CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1437|Reply: 12

[Dunia] Lelaki tidak tahan sakit perut guna tandas wanita didakwa

[Copy link]
Post time 27-1-2021 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tidak tahan sakit perut guna tandas wanita didakwa
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 27 Januari 2021

Gambar hiasan.

TOKYO - Seorang lelaki berusia 64 tahun dilepaskan daripada tuduhan menceroboh tandas wanita selepas tersilap masuk kerana tidak tahan mahu membuang air.

Menurut laporan Japan Today, kejadian itu berlaku pada Disember tahun lalu di bandar Hamamatsu, Prefektur Shizuoka semasa lelaki itu sedang berjalan sebelum tiba-tiba sakit perut dan terus berlari ke premis Muzium Sains Hamamatsu, untuk mencari tandas.

Bagaimanapun tidak tahan untuk membuang air, lelaki terus berlari masuk ke tandas yang sebenarnya dikhaskan untuk wanita.

Malangnya, lelaki itu ditangkap dan didakwa atas tuduhan menceroboh tandas wanita yang membawa hukuman denda sehingga 100,000 yen (RM3,899).

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengaku salah dan menegaskan papan tanda pada tandas yang dilihatnya menunjukkan tandas bersifat unisex untuk dikongsi lelaki dan wanita.

Sebenarnya papan tanda itu sekadar makluman bahawa kakitangan muzium turut menggunakan tandas berkenaan.

Hakim Ayako Sasabe bersimpati dengan lelaki itu turut mengambil kira keadaannya ketika itu yang mengalami sakit perut teruk semasa kejadian.

Mahkamah sebelum itu turut mendengar keterangan saksi dengan memaklumkan dirinya kelam-kabut mencari tandas ketika masuk ke muzium berkenaan seterusnya tiada niat untuk melakukan jenayah.

Kes ini mendapat perhatian orang ramai bukan kerana tindakan lelaki tersebut tetapi mereka mempertikaikan bagaimana dia boleh didakwa atas kesilapan kecil.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ndas-wanita-didakwa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2021 01:35 PM | Show all posts
Patutnya single toilet yang stand alone ni buat je unisex

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:39 PM | Show all posts
manakala di Malaysia

ada seorang menteri Pakatan Harapan menyarankan lgbt dibenarkan memasuki tandas OKU

belum lagi ramai ummah lgbt yang tidak tahu malu esok sahaja masuk ke tandas wanita

mari bersama-sama churchill kita pertahankan hak wanita

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah berlaku kat aku....tetiba suara lain jer kat sblh...rupanya salh msk tandas...berlaku kat mall area usj.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:41 PM | Show all posts
ini sign tu
kalo aku pon confius


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:46 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 27-1-2021 01:41 PM
ini sign tu
kalo aku pon confius

kalau letak kt malaysia pun ramai yg bercampoq kalau mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Esp mcm tempat fancy suka letak lambang susah nk faham pompuan ke laki
Tulis je la ladies or gent etc
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk orang jate buat je tempat memancut belakang toilet macam Siam tak payah masuk dalam pun.

Kat Korea lagi sadis ada urinals tepi jalan. Just shoot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 10:53 PM | Show all posts
Tajuk mcm past tense untuk artikel sbb dalam artikel die terlepas dari tuduhan. Tp tajuk baru di dakwa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2021 11:19 PM | Show all posts
slyfynx replied at 27-1-2021 10:53 PM
Tajuk mcm past tense untuk artikel sbb dalam artikel die terlepas dari tuduhan. Tp tajuk baru di dak ...

didakwa dan dilepaskan

penekanan pada 'didakwa' kerana masyarakat mempertikai kenapa perlu dakwa in the first place

Kes ini mendapat perhatian orang ramai bukan kerana tindakan lelaki tersebut tetapi mereka mempertikaikan bagaimana dia boleh didakwa atas kesilapan kecil.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah jd dkt aku. Bila org dok tgk2 dkt aku, selamba je aku ckp maafkn saya. Mata saya rabun. X nmpk sign laki pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by b_n_c at 28-1-2021 09:55 AM

pernah masuk tandas lain jantina sbb x tahan sgt dah, kat pam minyak, buang je la rs malu...

pernah tgh beratur nk masuk tandas, skali yg keluar dr tandas trsebut adalah jantina lain, dia trkejut dia kata sori2 x perasan sori ye....

hal2 memerut ni jgn bt main oi kalu dia mari panggilan pulau tu seram sejuk naik kepala rs nk trlepas dlm seluar je..

#pernah je terbuang dalam seluar padahal dah sampai depan pintu rumah dah pun...hermmmmmmm....malu kt diri sndiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2021 12:25 PM | Show all posts


buat macam ni ja... fresh air


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.071982 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list