpaksa menanggung kos begitu tinggi iaitu kira-kira RM800 sebulan untuk membeli data.

“Bukan sahaja berhabis duit, bahkan data yang dibeli juga tidak habis digunakan kerana aksesnya sukar didapati. Malah, di kampung sebelah juga terpaksa datang ke sini semata-mata mendapatkan akses internet kerana kawasan mereka langsung tidak dapat internet,” katanya yang tinggal di Blok B, Sawah Sempadan di sini.

Sementara itu, Sumiyati Basir, 52, berkata, dia terpaksa menghabiskan wang beribu termasuk membeli kelengkapan pembelajaran untuk anaknya mengikuti kelas dalam talian.

Jelasnya, sejak kelas dalam talian dilaksanakan, dia menghabiskan kira-kira RM300 setiap bulan untuk mendapatkan akses internet termasuk menggunakan rangkaian jalur lebar (Unifi).

“Di rumah memang ada sediakan Unifi, tetapi tidak membantu kerana aksesnya lemah. Oleh demikian, setiap hari saya akan membeli data bagi memastikan datanya mencukupi untuk anak menggunakan bagi kelas dalam talian.

“Malah, bagi memastikan anak dapat belajar, saya membeli komputer riba bernilai RM4,300 kerana dia perlu menggunakannya kerana bersekolah di vokasional dan banyak membuat latihan amali,” ujarnya.

Bagi Mohd. Zamri Kahar, 52, dia berharap kerajaan tidak melihat semula capaian akses internet di kawasan-kawasan luar bandar.

“Ibu bapa telah berhabis duit untuk menyediakan kelengkapan untuk anak-anak belajar dalam talian, malah ada yang sanggup meminjamnya kepada saudara.

“Secara peribadi, saya sendiri membuat studio khas untuk anak-anak bagi mereka mengikut kelas dalam talian. Saya mempunyai dua anak yang menggunakan komputer dan mereka terpaksa berkongsinya untuk melakukan kerja,” katanya. -UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita/2021/01/ha...-akses-internet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kek area sabak bernam pun line haukkk.. aku tau la.. dulu key in pbs dah separuh isi hilang.. kes kobik ni aku fhm sgtlaa depa yg duk kg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Org buat online kau nak buat online walopon mobile speed kalah dgn Myanmar Dan Laos.

Belum Kira Kos data lagi Tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:51 PM | Show all posts
Tumpg simpati kpd sesiapa yg trpksa berhdpn dgn kesusahan sprti trjejas pendptan, budak2 sekolah punya mslh dlm nk smbg pembelajaran sbb Covid-19

Mslh xdpt akses internet, xdpt kelajuan internet yg spttny dah dipertikaikan oleh org rmai lg sblm Covid-19 merebak...tp xdak penambahbaikan pun....

TK kt Selangor tu pun bermslh dlm nk dptkn akses Internet....kat tmpt lain? negeri lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka unifi pun lemah tenaga batin
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Samalah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. TM napa unifi lemah kat Selangor ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
RM 800/mnth dah mcm kene bayar loan kereta kat bank je
kesiannya
akak duk KL.sib baik network sume cun, kos akak cuma RM 95 hengget sebulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 03:52 PM | Show all posts
aku pakai maxis fibre 30mbps (kelajuan ni je yg available kat tempat aku), kos RM99+10 (phone rumah)

laptop 1 unit sambung hdmi dgn tv. So satu screen laptop anak aku pakai, satu screen tv anak lagi satu pakai incase ada zoom kelas salah sorang.  Tablet 1 unit standby.

Bukak whatspp web kat laptop je,  derang  still connect dgn cikgu while kami husband&wife keluar bekerja/urusan. HP selalu on data mobile. Pakai telegram lagi bagus sebenarnya.

Tengah recce chromebook kat shopee harga tak sampai RM400 utk second laptop. Yg ni akan connect dgn cable hdmi dgn screen monitor je nanti. Rasanya lama lagi la kot skolah nak bukak. Sib baek anak 2 org je.

Aku bersedia utk resign bila2 masa utk persiapan anak2 bukak sekolah nanti. So aku akan full use laptop aku balik.

Bagi parents yg belanja laptop sampai rm4k tu maybe tak tahu ada pilihan lagi murah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by crossline at 25-1-2021 04:00 PM

Aduhhh....solusinya cuma pakai set antena network ni je, baru rm 200++, msg seller utk tau details supaya tau band apa nak mana nak pilih. I dah guna bertahun2 dah tak pening kepala sebab dlm rumah full bar. Link ni contoh je ye, boleh search "network booster" kat shopee.

https://shopee.com.my/product/233639745/4675995474?smtt=0.69931787-1611561535.9
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak laju coverage, kabel pun baru pasang berperingkat2 dalam laut. Kroni2 nak kaut untung jer. Lg lama pasang lagi banyak huntung
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:07 PM | Show all posts
dah bertahun sembang pasal 5G yg hebat tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tanya.. X boleh ka guna internet booster?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:17 PM | Show all posts
malas nak komen... internet kt Malaysia ni selain kawasan KL oh sedihhh.... Myanmar pun jauh ke depan dekk.. kt kampung iols tu ha dlu bergasak jugak la dgan YES saban hari duk complain line kejap ada kejap xde, nak terminate ad kontrak 24 bulan pulerss.. mintak TM msukkan port Streamyx pun mcm mintak duit dgan diorg.... kowserrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:35 PM | Show all posts
Skmm pun lemah. Komplen bulan 7 2020 pasal data slow sampai skrg maseh passing2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 25-1-2021 04:17 PM
malas nak komen... internet kt Malaysia ni selain kawasan KL oh sedihhh.... Myanmar pun jauh ke depa ...

I bukan kat KL tapi setakat ni access takde masalah...i pakai unifi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 04:57 PM | Show all posts
Orix replied at 25-1-2021 04:17 PM
malas nak komen... internet kt Malaysia ni selain kawasan KL oh sedihhh.... Myanmar pun jauh ke depa ...

Pindah Mynmar la brader kasi settle lu punya masalah line internet.

-dajjei
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah line mmg dr dulu..dgn line mcm siput,nl akses online kelas mcm mana laa..n kaka,kalau kt rumah dpt line celcom,guna laa celcom,rm35/month, unlimited call,data,dpt hotspot free 3gb..at least jimat sket drpd pakai line lain...ai guna celcom n unifi,celcom ok laa..unifi mcm hape..padahal bkn ai duk bhgian rural area pn..tinggi lg rumah ai ni haa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 25-1-2021 04:08 PM
Aku nak tanya.. X boleh ka guna internet booster?

internet booster to apa..? iolss buta sikit bab it yg pelek2 ni.. Takat yg simple2 to tau laa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 05:36 PM | Show all posts
Jelasnya, sejak kelas dalam talian dilaksanakan, dia menghabiskan kira-kira RM300 setiap bulan untuk mendapatkan akses internet termasuk menggunakan rangkaian jalur lebar (Unifi).


Pelik juga ada Unifi pun masih tak cukup juga. Ini sembang ke apa. RM129++ dah boleh dapat 100Mbit/s
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.093057 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list