Tular satu rakaman di Twitter memaparkan seorang jurufoto yang ditampar oleh pengantin lelaki.
Dalam rakaman itu, jurufoto sedang asyi merakam gambar pasangan pengantin berkenaan.
Namun, tindakan jurufoto itu yang berada dalam keadaan terlalu dekat dengan pengantin perempuan membuatkan suaminya berang.
Kredit foto: India Today
Tindakan lelaki itu bagaimanapun mengundang reaksi tidak disangka-sangka apabila pengantin perempuan terus ketawa sehingga terduduk di atas lantai pelamin.
Video itu sehingga kini meraih lebih 800,000 tontonan. - CARI