View: 2453|Reply: 4
|
CARA MENYELESAIKAN HUTANG PIUTANG SECARA TERATUR DAN BERKESAN MELALUI KAEDAH DEB
[Copy link]
|
|
Antara masalah utama yang menghalang kita untuk menyelesaikan hutang piutang salah satunya, kita tak tau nak start dari mana. Mana hutang nak kena bayar dulu, mana hutang yang patut kita utamakan dulu dan sebagainya lah.Nak selesaikan hutang, kena ada caranya..barulah kita akan nampak flow dia...dan akan menyenangkan proses penyelesaian hutang kita tu nanti.
Salah satu cara yang berkesan dan kita akan nampak effectnya secara cepat ialah melalui kaedah Debt-snowball. Debt-snowball merujuk kepada teknik melangsaikan hutang yang paling kecil diikuti dengan hutang yang paling besar. Daripada sudut psikologi, teknik ini dapat memberi “feel good effect” dan motivasi kerana penghutang dapat melihat jumlah hutang mereka semakin berkurangan.
1. Senaraikan Semua HutangSenaraikan semua kategori hutang mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman,tempoh bayaran dan kadar faedah. Hutang ini perlu disusun bermula dari sedikit hingga yang paling tinggi.
Kos hutang boleh didapati daripada surat tawaran bank atau dokumen daripada pihak syarikat guaman yang mengendalikan pembiayaan tersebut. Jika tidak pasti anda boleh telefon pihak bank yang anda berhutang dan mohon mereka semak berapa baki terkini bersama kadar faedah.
Sila rujuk jadual di bawah untuk contoh.
Hutang | Bayaran Ansuran Minima (RM) | Baki Hutang (RM) | Kadar Faedah | Tempoh (Tahun) | (A) Kad Kredit | 100 | 1,000 | 18% | – | (B) PTPTN | 150 | 20,000 | 3% | 20 | (C) Kereta | 400 | 40,000 | 4% | 7 | (D) Rumah | 900 | 180,000 | 6% | 25 |
2. Tentukan Jumlah Bayaran Khas Untuk Membayar HutangSebaik-baiknya, peruntukan yang sesuai bagi membayar hutang hendaklah tidak melebihi 30% daripada gaji anda. Jika jumlah ansuran hutang bulanan (tidak termasuk ansuran bayaran rumah) melebihi 30% daripada pendapatan bulanan, kewangan anda tidak sihat.
Tindakan pembaikan segera perlu dilaksanakan.
3. Bayar Semua Hutang Dengan Bayaran Minimum, Lebihkan Bayaran Hutang Paling KecilMerujuk pada hutang di atas, komitmen anda terhadap hutang adalah sebanyak RM 1,950. Bermula pada bulan seterusnya, peruntukkan lebih sedikit duit contohnya RM 100. Jadi jumlah keseluruhan komitmen anda kini RM 2,050.
Anda perlu membayar semua hutang anda dengan jumlah minimum dan bayar lebih untuk hutang A, bermakna anda bayar RM200 untuk hutang kad kredit A.
4. Teruskan Membayar Amaun Yang Sama, Walaupun Hutang Paling Kecil Habis Dibayar
Setelah langsai hutang A, gunakan RM200 tersebut untuk ditambah kepada pembayaran hutang (B) PTPTN pula. Ini menjadikan pembayaran ansuran hutang B meningkat kepada RM350 sebulan. Seterusnya ulang teknik ini bagi hutang C pula dan seterusnya hutang D.
Secara teorinya, apabila sampai ke hutang yang terakhir, jumlah bayaran tambahan yang dibayar akan bertambah banyak, serupa dengan sebutir bebola salji bertambah besar saiznya sewaktu bergolek menuruni bukit. Inilah yang dinamakan sebagai snowball effect.
Kaedah ini adalah di antara cadangan untuk membayar hutang secara sistematik. Sebagai pengguna yang berhemat, anda perlu merancang kewangan anda dengan teliti, pertimbangkan antara ansuran bulanan yang mampu anda bayar dengan tempoh pinjaman yang paling pendek dan buatlah keputusan dengan bijak.
Sumber Rujukan: KonsumerKini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ia di panggil sebagai Debt-snowball? Sebab snowball in kalau dia bergolek dari atas, mula2 dia start dari kecik, then lama2 akan menjadi semakin besar dan besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu sis pun pernah jugak ada pelbagai hutang...pening kepala. Kalau kita cuba langsaikan satu2, insyaAllah kita boleh buat. Mungkin akan ambik masa bertahun, tapi bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit. Jangan la membukit tu hutang kita pulak ye.
Sekarang ni semua hutang dah habis, tinggal rumah je. Sekarang fokus untuk simpan duit pulak. Tapi di zaman covid ni, semua orang tak sama. Mungkin ada diantara kita yang pendapatan terjejas. Semoga sentiasa tabah. Harap2 ada sinar di penghujung terowong.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca pasal teknik bayar hutang snowball ni tapi bila kenangkan kalu byar ikut teknik ni takkan ada duit lebihan utk simpanan so iolllss xbrape nak menjadi buat teknik ni..still byar cm biasa je la.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
julia5094 replied at 5-2-2021 02:04 PM
Dulu sis pun pernah jugak ada pelbagai hutang...pening kepala. Kalau kita cuba langsaikan satu2, ins ...
Itu la..zamn kobid ni..belanja makan pulak tinggi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|