CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1628|Reply: 0

IPG, RRIMniaga Bantu Stabil Pendapatan Pekebun Kecil Getah

[Copy link]
Post time 31-1-2021 07:48 PM | Show all posts |Read mode

Foto arkib NSTP


Berita Harian

Noor Atiqah Sulaiman
bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan penggunaan aplikasi RRIMniaga dilaksanakan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) antara inisiatif kementerian untuk membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah serta memastikan aktiviti pengeluaran produk komoditi itu diteruskan.

Pada tahun ini kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM300 juta bagi IPG iaitu pertambahan sebanyak 100 peratus berbanding tahun lalu.

Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata menerusi inisiatif berkenaan ia secara tidak langsung dapat menstabilkan pendapatan pekebun kecil getah.

Katanya, kerajaan komited meringankan beban lebih 450,000 pekebun kecil getah terutama ketika keadaan ekonomi yang mencabar pada tahun lalu serta impak COVID-19.

"Sepanjang tahun lalu, sebanyak 30.16 peratus daripada keseluruhan pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) sudah menuntut IPG.

"Peratusan menuntut IPG dijangka akan meningkat tahun ini dengan penggunaan aplikasi RRIMniaga oleh peraih atau pembeli getah yang diwajibkan bermula 1 Januari lalu.

"Aplikasi ini membolehkan IPG disalurkan terus kepada pekebun kecil tanpa proses permohonan manual. Peratusan pekebun yang aktif mengemukakan tuntutan adalah seramai 135,632 dari keseluruhan 495,296 pemegang kad PAT-G dan jumlah itu membabitkan kebun getah seluas 294,095.79 hektar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata dengan bantuan IPG itu anggaran pendapatan pekebun kecil diunjur meningkat sebanyak 25 peratus daripada RM933 kepada RM1,167 sebulan.

"Ini berdasarkan kepada purata pemilikan kebun seluas dua hektar dan harga getah sekerap di ladang RM2 sekilogram. Kerajaan tidak pernah berhenti malah akan terus membantu golongan ini khususnya dalam keadaan harga pasaran getah rendah.

"Diharapkan dengan usaha kerajaan ini, kesan ekonomi semasa dan wabak COVID-19 kepada pendapatan pekebun kecil getah dapat dikurangkan, sekali gus menjaga kesejahteraan mereka yang juga akar umbi kepada industri getah Malaysia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060292 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list