CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7252|Reply: 76

[Tempatan] PKP tidak dilanjutkan tapi diganti PKPB

[Copy link]
Post time 26-1-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
PKP tidak dilanjutkan tapi diganti PKPB

https://www.utusan.com.my/berita ... -tapi-diganti-pkpb/

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
25 Januari 2021, 11:36 pm



PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi tetapi diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu kesan pelaksanaan PKP memberi impak negatif kepada ekonomi negara maka ia perlu diseimbangkan dengan kepentingan kesihatan dan ekonomi.

Katanya, pihaknya yakin dengan pelaksanaan PKPB mampu memberi kesan dengan menurunkan jumlah kes kepada dua angka menjelang Mei ini.

“Pelaksanaan PKP sejak 13 Januari lalu sehingga 4 Februari ini adalah bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif yang semakin tinggi disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Kita jangkakan empat minggu pelaksanaan PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada ekonomi,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Taklimat Media Darurat Covid-19 KKM secara maya oleh Ketua Pengarah Kesihatan di sini hari ini.

Ditanya mengenai keperluan ujian swab di klinik kesihatan awam, Dr. Noor Hisham berkata, individu yang bergejala diberi keutamaan untuk membuat ujian swab di klinik kesihatan awam susulan kes sporadik yang menunjukkan peningkatan mendadak.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 50 peratus jangkitan adalah daripada kluster, namun kes sporadik semakin meningkat dan kita mahu ambil langkah berhati-hati,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 10:01 AM | Show all posts
kejap mcm tu. kejap mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape2 jer lah. Harap bln 3 dah boleh rentas negeri. Aku nak ke redang dan perhentian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bengong      

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pkp 2.0 pun dah macam takda beza dgn PKPB. cuma tak blh rentas negeri je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
PKP ke PKPB ke semua bawah MKN, bapak dafi yg umum. KP kesihatan bukan anggota MKN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 10:46 AM | Show all posts
Adakah disebabkan output PKP 2.0 ni mcm takde penurunan sebaliknya sama aje macam PKPB...??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 26-1-2021 10:21 AM
Ape2 jer lah. Harap bln 3 dah boleh rentas negeri. Aku nak ke redang dan perhentian.

Jalan la sis, jana ekonomi ...tp jgn pulak hg buat family day tak pasal2 kna kobid..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 26-1-2021 10:36 AM
PKP ke PKPB ke semua bawah MKN, bapak dafi yg umum. KP kesihatan bukan anggota MKN

Tue yg aku pelik.. Mcaca merba
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:22 AM | Show all posts
nikaido replied at 26-1-2021 10:36 AM
PKP ke PKPB ke semua bawah MKN, bapak dafi yg umum. KP kesihatan bukan anggota MKN

DG ada je masuk dlm meeting MKN tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:25 AM | Show all posts
rentas negeri tu x payah la ..karang raya cina  naik kes lagi.pastu bila x terkawal  salahkan rakyat tak ikut sop ,penjarakan apa lancau semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:27 AM | Show all posts
Lorrr.. apa nii.. KERAjaan dah tak sayang nyawa rakyat kaa wpun mortality rate tak sampai 1 % ?? gelabah laa acik2 gomen sambil melantak kerepek pisang ka apa kaa ..

dah hampir 1 tahun sejak c19 merebak dlm negara ni... masih tak boleh pikiaq cara lebih berkesan nak seimbangkan kesihatan & ekonomi... lain la c19 ni sama level ngn ebola... pakat mati kalo kena..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:23 PM | Show all posts
nak balik kg.. rindu family...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jage betul2 border. Sabah tu tutup dulu. Rentas negeri pun control. Ni semua benda nak buka abis2 san. Memang dah terbukti gomen x boleh entertain semua lapisan rakyat. Dapat cover 3/4 lapisan rakyat pn dh ok. Yg terjejas tu bantu lah. Kalau x, ulang balik la pkp. Lagi teruk kesan.3/4 rakyat malaysia terjejas
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:29 PM | Show all posts
tolonglah dengar ckp nuar ni wahai menteri2 sekalian..

Anwar gesa kerajaan usah beri muka pada sektor penyumbang kes Covid-19
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 25, 2021 7:46 pm 0


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ini adalah masa untuk kerajaan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat, dan bukannya memberi muka kepada sektor seperti kilang pembuatan untuk beroperasi lagi.

Ini kerana katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menjelaskan kepada wakil-wakil industri bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenalpasti sektor pembuatan sebagai sektor utama yang menyumbang kepada penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diberitahu EUMalaysia Chamber of Commerce and Industry (EUROCHAM) menerusi suratnya yang memaklumkan kepada anggota industri bahawa kerajaan Malaysia berhasrat melakukan penutupan penuh selepas 4 Februari.


Justeru Anwar tertanya, mengapa syarikat-syarikat dan kilang-kilang masih dibenarkan beroperasi tanpa dikenakan hukuman.

“Kadar penularan yang tinggi dalam kalangan pekerja asing telah dikenalpasti sekurang-kurangnya empat bulan yang lalu dengan banyak aduan yang mendakwa berlakunya pelanggaran SOP di dorm pekerja asing.

“Kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk pantau dan kuatkuasakan SOP, tapi itu tidak berlaku.

“Singapura telah melaksanakan ujian besar-besaran dalam kalangan pekerja asing di sana, manakala Malaysia masih acuh tak acuh dalam melaksanakannya.


“Padahal, ia langkah yang paling penting dan boleh dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mendedahkan wujud peningkatan kluster membabitkan tempat kerja berjumlah 225 atau 64.3 peratus daripada 350 kluster baharu sejak 6 Januari sehingga 22 Januari lalu.

Menurut Dr Hisham, bagi tempoh itu, sejumlah 112,225 individu disaring dan 28,477 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster-kluster tersebut.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu mempersoal sikap kerajaan yang menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berjaya mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja asing.

Tambah Anwar, tindakan kerajaan tidak menutup sektor yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi, hanya akan melanjutkan tempoh PKP selain memberi impak pada jutaan rakyat Malaysia yang sedang memainkan peranan dalam membendung penularan wabak ini.

Beliau juga sekali lagi memetik surat EUROCHAM yang mengesahkan bahawa apa yang dirasakan oleh rakyat Malaysia, bahawa langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19 di negara ini cukup lemah dan ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:31 PM | Show all posts
Sy nak sgt bailik kg..dh lama sgt x balik..jiwa saya dah memberontak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 12:32 PM | Show all posts
boleh PKPB tapi terhadkan jgn ada jamuan2 kenduri kendara..
yang nak kawin tunda dulu smpai lepas raya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
setakat pkp 2 minggu baik tak payah buat pkp. ke buat pkp sbb nak cover darurat yg mcm over tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:36 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 26-1-2021 12:31 PM
Sy nak sgt bailik kg..dh lama sgt x balik..jiwa saya dah memberontak ni

Akak juga sudah lama tidak pulang ke kampungsepatutnya hari raya 7 january lalu akak pulang ke kampung halamn yang permai.

kerajaan malaysia sepatutnya membuka sempadan negara.
Janganlah kerajaan malaysia pentingkan diri sendiri kerana tidak mahu membenarkan akak pergi menyambut hari raya pula
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam xda beza saja pkp & pkpb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.085378 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list