CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 1

[Tempatan] Buruh dibelasah tiga beradik kerana bongkar kegiatan penagihan tiga beradiknya

[Copy link]
Post time 26-1-2021 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Buruh dibelasah tiga beradik

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elasah-tiga-beradik

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2021 @ 3:08 PM

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan

Chukai: Seorang buruh menanggung kesakitan apabila ditumbuk dan disepak tiga beradik selepas dikatakan membongkar kegiatan penagihan mereka kepada pihak berkuasa dalam kejadian di Kampung Berenjut, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang selepas lelaki berusia 36 tahun itu menerima panggilan daripada salah seorang suspek yang meminta mangsa datang ke rumah mereka untuk berbincang.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa segera ke lokasi seperti diarahkan dan sebaik tiba, mangsa diserang rakannya bersama dua adik beradiknya.

Katanya, tiga suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang dikatakan bertanggungjawab membongkar kegiatan penagihan dadah mereka kepada pihak berkuasa.

"Tiga suspek membelasah mangsa tanpa memberi peluang kepada lelaki terbabit menjelaskan keadaan sebenar.

"Mangsa berjaya melarikan diri namun suspek yang masih tidak berpuas hati mengugut akan mencederakan mangsa lagi selepas ini.

"Susulan kejadian itu, mangsa yang cedera di tulang rusuk, muka dan badan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe bang.

Nnt awak dgn abam pulis buleh belasah balik 3 ekor bangsat ni dlm lokap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061248 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list