|
Resident Evil 7 Berjaya Dicetak Rompak Dalam Masa 5 Hari
Hanya mengambil masa 5 hari, Denuvo-protected PC version of Resident Evil 7: Biohazard telah dicetak rompak dan kini puluhan ribu lanun sedang memuat turun permainan 23GB ini. Sistem anti cetak rompak Denuvo pernah diberikan gelaran sebagai sistem yang tidak boleh dipintas kerana sehingga hari ini permainan seperti Just Cause 3 masih teguh tanpa sebarang cetak rompak.
Resident Evil 7 berjaya dipintas dalam masa hanya lima hari menjadikannya permainan Denuvo yang terpantas berjaya dicetak rompak. Ini bukan kali pertama sistem Denuvo ditewaskan, Rise of the Tomb Raider mengambil masa 5 bulan diikuti Doom, Mirror’s Edge Catalyst, Deus Ex: Mankind Divided, dan Watch Dogs 2.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|