View: 972|Reply: 8
|
[Tempatan]
Konstabel polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dalang samun warga asing
[Copy link]
|
|
Konstabel PGA dalang samun warga asing
https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... -samun-warga-asing/
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
25 Januari 2021, 4:14 pm
Tiga suspek yang hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU – Seorang konstabel polis Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan bersama dua lelaki dan seorang wanita selepas terlibat dalam kegiatan samun ke atas warga asing di sebuah hostel pekerja di Medini, Iskandar Puteri di sini, 25 Disember tahun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi hari yang sama.
Menurutnya, anggota polis terbabit dipercayai mengetuai sekumpulan enam individu melakukan samun ke atas 11 warga India di hostel berkenaan.
“Pada 25 Disember tahun lalu, tujuh individu termasuk seorang anggota polis melakukan serbuan ke atas hostel pekerja di Medini, mereka melakukan samun ke atas pekerja asing.
“Mereka juga dipercayai memukul dan melarikan wang tunai RM6,310 milik warga asing. Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Ayob Khan berkata, polis telah melakukan pertuduhan ke atas empat suspek berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Sementara itu, tiga lelaki termasuk anggota polis terbabit mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini.
Sementara itu, suspek wanita dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Makcik2 pun menyamun gak ke?
Er tu sape yang pakai kemeja coklat facemask corak camo tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
ahli keluarga mangsa kut. kalau makcik tu menyamun tak logik sbb nak lari tak cukup nafas .
|
|
|
|
|
|
|
|
Memalukan gambar pun dah tular |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 25-1-2021 05:20 PM
ahli keluarga mangsa kut. kalau makcik tu menyamun tak logik sbb nak lari tak cukup nafas .
Tapi kenapa makcik tu tunduk?
|
|
|
|
|
|
|
|
takde mak atau makcik bangga anak atau anak sedara dia kena tangkap bawa ke mahkamah. kalau ada yang mendongak tu maksudnya leher dia krem
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 25-1-2021 09:25 PM
takde mak atau makcik bangga anak atau anak sedara dia kena tangkap bawa ke mahkamah. kalau ada ya ...
Ingatkan makcik ala2 mamabosan tadi. Tak nak tuduh2 takut fitnah. Kalau dia mak mangsa memang kesian.
Tapi statement kat atas kata ada seorang suspek perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
statement kt bawah suspek wanita kena waran tangkap lepas tak hadir mahkamah. sekali kaka jeling gmbr kaka blh tahu dah ( palatao)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|