CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 4

[Lain-Lain] Kerana Minat Lelaki Ini Warnakan Semula Filem P.Ramlee Untuk Tontonan Semua

[Copy link]
Post time 3-2-2021 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 3-2-2021 06:33 PM

Kerana Minat Lelaki Ini Warnakan Semula Filem P.Ramlee Untuk Tontonan Semua





Kami yakin pasti ramai yang teringin untuk menonton karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam versi berwarna terutamanya untuk filem kesukaan ramai seperti Bujang Lapok.
Itulah yang dilakukan oleh seorang artis digital, Aiman Azhar yang mewarnakan kembali beberapa adegan lagu ikonik dalam filem P. Ramlee sebelum ini. Walaupun tidak secara keseluruhan, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bagaimana rupa filem-filem ini jika wujud dalam versi berwarna.


“Sebenarnya, saya peminat filem Tan Sri P. Ramlee. Saya mahu berkongsi dengan orang ramai bagaimana jika filem Tan Sri P. Ramlee wujud dalam versi berwarna,” kata Aiman ketika dihubungi oleh pihak The Vocket.
“Untuk proses pembikinan pula, saya ambil masa 30 minit untuk warna adegan selama 1 minit. Tetapi ia bergantung juga kepada kualiti video yang saya akan warna. Idea untuk saya warnakan kembali video ini hadir daripada karya DeOldify oleh Jason Antic. Saya suka melihat karya lama diwarnakan kembali. Ia beri feel yang berbeza untuk karya yang sama,” tambah Aiman.


Menurut Aiman, beliau tidak mempunyai masa untuk mewarnakan keseluruhan filem tetapi memilih adegan yang memorable dalam setiap filem P. Ramlee. Adegan tersebut semestinya ketika adegan ketika lagu dinyanyikan dan ramai dapat sing along apabila menontonnya.
Sumber : https://www.thevocket.com/kerana ... tuk-tontonan-semua/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tengah Tengok Di Belakang Tabir. Dialog punyalah daring. Kalau hari ni mmg kena kecam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mcmn teknologi inj dilakukan?

adakah warna yg wujud tu adalah warna asal sewaktu adegan, contoh warna baju, seluar, dan sebagainya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 08:41 AM | Show all posts
b_n_c replied at 8-2-2021 12:10 AM
mcmn teknologi inj dilakukan?

adakah warna yg wujud tu adalah warna asal sewaktu adegan, contoh w ...

ini semua teknologi dajjal
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 8-2-2021 08:41 AM
ini semua teknologi dajjal

damn...hahahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070334 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list