CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2349|Reply: 10

Kembang tekak KEK R CICAK DAN LIPAS?

[Copy link]
Post time 1-2-2021 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 1-2-2021 02:14 PM

Manisan dan pencuci mulut biasanya bertujuan untuk mengangkat dan memuaskan selera kita, jadi tidak hairanlah kebanyakan biskut, kuih muih dan kek adalah berwarna-warni dan dihiasi topping yang menarik.
Namun lain pula konsep yang dibawakan oleh sebuah kedai roti yang berpusat di Ipoh ini apabila mereka memperkenalkan kek dengan hiasan serangga.
Ramai di antara kita pasti pernah menemui beberapa makanan yang pelik tetapi ada juga makanan yang terus membuatkan kita loya melihatnya.
Contohnya adalah kek yang dibuat oleh The Slice Ipoh Homebaker yang dihiasi dengan haiwan yang paling menggelikan, iaitu cicak dan lipas.

Apabila melihat kek yang dihasilkan kedai ini, pasti kita tidak tahu sama ada untuk makan atau sembur ubat pembunuh serangga.

Kedai roti tersebut telah menarik perhatian ramai di Facebook sejak berkongsikan gambar kek yang dihiasi dengan model cicak dan lipas yang sangat realistik.
Dibentuk menggunakan fondant, model-model cicak dan lipas di atas kek itu memperlihatkan perincian yang halus dan mengkagumkan dengan bentuk dan warna yang hampir kelihatan nyata, termasuk tekstur kulit, dan mata yang kelihatan hidup.

Perkongsian gambar itu juga disertakan dengan penafian bahawa hiasan serangga di atas kek tersebut bukan serangga sebenar dan boleh dimakan.

Ternyata ramai yang meremang bulu roma melihat ciptaan luar biasa tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hodoh sgt rupa mcm mana nak telan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 10:08 AM | Show all posts
KelisaOren replied at 1-2-2021 02:57 PM
Hodoh sgt rupa mcm mana nak telan

beli la satu.. buat kejutan utk bini
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik / realistic / sedap macam manapun aku x lalu nak telan. Rasa kembang tekak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish .. seriusla .. tak dpt nk bayangkn
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:38 PM | Show all posts
Ewwwwww ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2021 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi percuma pun takkan makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2021 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la berani mintak rupa macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Termuntah sebelum makan nampak gayanga
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2021 11:04 AM | Show all posts
piao replied at 2-2-2021 02:08 AM
beli la satu.. buat kejutan utk bini

buat kejutan untuk bos boleh kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081404 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list