CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2927|Reply: 4

Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil

[Copy link]
Post time 3-2-2021 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Makanan yang Perlu Dielakkan Semasa Hamil



Ada pelbagai sebab yang memerlukan anda lebih berhati-hati dalam pengambilan pemakanan semasa mengandung. Anda perlu mengetahui apakah jenis makanan yang selamat dimakan dan yang perlu dielakkan. Sesetengah makanan mengandungi toksin yang boleh membawa kecacatan kepada bayi dalam kandungan, manakala sesetengah yang lain mengandungi bakteria yang disebarkan melalui makanan yang boleh melemahkan sistem imun anda dan mengakibatkan kerosakan kepada janin. Pastikan sebahagian besar makanan yang anda makan dimasak sepenuhnya dan resipi masakan yang anda pilih dapat melindungi bayi dalam kandungan daripada bakteria berbahaya dan kerosakan semasa ia sedang membesar.
Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih makanan ialah nilai nutrisi makanan yang anda beri kepada bayi anda. Pengambilan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi dalam diet harian sepanjang tempoh kehamilan anda seperti asid folik, zat besi, Vitamin C dan Vitamin A adalah amat penting untuk tumbesar bayi yang sempurna.

Terdapat juga pelbagai jenis makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung. Kebanyakan doktor akan menasihati wanita hamil untuk menjauhi jenis-jenis ikan tertentu, daging mentah, telur mentah, keju lembut, tauge, pate, sayuran tidak dibasuh dan pelbagai lagi jenis makanan yang akan dibincangkan di bawah.
Ikan
Jenis-jenis ikan tertentu seperti jerung, mersuji, tuna sirip biru selatan, orange roughy dan ikan todak mengandungi kandungan raksa yang tinggi di mana ia terkumpul di dalam tisu lemak. Ia perlu dielakkan daripada dimakan dalam kuantiti yang banyak oleh wanita mengandung bagi menghindari kerosakan saraf bayi dalam kandungan yang sedang membesar. Bayi anda mempunyai sistem saraf yang sedang berkembang dan sensitif. Walaupun tiada kuantiti tertentu bagi makanan laut yang boleh mendatangkan kesan buruk apabila dimakan, namun adalah lebih baik untuk mengelak terus daripada memakan ikan-ikan tersebut. Makanan laut yang juga perlu dielakkan sama sekali oleh wanita mengandung ialah tiram dan sushi yang tidak dimasak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2021 01:25 PM | Show all posts
Telur Mentah

Mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa anda perlu menjauhi telur mentah. Sebenarnya, telur mentah boleh menjadi punca bakteria salmonella. Makanan yang mengandungi telur mentah termasuk mayones, ceasar salad, eggnog, sos hollandaise dan tepung sadur tertentu seperti yang digunakan untuk adunan biskut. Untuk mengurangkan risiko bakteria salmonella, anda perlu memasak telur sebelum digunakan dalam sebarang makanan

Ayam Mentah

Ayam mentah juga perlu sentiasa dielakkan, lebih-lebih lagi semasa mengandung. Makan atau menyentuh permukaan yang telah digunakan dalam penyediaan makanan yang melibatkan ayam mentah boleh menyebarkan bakteria salmonella. Walaupun telah dimasak, namun ayam yang telah sejuk selama semalaman hendaklah dipanaskan atau dimasak semula untuk memusnahkan sebarang kesan bakteria salmonella.

Daging Mentah

Sama ada daging stik separuh masak atau hidangan daging yang tidak dimasak, daging mentah boleh menjadi penyebab jangkitan yang teruk terhadap bayi dalam kandungan. Daging mentah hendaklah dielakkan semasa mengandung kerana ia boleh membawa jangkitan penyakit bawaan parasit yang dipanggil tosokplasmosis atau jangkitan E.Coli. Ini boleh mengakibatkan jangkitan kepada janin dalam rahim. Memakan daging mentah juga boleh membawa kepada jangkitan bakteria koliform dan salmonella.

