CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13375|Reply: 107

[Tempatan] Aduan Marhaen” Terlalu Ramai ‘Shopping Online’ Masa PKP, J&T Hadapi Masalah.

  [Copy link]
Post time 27-1-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TABIAT membeli-belah secara online sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Ia semakin berkembang dengan pantas selari dengan kemudahan edagang yang disediakan.

Tahun lalu merupakan tahun kemajuan besar bagi e-dagang apabila rakyat Malaysia didorong mengutamakan perbelanjaan dalam talian (online) untuk pelbagai pembelian termasuklah barangan berjenama dan premium

Perkembangan itu juga mungkin disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan beberapa barang tidak boleh dibeli di luar dan orang ramai menggunakan perkhidmatan kurier untuk membeli barang secara online.

Akibatnya, beberapa syarikat kurier yang mengendalikan perkhidmatan penghantaran barang beberapa kawasan tidak dapat mengelak daripada lambat menghantar barangan disebabkan kekurangan tenaga kerja.

Salah satu perkhidmatan yang terkesan dengan situasi itu adalah J&T yang mana baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah memuat naik gambar pusat operasi J&T kawasan Selangor yang memperlihatkan gudang mereka sarat dengan kotak bungkusan

Posting itu juga mendapat perhatian ramai termasuk pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya yang telah mengulang kicau posting tersebut dengan caption “aduan marhaen” dan disusuli dengan hashtag #jnt.

“Saya nasihatkan hentikan dulu membuat penghantaran J&T di kawasan sekitar Selangor terutama kawasan Sri Kembangan.

“Barang banyak sampai, berlori-lori setiap masa. Dimaklumkan staf ramai berhenti kerana isu dalaman pihak pengurusan Selangor.

“Selain barang hilang,barang rosak dan lain-lain, kami semalam beratur panjang ada yang hampir tiga jam menunggu untuk mengambil barang (self pickup).

“Tiada staf yang berada di kaunter untuk melayan pelanggan yang sangat ramai, cara terakhir kami terpaksa masuk ke dalam pejabat dan jerit panggil orang untuk keluar buat kerja dalam gudang,” tulisnya dengan penuh kesal.

Bagaimanapun, seorang staf J&T menerangkan bahawa terdapat lebih banyak barangan yang perlu dihantar semasa PKP dan mereka kekurangan tenaga kerja untuk menghantar barangan tepat pada masanya.

Mereka juga mengadu bahawa sistem yang diguna pakai juga sering kali tergendala menyebabkan mereka sukar untuk menjejaki bungkusan pelanggan.

Pengadu tersebut juga mendakwa barangannya sudah enam hari hilang tanpa jejak dan staf di situ juga meminta semua pembeli barang dalam talian bersabar kerana kekurangan kakitangan dan mereka juga kini terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Minggu dpn sale 2.2 pulak..baucer free shipping kt shopee byk guna j&t. Kena boikot la shopee sale minggu depan kalu cenggini.
Beli kt Lazada pulak

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes macam ni bos jugak yg kaya
Staf bawahn buat keje cam kuli batak hamba abdi pon lantakla
Janji bos boleh jimat kos

Akrg ni sendri rugi
Aku pon tak mo dah guna jnt ni
Byk masalah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 02:45 AM | Show all posts
ya ampunnn scary dan teruknya barang penuh macamtu... nak2 kalau barang fragile...

btw memang ramai gila beli barang online... iols hari2 busy settlekan order dekat website dari isinar lulus haritu sampai ke harini... ni sampai pagi duk terjaga lagi ni pun sebab nak settlekan order2 website... packing dan pos ke apa boleh la pekerja tolong... yang lain2 kena sendiri jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Msti ade barang yg pcah,rosak hilang. Kurier dorang ni asyik ade prob/ rmai org komplen tp rmai je org guna sbb murah ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
aku penah gi collect sendiri brg kat JnT jln chan sow lin KL sana
brg mmg byka..so sambil2 tggu giliran tu,aku perati la system depa agihkan brg ikut area,poskod bagai
tp sistematik je la kat situ..takde kecoh mana pun.
yg belah2 seri kembangan ni idok le tau cemana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2021 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
J&T makin teruk ka? Lama x guna J&T sebab aku layan lazada.. Pakcik Lex yg baik hati.. Rindu rumah arwah tok Sharifah kat Jitra

