CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1413|Reply: 0

Tsunoda Sedia Gegar F1

[Copy link]
Post time 31-1-2021 07:28 PM | Show all posts |Read mode

Tsunoda bakal memuat penampilan pertama di F1 musim ini. FOTO Red Bull


Harian Metro

Imola: Yuki Tsunoda menegaskan tidak gentar muncul pemandu termuda beraksi di saingan Formula Satu (F1) tahun ini selain mengakui tidak takut untuk melakukan kesilapan pada musim pertamanya.

Selepas mempamer aksi cemerlang di Formula Dua (F2), pemandu Jepun itu akan beraksi di pentas F1 bersama AlphaTauri menggantikan Daniil Kvyat sekali gus bergandingan bersama Pierre Gasly.

Pada usia hanya 20 tahun, Tsunoda muncul pemandu paling kurang berpengalaman dan termuda di saingan F1 selepas hanya melalui tempoh singkat tiga tahun dari Formula Empat (F4) ke pentas F1.

Ditanya adakah dia berasa sebarang tekanan menjadi pemandu paling muda, Tsunoda berkata: "Tidak juga."

"Ini adalah musim pertama saya dan saya akan bekerja keras daripada awal lagi untuk menyesuaikan diri dengan jentera semampu yang boleh.

"Tapi saya tak takut untuk melakukan kesilapan. Saya percaya dapat mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan seperti yang dibuktikan tahun lalu di F2.

"Saya sangat gembira kerana mendapat sokongan daripada penyokong Jepun.

"Saya juga berbangga kerana menjadi seorang lagi pemandu F1 dari Jepun selepas Kamui Kobayashi pada 2014.

"Sebenarnya tidak banyak berbeza tekanan yang akan saya lalui berbanding tahun lalu.

"Saya berjaya meningkatkan prestasi daripada pelbagai aspek pada tahun lalu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.133493 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list