CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3045|Reply: 35

[Tempatan] Bapa durjana rogol anak tiri dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan

[Copy link]
Post time 27-1-2021 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Bapa durjana rogol anak tiri dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan

https://www.utusan.com.my/nasion ... 0-tahun-24-sebatan/

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
27 Januari 2021, 8:29 pm



KLANG: Bapa durjana. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan terhadap seorang penganggur apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini merogol anak tirinya sebanyak 105 kali sejak tiga tahun lalu.

Hakim Datin M. Kunasundary memerintahkan tertuduh berusia 33 tahun dipenjara 1,050 tahun dan 24 sebatan.

Dalam prosiding lebih empat jam bermula pukul 3 petang itu, tertuduh mengaku bersalah selepas105 pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan hukuman ditetapkan, lelaki itu dipenjara 10 tahun dari tarikh tangkapan pada 20 Januari lalu yang berjalan secara berasingan dan membawa penjara keseluruhan 1,050 tahun.

Selain itu, tertuduh turut dikenakan dua sebatan bagi 105 pertuduhan dengan jumlah keseluruhan 210 sebatan, namun hanya 24 hukuman sebatan dikenakan merujuk kepada Seksyen 288 (5) Kanun Acara Jenayah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya berusia 14 tahun sejak 2018 hingga tahun lalu di sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga disebat jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berkahwin dengan ibu mangsa sejak November 2016
dan tinggal bersama dua anaknya termasuk mangsa di rumah tersebut.

Tertuduh didakwa merogol mangsa sebanyak 105 kali sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 di rumahnya dan semasa kejadian hanya terdapat mereka berdua.

Mangsa tidak pernah menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana diugut dan dipukul oleh tertuduh dan menceritakan kepada ibu kandung mangsa telah membawa mangsa serta adik perempuannya ke rumah ibu saudara mereka.

Sementara itu, dalam penghakiman, Hakim M. Kunasundary menegaskan kesalahan yang dilakukan adalah sangat serius dan keji dan selain berat kerana memalapkan hidup seorang kanak-kanak.

“Saya harap kamu insaf dalam penjara. Kamu tidak sapatutnya melakukan sesuatu yang ganas walaupun hukuman yang diberikan adalah hukuman minima namun mahkamah berasakan memadai mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan terhadap kamu,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Mohamad Afiq Zuber berkata kes terbabit melibatkan kepentingan awam dan merupakan jenayah serius. – UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas dan terima kasih puan hakim
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga anak itu pulih dari trauma.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kes lebih kurang sama yang sampai ke Mekah buat umrah kot bapa tu rape anak. Dah jatuh hukum ke yang tu? Few years back. 4, 5 tahun ada kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 27-1-2021 08:56 PM
Teringat kes lebih kurang sama yang sampai ke Mekah buat umrah kot bapa tu rape anak. Dah jatuh huku ...

Baru nak tanya benda yang sama. Kes tu macam senyap je atau dah dijatuhkan hukuman?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps tu tulang belulang tu campak dlm kandang babi.. Haramjadah sungguh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2021 09:26 PM | Show all posts
Malaysia gagal mendidik rakyat menjadi manusia betrnaggungjawab.

Bergenerasi hidup dalam maksita tp tidak di  didik

yg sudah jaid tok wan ,nenek pun buat maksiat ,turun ke anak-anak,cucu,cicit,,jadi  caca-merba

Inikah rakyat yg Malaysia ternak selama ini???

semua ini adalah kepala butoh .
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 09:36 PM | Show all posts

... so memang dia akan dipenjarakan 1050 tahun kan ? sebab 10 years each pertuduhan x 105 pertuduhan ? fuhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 10:09 PM | Show all posts
Edited by Ed_Lyn at 27-1-2021 02:12 PM

Bewak.. Patutlah..
Asyik tengok porn.. Kan tak keja...
Patot setan mcm ni seksa dia pelan2 sampai mampus!!Agak bgsa apa?  Kichap @ moLAYU?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 27-1-2021 08:56 PM
Teringat kes lebih kurang sama yang sampai ke Mekah buat umrah kot bapa tu rape anak. Dah jatuh huku ...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1128196&mobile=2


Yg ni lagi teruk
Bapa kandung pula
Kenapa jumlah tahun hukuman lebih pendek?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lempaq dlm kandang boya boleh x..kandang rimau ka. menatang kat zoo lani kekurangan sumber makanan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lepas terasa sakitnye sebat tu harap insaf. Tapi ada 23 kali lagi. All the best.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 27-1-2021 08:26 PM
Malaysia gagal mendidik rakyat menjadi manusia betrnaggungjawab.

Bergenerasi hidup dalam maksita  ...

Hidup dalam maksita tu apa kakanah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:31 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 27-1-2021 10:30 PM
Hidup dalam maksita tu apa kakanah?

                          bangkai
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 27-1-2021 10:09 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1128196&mobile=2




Haaa. Kes ni la. Sikit juga sentences dia dapat. Mungkin sebab mahkamah lain lain kot. Yang ni sentences by Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, yang kurangkan dekat High Court. Kes seribu tahun ni jatuh hukum dari Mahkamah Seksyen. Bidang kuasa lagi luas, banyak akta yang boleh guna. I think so.

Mungkin la. Kena tanya yang lebih arif.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hird replied at 27-1-2021 09:03 PM
Baru nak tanya benda yang sama. Kes tu macam senyap je atau dah dijatuhkan hukuman?

Sudah. Dari 48years to 40years. Ada forumer shared link.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1128196&mobile=2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 27-1-2021 09:31 PM
bangkai

Ooo gitu. Makasih ya kakanah menjawab soalan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 11:19 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 27-1-2021 11:11 PM
Ooo gitu. Makasih ya kakanah menjawab soalan.

       bangkai , murahan...lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 27-1-2021 10:19 PM
bangkai , murahan...lahanat

Gud nait kakanah. Semoga aman je tiduran kakanah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ellZack replied at 27-1-2021 08:56 PM
Teringat kes lebih kurang sama yang sampai ke Mekah buat umrah kot bapa tu rape anak. Dah jatuh huku ...

yes! kes yg tu.. tiap hari kena kecuali period. mmg bapak setan. kat mekah pun kena. bapak tu keje jual insurance je sbb tu byk spend masa kat rumah. kesian anak dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.129284 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list