View: 2582|Reply: 16
|
[Tempatan]
Edisi awak kat mana? : KJ jadi Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19, di mana Me
[Copy link]
|
|
Khairy dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Muhyiddin
Fareez Azman
Februari 4, 202116:54 MYT
Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan program imunisasi ini dilaksanakan dengan teratur. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, Jemaah Menteri bersetuju Khairy dilantik mengetuai Pasukan Petugas Khas bagi memastikan program imunisasi ini dilaksanakan dengan teratur.
"Beliau akan mengetuai satu Pasukan Pertugas Khas yang menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan.
"Ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan untuk terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang masih menunjukkan trend membimbangkan," kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada Khamis.
Dalam pada itu, kerajaan, jelas Muhyiddin akan memulakan pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini hingga April melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan.
BACA SEMUA ARTIKEL BERHUBUNG VAKSIN DI SINI
BACA:Teks penuh penjelasan terkini Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat oleh PM
Sementara fasa kedua pula, jelas beliau, bakal melibatkan 9.4 juta penerima vaksin bermula April hingga Ogos 2021 terutamanya kepada kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 seperti warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas.
"Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.
"Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atauherd immunitydan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh," katanya lagi.
Tambah Perdana Menteri, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara melibatkan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam, swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti.
"Peruntukan di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan digunakan oleh kerajaan untuk mengambil alih secara sementara dewan-dewan dan kemudahan-kemudahan yang lain bagi tujuan persediaan untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini adalah program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di negara kita. Justeru, saya menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan segala sumber yang ada bagi menjayakan program ini," kata Perdana Menteri lagi.
Sos: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairy-dilantik-sebagai-menteri-penyelaras-program-imunisasi-covid19-kebangsaan-muhyiddin-281278
P/s: kenapa kj yg sibuk jaga vaksin ni siap jdi menteri penyelaras?? Apa fungsi menteri dan 2 timb menteri kkm tu? Sekadar bagi ucapan raya jah baru muncul muka mereka. Gagal total! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kj tu kan men. Kesihatan..ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
menteri kesihatan sibuk minum air suam!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh funny lah kerajaan kita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-2-2021 10:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mmg pelik yah kenapa kj pulak yg kena buat semua ni sedangkan kkm ada 3menteri/timb. Semua tu xguna ke? Kj pulak tolong lah kemaskan sikit penampilan tu, bersepah mcm homeless jah. Geli tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri kesihatan skrg ni antara sebab aku menyampah kerajaan wak yidin. Semua kerja pass ke orang lain. Tolong la buang menteri tak dak fungsi ni. Buang duit rakyat saja bayar gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpela biarla KJ tlg jugak. Mestilah dia dh setuju nk tlg KKM. Itu pun jadi isu. |
|
|
|
|
|
|
|
mak folo ig and twit kj, memang dari awal duty dia source and research about all covid 19 vaccine ni. So memang dia the best person to undertake the task because dia tahu needs and requirements of the vaccine chosen.
Kalau org lain mungkin akan huru hara. |
|
|
|
|
|
|
|
So org dalam kkm tu tak guna lah kan sbb xtau apa requirements vaccine ni dan apa2 research mengenai vaksin ni??
|
|
|
|
|
|
|
|
Dol mana tred 'tora dtg lg'.aku x dan nak baca smlam.hari ni dh ilang plak |
|
|
|
|
|
|
|
.... kita boleh pilih ke vaksin yg akan diberikan kepada kita?
berapa jenama vaksin yg ada dan keberkesanan setiap satu ?
kalau yg ada darah tinggi dan GERD, kira golongan berisiko ke ?
database mana yg KKM akan guna ? |
|
|
|
|
|
|
|
Follow lah twitter kj untuk maklumat lebih lanjut |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah KKM fokus kat logistik and treatment covid patients dan testing. Kerja itu pun dah mcm nak sampai melting point memasing. Delegate lah kerja so boleh efficient lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 5-2-2021 04:37 PM
.... kita boleh pilih ke vaksin yg akan diberikan kepada kita?
berapa jenama vaksin yg ada dan ...
Ni sure kes tak membaca news sblm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
... tak baca .... takterkejar baca pasal covid ni .. care to explain kalau u tahu ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Isunya..vaccine tu bkn dikeluarkan oleh scientist msia pun, dan ubat-ubatan n pharma under akta tugas menteri kkm. All this while, helok je kkm handle procurement of vacc8nes. Why KJ sibuk2, dia ada background public health ka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|