View: 1628|Reply: 8
|
Pemuda OKU Buat Khidmat Buang Sampah RM1 Lepas Hilang Kerja
[Copy link]
|
|
Kota Kinabalu: Pemuda orang kurang upaya (OKU) lembam menawarkan perkhidmatan membuang sampah dari rumah ke rumah dengan upah serendah RM1, selepas kehilangan pekerjaan, tahun lalu.
Gideon J Joeplik, 35, memulakan perkhidmatan itu sejak dua minggu lalu selepas dicadangkan ahli keluarga dan beroperasi di sekitar Taman Putera Jaya, Telipok, di sini.
Katanya, dia tidak menyangka usahanya itu mendapat sambutan dalam kalangan penduduk setempat, malah ada yang membayarnya lebih.
"Saya selalu ke rumah kakak di blok berdekatan dan kerap menolong abang ipar buang sampah ke tempat pengumpulan sampah. Jadi suami kakak mencadangkan saya melakukan perkhidmatan itu dengan kadar RM1 bagi setiap bakul sampah.
"Juga kerana saya sudah tiada pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.
"Selepas dipersetujui ahli keluarga, maka abang ipar membuat hebahan di Facebook miliknya selain grup WhatsApp dan ada penduduk mula menelefon untuk mendapatkan perkhidmatan saya," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Sementara itu, abang ipar Gideon, Terrance T Suilih, 40, berkata, idea membantu pemuda itu timbul selepas kerap melihat Gideon membantu mereka membuang sampah.
"Kawasan perumahan ini mempunyai banyak blok apartmen dan pastinya penduduk yang tinggal di tingkat atas, jarang turun ke bawah semata-mata untuk membuang sampah. Keadaan itu juga yang mendorong saya mencadangkan perkhidmatan itu.
"Malah, isteri saya juga bersetuju dengan cadangan itu kerana setidak-tidaknya ia dapat membantu Gideon menambah pendapatan kerana sukar mencari pekerjaan ketika ini," katanya yang turut mencadangkan Gideon menggunakan basikal untuk mudah bergerak.
Dia juga mengingatkan Gideon supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dengan memakai pelitup muka dan mencuci tangan termasuk dengan pensanitasi tangan.
Sementara itu, seorang penduduk, Anicius Justin, 47, berkata, dia kerap menghubungi Gideon untuk perkhidmatan itu dan menyifatkan ia satu usaha yang baik untuk membantu meringankan kerja rumahnya.
Selain itu katanya, mereka juga dapat membantu Gideon menambah pendapatan ketika tempoh sukar pandemik ini.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i need this. malasnya nk turun buang sampah sejak wfh ni
nk turun panaskan enjin kereta pun aku malas
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemende wartawan cari nih.
Thread dgn topik yang sama kan dah ade.
Perlu ke bukak lagi.
Makan gaji buta |
|
|
|
|
|
|
|
U mean tiap ruma atau tingkat takde rubbish chute ke apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat budak lembam kat kpg arwah nenek aku. Lembam tp rajin betol. Dia buang sampah bg la RM1. Buat beli mknn utk jg mak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la buat bisnes ni esp tempat byk kes covid. sbb ramai yg kena kuarantin dlm.rumah tak bole keluar.iols ari tu kena kuarantin dh risau macamna sampah nk buang |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx: Pemende wartawan cari nih.Thread dgn topik yang sama kan dah ade.Perlu ke bukak lagi.Makan gaji buta
ye ke.klu gitu elok dicerca je |
|
|
|
|
|
|
|
Bravoo braderr{:hooray{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
intanblur replied at 20-3-2021 01:17 AM
Bravoo braderr{:hooray{:hooray
Ko mmg blur betul intan eh utk dpt credit sampai dok Gali thread yg dah tertimbus.
Pegi ko ke board epistomologi sana jwb2 soalan TT kalau nk collect credit, ngertik?
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=186&mobile=2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|