CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 945|Reply: 0

Neitzel Sudah Lama Idam Khidmat Buff

[Copy link]
Post time 28-1-2021 10:51 PM | Show all posts |Read mode

Oliver Buff. FOTO Ihsan Selangor FC


Harian Metro

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran arkitek baru Selangor FC, Oliver Buff mampu mencorakkan serangan pasukan mengikut DNA bola sepak Jerman yang dimahukan pengendali pasukan, Karsten Neitzel.

Menurut jurulatih itu, beliau sudah lama memerhati gaya permainan Buff dan mengakui meminati pemain tengah berusia 29 tahun itu.

Katanya, bekas pemain Real Zaragoza di La Liga Sepanyol itu dilihat cukup sesuai dengan falsafah bola sepak yang cuba diterapkannya musim ini.

"Meskipun ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Buff, saya telah mengenalinya serta memantau perkembangannya untuk tempoh yang lama sejak dia masih menjadi pemain remaja FC Zurich.

"Buff adalah seorang pemain yang mempunyai ketenangan, mampu membaca permainan dengan baik dan berkebolehan beraksi dengan baik dalam merencana serangan dan pertahanan pasukan," katanya.

Kejayaan mengikat Buff dilihat tepat pada masanya bagi mengukuhkan lagi jentera tengah skuad Red Giant selepas ketiadaan Sandro da Silva yang menyertai Sarawak United musim ini.

Pengalaman luas di pentas Eropah sememangnya pertaruhan terbaik di mana Buff bukan saja pernah beraksi dengan kelab-kelab hebat malah turut beraksi dalam beberapa kejohanan antarabangsa mewakili Switzerland termasuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Dia juga pernah menjulang kejuaraan Piala Dunia B-17 bersama negaranya pada tahun 2009.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.074941 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list