CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 1

Ee Yi-Yew Sin Hidupkan Peluang

[Copy link]
Post time 28-1-2021 10:58 PM | Show all posts |Read mode

Beregu negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pamer prestasi baik. FOTO File NSTP


Harian Metro

Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Semangat juang tinggi dan terus mengejar biarpun ketinggalan 19-12 di set kedua, membantu menghidupkan kembali peluang beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Bangkok, Thailand hari ini.

Turun pada aksi kedua peringkat kumpulan A, Ee Yi-Yew Sin mempamerkan aksi mengagumkan untuk melakarkan kemenangan straight set 21-19, 21-18 ke atas beregu England, Marcus Ellis-Chris Langridge.

Kemenangan itu kembali mencerahkan peluang beregu negara yang kini berada di ranking ke-15 dunia ke separuh akhir selepas tewas perlawanan pertama kepada pilihan pertama dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin semalam. Bagi Yew Sin, dia berpuas hati dengan aksi hari ini biarpun mengakui melakukan kesilapan mudah yang memberikan mata kepada lawan untuk mendahului dengan selesa.

Mujur kombinasi dan pertahanan yang mantap bersama Ee Yi membantu mereka untuk kembali menguasai gelanggang seterusnya melakarkan kemenangan.

Menanti mereka pada perlawanan seterusnya adalah pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy.

Sementara itu, beregu nombor satu negara negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas aksi kedua Kumpulan B kepada pasangan dari Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 19-21 16-21.

Aaron-Wooi Yik akan menentang jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dalam perhitungan terakhir peringkat kumpulan, esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmmm team malaysia ni semuanya  cina ... lgsg tak pernah menang apa apa piala termasuk la lee chong wei dadah tu

asik asik  gagal doping terlebih steroid
bodoh !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.087107 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list