CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2073|Reply: 1

[TERENGGANU] 119 Peniaga Jalanan Hulu Terengganu Terima Bantuan RM500

[Copy link]
Post time 25-1-2021 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Rosol menyampaikan bantuan kepada peniaga jalanan di Hulu Terengganu, Jumaat lalu. - NSTP/BAHAROM BAKAR


Berita Harian

Baharom Bakar
bhnews@bh.com.my

KUALA BERANG: Seramai 119 peniaga jalanan di daerah Hulu Terengganu yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masing-masing menerima bantuan RM500, Jumaat lalu.

Bantuan wang tunai sekali bayar itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, bertujuan meringankan beban golongan terbabit.

Rosol berkata, mereka meliputi peniaga yang beroperasi menggunakan kios, kanopi, bangsal dan gerai di bahu jalan.

Beliau berkata, peniaga jalanan terbabit adalah sebahagian daripada penerima keseluruhan bantuan berjumlah RM59,500 yang disalurkan pihaknya kepada golongan terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Pengusaha pemprosesan dan pembuatan serta peniaga menjual pelbagai produk makanan secara dalam talian, turut disenaraikan menerima bantuan itu," katanya.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, bantuan itu menyasarkan peniaga dan pengusaha kecil-kecilan.

"Mereka bukan saja terkesan susulan pelaksanaan PKP, malah berdepan masalah banjir yang melanda beberapa kawasan sekitar Hulu Terengganu, baru-baru ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 08:48 PM | Show all posts
Syukran, dapat juga bantuan , semoga dipermudahkan dalam segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.545498 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list