CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13167|Reply: 132

[Tempatan] Ebit Lew sekali lagi jadi tumpuan netizen

[Copy link]
Post time 26-1-2021 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Ebit Lew sekali lagi jadi tumpuan netizen

https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... di-tumpuan-netizen/

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
26 Januari 2021, 3:33 pm


Ebit Lew memeriksa sebahagian daripada barangan sumbangan yang akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan di Sabah.

PETALING JAYA – Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew, sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila kali ini menggerakkan misi bantuan membawa pelbagai barangan keperluan seperti bekalan makanan, pelitup muka serta komputer tablet ke Sabah.

Ebit Lew menerusi satu muat naik di laman Facebook miliknya hari ini memohon doa daripada orang ramai agar urusannya itu dipermudahkan.

“Doakan ya, misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1,000 set makanan, 100 kerusi roda, 75,000 keping pelitup muka serta 200 unit Samsung Tab bagi kegunaan pelajar di sana yang benar-benar memerlukan.

“Terima kasih. Terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation yang menaja kapal terbang untuk kami. Semoga Allah S.W.T tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih juga kepada Lapangan Terbang Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tidak mengenakan sebarang caj. Baik sangat semua,” luah pendakwah itu.

Tambah beliau, barangan berkenaan akan dihantar dahulu hari ini manakala beliau bersama pasukannya akan bertolak lusa dengan Malaysia Airlines (MAS).

“Saya hantar barang dahulu, penerbangan saya dijadualkan lusa dengan MAS.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada MAS kerana memberi kadar istimewa kepada pasukan kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Muat naik status yang dibuat setakat pukul 3 petang tadi itu telah mendapat 732 komen dan 935 perkongsian di laman sosial Facebook daripada pengguna yang rata-ratanya memuji dan mendoakan urusan pendakwah berkenaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 04:08 PM | Show all posts
ustaz ebit liew sangat sibuk dengan memberi bantuan sampai tiada masa untuk berdakwah kepada golongan lgbt yang amat memerlukan anjakan paradigma di dalam diri mereka

sebak tengok ustaz ebit liew yang nampak keletihan sangat membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari berdakwah dgn LGBt yg lepas tu ustaz kena kencing balik...cth si shinta Gila tu..kemain masuk tv dgn ustaz..ckp da berubah ..lastly jadi flower horn..
Better hulur bantuan kepada golongan begini yg sah2 Akan mendoakan syurga utk dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:25 PM | Show all posts
Mana dia ada duit sebanyak giteww..
Bzness apa dia buat...
Berkepuk kepuk wang dalam account...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol yakin penyumbang2 derma kat ustaz ni bukan calang2. Alhamdulillah, terima kasih. Semoga Allah luaskan rezeki yang menderma senyap2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 26-1-2021 07:25 PM
Mana dia ada duit sebanyak giteww..
Bzness apa dia buat...
Berkepuk kepuk wang dalam account...

Kan pertubuhan kasih umat tu..derma org ramai ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2021 10:49 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 26-1-2021 07:25 PM
Mana dia ada duit sebanyak giteww..
Bzness apa dia buat...
Berkepuk kepuk wang dalam account...

derma orang ramai kaka...
dan dia rekod2 video tu selalu nak tunjuk la derma2 kita sampai ke tidak...
itu je dan views2 tu dapat la jana2 sikit untuk derma lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nk tau satu jer.....

dulu dia ni gomok,...klu org biasa memang dah kena panggil "Bob" dah....skrg dah kurus, dia mkn apa?.....atau sbb sibuk tak sempat mkn....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
X sangka mcm company kpl terbang dgn klia pun support jgk
Seronok baca
Idk Klu company2 ni ada bg sumbangan jgk sblm2 ni dlm btl csr yg kita x tau
But in this particular case mmg bgs sgt
Ni lh msnya company2 yg mampu, gives back something to our fellow Malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-1-2021 10:54 PM
aku nk tau satu jer.....

dulu dia ni gomok,...klu org biasa memang dah kena panggil "Bob" dah.... ...