Anyway..adik Lex alor setar pun mcm gini dah kenal dah aku yg kaki shopping online.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tempat aku pos laju jer cepat dan hantar sampai depan rumah, yg lain memg aku elak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapiii aku x soping pun.. aku rasa mcm biasa je PKP tau bukan PKP,  soping cuma bila ada keperluan je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Time PKP mmg byk order online.
Masa just PKPB je kat selangor sblm ni tak byk gini. J&T pun cepat je hantar brg kadang tak sampai 24 jam brg dah sampai.
Sebagai pembeli tegar sopi mmg leh bezakan la keadaan sblm dan setelah pkp ni.
Pastu skrg ni depa main campak je brg tau kalau tak lepas tekan bell dorang tunggu iols bukak pintu ni tidak campak je dlm pintu grill dan blah.
Padahal tak sampai seminit pun tunggu, iols jenis mmg akan cek sokmo shopee hari ni ni ada brg sampai ke tidak.So sentiasa bersedia je dah siap berpakaian lengkap dan sopan.
Hari tu order gelas kopi 2 biji pecah sebiji haihh iols bebel gak kat seller lenkali balut leklok sbb ko tampal la sticker fragile sebesar alam pun depa tetap campak gak.Barang belambak2 kot tak sempat dah depa nk lenggang kangkung lemah gemalai pegang elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
any42 replied at 27-1-2021 02:56 AM
Msti ade barang yg pcah,rosak hilang. Kurier dorang ni asyik ade prob/ rmai org komplen tp rmai je o ...

J&T setiap hari jalan takde cuti walupun public holiday sbb tu ramai guna kot nak plak pos laju semakin slow.
Bab rate postage iols pun xtau berapa tak penah guna pos barang  nk gak try nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 27-1-2021 02:45 AM
ya ampunnn scary dan teruknya barang penuh macamtu... nak2 kalau barang fragile...

btw memang ram ...

Ko jual apa duda?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dh panel shope j&t.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku yg bagus DHL dgn J&T. Pos Laju sila avoid bila masa sale. Neway yg takdak kerja boleh la apply jadi runner mana2 courier service ni..depa sentiasa tak cukup runner.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang anti dengan J&T nih. Bukan semua tapi half of the workers kuang ajo, management macam hampagas!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:55 AM | Show all posts
Edited by merrissa at 27-1-2021 08:57 AM

dekat tmpt tu je kot..management teruk

tempat lain ok je...hari ni seller pos gune j&t...esok dh dpt...wpon seller dari kedah...ak di johor sekalipun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
So j&t seri kembangan je la yg problem, kan? Aku suka je guna j&t ni.. selalu jugak dpt within 24hrs.. tp tgk tempat. Kalau seller tu kat perak, j&t perak lambat sikit. Agaknya kumpul brg dulu kut kasi jalan sekali harung.  Tapi budak delivery mmg agak hampeh la. Tengok orang. Ada yg lempar je dalam pagar. Ada yg letak je kat tembok. Yg main letak tu, terus tinggal je, tak bunyi loceng. Ada yg tekan loceng & tunggu. Tgk orang jugak. So far aku puas hati dgn j&t. Poslaju aku tak suka sbb last time aku kena, selagi aku tak report, dia biarkan aje kat gudang klia tu. Nasib brg aku tak hilang. Peram sampai 3 minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Area rumah aku ok jnt. Laju gilerr.
Kelmarin order , selasa petang sampai.
Ipoh ke selangor
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:01 AM | Show all posts
emera replied at 27-1-2021 08:57 AM
So j&t seri kembangan je la yg problem, kan? Aku suka je guna j&t ni.. selalu jugak dpt within 24hrs ...

kat tempat aku

poslaju, j&t tak cmpak, letak depan pintu...bagus..tp if budak baru yg anta...dicampaknya

yg lain DHL, ninja, shopee semua kaki campak

DHL aku tegur kata jgn campak baru dia xcampak...bukannya pagar tutup pun...
tp bgusnya DHL ni, dia call dulu sebelum nak anta, xde kelam kabut cari tudung
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mcm ni, shoping portal semua kena take note la. Remove pilihan utk jnt buat smntara. Kalu x, masa sale nanti lg terokkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.258485 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list