Keju Lembut

Keju lembut seperti keju biru, feta, brie, camembert, cottage, ricotta, keju putih lembut Amerika Latin dan sebarang susu yang tak dipasteur atau makanan yang diperbuat daripada susu yang tak dipasteur hendaklah dielakkan semasa mengandung kerana kesemuanya mungkin mengandungi bakteria Listeria. Bakteria ini adalah amat berbahaya kepada bayi dalam kandungan dan mesti dihindari. Walaupun orang dewasa yang dijangkiti Listeria biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi ia boleh mengakibatkan komplikasi yang mampu mengancam nyawa janin atau bayi dalam kandungan. Listeriosis juga telah dikenal pasti sebagai antara penyebab keguguran, kelahiran pramatang dan keracunan dalam darah. Adalah lebih baik untuk anda mengelak daripada memakan makanan yang mengandungi keju lembut semasa mengandung dan hanya memakannya selepas bersalin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 01:32 PM | Show all posts
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Apabila membeli buah-buahan dan sayur-sayuran, pastikan anda membasuh kesemuanya bagi membersihkan sebarang racun serangga dan bakteria berbahaya. Sayuran yang tidak dibasuh mempunyai potensi untuk membawa toksoplasmosis – sejenis parasit yang berada dalam tanah tercemar. Buah dan sayuran yang berkulapuk juga hendaklah dielakkan sama sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 02:49 PM | Show all posts
Makanan lain yang perlu dielakkan semasa mengandung

Selain daripada makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung seperti disenaraikan di atas, wanita juga perlu menghindari tauge mentah kerana ia boleh membawa kepada insiden jangkitan salmonella. Aiskrim ceduk dan kebanyakan makanan deli juga mengandungi Listeria dan amat perlu dielakkan atau jika boleh, mengelak daripada tersentuh bahan-bahan yang mengandungi bakteria berbahaya ini. Satu lagi jenis makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung dan menyusu badan ialah kacang tanah kerana dengan menghindarinya, peluang untuk mendapat alahan terhadap kacang tanah dapat dikurangkan. Kacang tanah juga mengandungi sejenis kulapuk yang dipanggil aflatoksin yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

Bahan tambahan dalam makanan

Terdapat pelbagai jenis makanan yang mengandungi bahan tambahan dan pengawet. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih makanan berbungkus yang dijual di pasaraya secara berhati-hati. Bahan tambahan dalam makanan yang perlu dielakkan adalah MSG (monosodium glutamate) yang boleh menyebabkan sakit perut dan kepala, begitu juga dengan pewarna tiruan khususnya warna biru 1, biru 2, hijau 3, merah 3 dan kuning 6 serta Sakarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 02:50 PM | Show all posts
Vitamin

Tubuh wanita mengandung memerlukan pelbagai vitamin dalam jumlah yang berbeza untuk menyokong tumbesaran janin. Kehamilan menyebabkan tubuh wanita mengalami perubahan hormon yang drastik yang memberi tekanan tambahan kepada tubuh. Oleh itu, wanita mengandung perlu membuat pemeriksaan agar dapat mengetahui jenis vitamin yang diperlukan. Doktor anda boleh mengesyorkan suplimen pranatum yang berkesan yang boleh memberi bekalan vitamin yang mencukupi bagi memastikan perkembangan janin yang sihat. Walau bagaimanapun, pilihan terbaik untuk mendapatkan semua nutrien ini adalah menerusi makanan.

Sentiasa beringat

Terdapat pelbagai jenis makanan yang sebenarnya perlu dielakkan semasa mengandung. Justeru, adalah penting untuk anda mengingati senarai makanan yang perlu anda hindari bagi memastikan perkembangan kandungan yang sihat. Anda hendaklah memastikan pengambilan makanan yang sihat secara keseluruhan, tetapi pada masa yang sama, anda juga perlu beringat untuk tidak berdiet atau mengurangkan berat badan kerana makan dengan cara yang sihat adalah keutamaan anda, bukannya berusaha untuk meminimumkan pertambahan berat badan.

Satu lagi perkara yang perlu anda pastikan jika anda makan di luar adalah makanan yang dihidangkan hendaklah dalam keadaan betul-betul panas, bukan sekadar suam-suam kuku atau sejuk. Anda juga perlu berusaha untuk mengurangkan makan makanan segera kerana ia mungkin mempunyai kandungan gula dan lemak tak tepu yang tinggi.

Hadkan pengambilan kafeina dan berhenti meminum alkohol (jangan bimbang, hanya untuk sementara waktu) kerana tiada tahad yang selamat bagi pengambilan alkohol sepanjang tempoh mengandung. Pengambilan alkohol semasa mengandung juga dikaitkan dengan gejala bayi mempunyai IQ rendah, bayi kurang berat badan semasa lahir dan kecacatan semasa kelahiran. Ia turut menghentikan penyerapan asid folik dan zat besi serta mengurangkan kalsium dalam tulang anda.

Perkara paling penting yang perlu anda ingati adalah untuk sentiasa makan apabila lapar. Cuba jangan terlalu bimbang terhadap perubahan selera makan dan hanya mengambil kira jenis-jenis makanan yang perlu anda elakkan seperti di atas. Cubalah untuk menambah berat badan pada kadar yang disyorkan di bawah pemantauan doktor atau bidan anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062386 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list