Yg penting dia sihat utk meneruskan misi bantuan die


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:15 AM | Show all posts
Semoga segala urusan kebajikan dan dakwah Ustaz Ebit di permudahkan oleh Allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:39 AM | Show all posts
ntahla aku rasa daripada die terbangkan barang pegi sabah, baik die pegi sabah pastu belilah sumbangan dari peniaga2 kat sabah. dapat jugak sedikit sebanyak naikkan ekonomi tempatan.  win-win situation gitu. tapi yelah kalau buat macam tu tak dapatlah die publisiti macam ni, nanti takde orang nak puji pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 27-1-2021 09:39 AM
ntahla aku rasa daripada die terbangkan barang pegi sabah, baik die pegi sabah pastu belilah sumbang ...


buat pe plak dia nak pi pelaku brg peniaga lain..... seribu kotak brg keperluan tu dia 'beli' dari kedai mart dia sundrik maaa, dia caj harga semua tu pada akaun duit penderma2 yg dia pegang... jadi automatik duit derma masuk poket dia sundrik sebagai profit jualan brg keperluan tuh la.... so dia boleh naikkan harga suka suki ler utk dpt lebih untung kekdahnyaaa....

its a form of money laundering utk makan duit derma cara ' formal'
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
untung dapat, nama femes, dipuji melangit... orgramai yg sudah payah bagi duit derma dia yg raih benefit ke atas ke bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:04 AM | Show all posts
Walau ada pro dan contra ushanya tu tapi ada juga yang dapat manafaat.   Sementara yang dipilih rakyat ramai yang krik krik krik je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk je org n ngo yg buat keje2 kebajikan camni tapi diorg x femes..aritu tgk majalah tiga pasal frontliners yg keje time banjir kat pahang baru2 ni. Bertan tan rupanya bantuan utk mangsa banjir tu masuk majalah3 baru tau. Wlaupun duk ceruk hutan mana pun tetap dihantar.  Nampaknya cara  setiap org buat kebajikan x sama...tgk majalah tiga punya kisah betul2 unsung heroes..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 26-1-2021 07:25 PM
Mana dia ada duit sebanyak giteww..
Bzness apa dia buat...
Berkepuk kepuk wang dalam account...


derma menurut islam adalah DUIT ATAU BARANG SENDIRI yg diberi pada org lain ikhlas kerana Allah tak kiralah walau satu ringgit sekalipun nescaya pahalanya cukup besar.....

bukan kuantiti yg di kira tapi qualiti hati ketika memberi yg penting yakni ikhlas kerana Allah....

ebit liew nih lebih kepada PENIAGA yg cuba kaut untung hasil duit derma org lain....so memang lah nampak banyak dia beri everytime tapi bukan duit dia sendiri punggg.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blastoff at 27-1-2021 10:18 AM
dudaberhias replied at 26-1-2021 10:49 PM

views2 tu dapat la jana2 sikit untuk derma lagi....


dia pernah dedahkan dak berapa keseluruhan derma yg dia dah pungut selama ni.... dan berapa yg dia dah edarkan semula pada org2 miskin?

macam mana tahu dia dpt jana duit derma sikit je hasil publisiti yg dia dok buat selama ni tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blastoff at 27-1-2021 10:27 AM
Artemesiaa replied at 27-1-2021 10:04 AM
Walau ada pro dan contra ushanya tu tapi ada juga yang dapat manafaat.   Sementara yang dipilih raky ...


kalau nk kira dari sudut manfaat ramai dapat je , muhyidin pun bagi gakkk kannn bpn kat lagi ramai org2 miskin di seluruh malaysia.....

dari segi kuantiti muhyidin menang lagi maa nak banding dgn ebit liew...

apa beza depa dua? Dua2 pegang duit rakyat, dua2 edar duit rakyat pada org2 miskin, dua2 buat untung besarrr muhyidin melalui duit gaji elaun itu ini selaku pm, ebit liew melalui jualan brg mart nya tuh ditambah dgn ntah apa lagi bisnes yg dia ada kannn....

dua2 berlagak alim kuang3
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:28 AM | Show all posts
blastoff replied at 27-1-2021 10:25 AM
kalau nk kira dari sudut manfaat ramai dapat je , muhyidin pun bagi gakkk kannn bpn kat lagi ramai ...

Itu dari kapisi PM, tapi wakil yang dipilih tak kan krik krik krik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.078691 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list